Saturday, December 25, 2010

Careless Whisper



Selamat menyambut Merry Chrismas 2010 pada penganut agama kristian(walaupun serius, tak suka nak sebut pun)


Setiap bulan 12 setiap tahun, banyak sangatlah pekerja kat luar sana, tertunggu-tunggu habuan masing-masing. Jantung semua orang, mesti tengah berdegup kencang. Bonus, tak tahu berapa bulan dapat. Masa ni, semua dok bercerita dan mengaku, dialah yang paling banyak buat kerja. Geli ketiak je, aku dengar cerita dorang ni. 24 jam menghadap facebook atau mencari sesawang 18SX, nak propa gak.

Masa hujung tahun cam nilah, setiap company cakap tak untung. Sakit jiwakan. Biasalah dorang suka main tarik tali. Aku maintain, tak suka nak bodek-bodek ni. Boss aku selalu tegur ngan cara berhemah kat aku cam ni "u kerja bagus, memang saya suka, tapi boss besar tak nak tengok itu semua. You jangan unpaid leave, mc pun kena kurangkan". Biasalah jawapan selambakodok aku "Boss, saya buat kerja ngan bertanggungjawab, hal lain saya tak pedulik, nak kasi ke , tak nak kasi bonus, saya tak kisah. Saya cuti pun semua hal anak sakit, bukan makan angin".

Aku dari dulu, tak sukalah nak hipokrit bagai, nak dapatkan sesuatu. Terpaksa nak maintain cun 24 jam. Waima dengan kawan pun, tak suka aku , tak payah kawan. Tak payahlah , depan aku ko nak maintain senyum cam tak de apa-apa pun, dalam hati bagai api membara. Aku jenis, kalau tak suka orang tu, aku corner tempat lain je. Kalau dia senyum, aku balas, tapi senyuman paling pahit. Sampai orang tu, boleh agak punya. Aku tak de hal, kalau ko tak nak kawan ngan aku pun. Aku ni tak suka lazer bertempat. Aku tegur ada sebab, bukan membabi buta atau menjatuhkan aib orang.

Lagi satu siapa yang tak boleh terima gurauan, tak payah nak masuk club aku. Gurauan aku ni kasar, tapi tak de sampai nak mengaibkan orang.Aku sebenarnya konpius kat sini, sebab tu subuh lagi aku dah tension. Tak sangka dia tension ngan gurauan aku.


Persetankan tu, cerita pasal bonus tadi, aku pelik kat tempat kerja aku tu , kebanyakannya semua gaji ribu plus plus, tapi masih merungut, bila bonus dipotong sikit. Sikit sebesar hama.Bila dorang merungut kat depan aku, cam aku nak tampar je mulut dorang tu, atau nak sumbat ngan petola.. Sebelum dapat merungut, tanya bila nak dapat bonus, bila dah dapat pulak , tak puas hati. Hello!!! korang jangan tak tahu pulak, ikut law, bonus tu, terpulang pada majikan nak kasi.Kalau dia tak kasi melopong mulut ko.

Peliknya, aku tengok kerja asyik menghadap facebook, bila dapat bonus sikit, bising pulak. Bagi aku orang yang patut bising, yang 24 jam kerja je. Aku ni redha, tak kisah, memang dah berblogging je kerja aku. Sykur Alhamdulillah, dapat 3 1/2 bulan bonus setiap tahun tu. Secocok sangatlah, ngan aku yang berblog walking time kerja. Tak payahlah nak hipokrit sangat, nak bagi tahu semua orang, "AKULAH YANG PALING RAJIN KERJA".


Satu bab yag aku suka nak beritahu, waima aku berblog time kerja pun, yang penting satu, kerja aku tak pernah terbengkalai. Boss aku pun tak akan kacau aku. Kalau korang nak success dalam berblog time kerja, siapkan kerja dulu. Barulah cool.



Senyum tapir : Aku memanjatkan kesyukuran pada Allah SWT, kerana masih memberikan aku nafas, untuk meneruskan kehidupan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina