Tuesday, December 14, 2010

Teknik-teknik teknikal

Subuh tadi, Dengan menghabiskan masa lebih kurang 1 jam, aku dapat menyediakan nasi lemak sebagai sarapan pagi, dengan mengunakan teknik sambil menyambil. Pernah dengar tak teknik tu? sambil menyambil membawa berkat. Baru sahaja aku reka ayat tu.Tak payah cari , kat mana sumbernya.




Perkara yg perlu dibuat ikut urutan

1)masak nasi- Teori, nak mengelakkan nasi lemak mentah-jangan kacau nasi lemak dulu, selagi lampu keep warm tak menyala.
2)rebus telur-Teori nak bagi telur rebus berkeadaan cantik, rebus dengan api sederhana.





3)goreng ikan bilis
4)buat sambal
5)kupas timun


Maaf , aku tak pernah mengunakan teknik mesin cili , bawang dan segala kelengkapan untuk menyenangkan memasak. Pada setengah orang memang mudah untuk masak. Arwah mak, tak pernah ajar cara cam tu. Bila masak, barulah aku gunting cili kering dan kupas bawang. Ini teori aku, Kalau prepare cili mesin dan bawang awal-awal, alignment rasa mungkin lari.




Dewi minum air apa tu?

Lagi berkat, kalau dapat dikongsi bersama teman sepejabat.




Lagi happy, Dewi makan sambil menjilat jari.



horeyyy horeyyy . Teknik yang berjaya.





Belum berjaya, bila aku jadi tamak.



Tamak mengusai diri, rasa macam tak cukup makan, aku beli ayam goreng di kantin.Betul kata orang tua, orang tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-bayang.

Ayam goreng tepung yang tak masak,, dan masih berdarah. Dalam bahagian ayam, peha sering mentah kalau digoreng ngan api besar. Kalau cam tu, caranya kat luar nampak cam dah garing, tapi di dalam masih mentah.



Pesanan penting : Diharap siapa yang bernama Cik pah, eye nee, mengupdate blog dengan kadar segera, sebelum kehilangan anda dilapurkan kepada pasukan rela kawasan Selangor.




Senyum tapir : Perkara -perkara kaki termasuk lopak dulu , baru nak jalan pandang elok-elok, selalu terjadi kat aku. Macam kejadian , terbeli ayam goreng mentah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina