Gambar pelangi ni aku ambil, masa balik dari pejabat semalam.
Gambar cicak ni , baru aku ambil sebentar tadi.
Kalau dah tengok 2 gambar ni, baru boleh baca cerita kat bawah ni.
Cerita pasal china cat semalam, dah banyak pembaca-pembaca dari oversea, nak tahu sangat, kenapa aku letak nama dia kelabu, sedangkan mata dia biru dan badan dia berkaler oren. ehhh sukatilah, nak letak nama apa pun.
Sorry sory sory, aku tak bermaksud, nak marah korang. Bila ingat Kelabu aku jadi emosi. Cepat ambil tisu, sebelum aku cerita, nantikan air mata korang penuh satu baldi.
Pada suatu masa dahulu, Family aku mempunyai kucing bernama, Kelabu. Kelabu ni family aku bela dari dia baru lahir sehingga berusia. Family dah betul-betul sayang ngan Kelabu. Masa tu , aku tinggal di Bidor, Perak.
Satu hari, selepas pulang dari sekolah, aku mencari-cari Kelabu, aku panggil namanya, tapi tak de jawapan. Aku pergi ke kawasan -kawasan taman yang berhampiran mencari Kelabu. Semua lorong, aku terjah, tapi tak jumpa.
Sehinggalah, aku menjumpai satu benda , seakan-akan badan kelabu, bila aku pegang hanya tinggal bulu sahaja.Aku kenal sangatlah kelabu, walaupun dah tinggal bulu. Aku sedih, rupanya Kelabu dah jadi mangsa.Bukan mangsa rogol, tapi mangsa dijadikan santapan untuk keluarga cina tu. Dari tingkap dapur , aku nampak tuan rumah tengah melapah daging.Dalam hati aku "itu mungkin daging kelabu, sebab badan kelabu berisi"
Aku adukan hal ni kepada arwah ayah. Ayah cakap bangsa cina kek memang makan kucing. Family semua redha, dah tak de rezeki. Semenjak dari hari tu, aku dah malas nak bela kucing, sebab ada yang suka makan kucing. Nama Kelabu tetap dihati ku, hingga sekarang
Senyum tapir : Dulu masa aku kerja estet, ada bangsa Indon floris yang makan anjing.