Thursday, December 2, 2010

Trauma -Part 1

Setiap insan dalam dunia ni, tak pernah lepas dari mengalami trauma dalam kehidupan mereka. Macam aku jugak.Caranya sahaja berbeza.Percaya tak? Trauma itu kadang-kadang, boleh membuat korang kuat menghadapi cabaran hidup yang serba mencabar di alaf ini. Banyak lagi kisah benar yang aku nak sampaikan, yang pernah aku lalui sepanjang kehidupan ini, tapi hanya masa sahaja banyak mencemburui aku. Sementelaah lagi, aku tak mempunyai komputer peribadi, jadi masa amat terbatas di pejabat. Mana lagi nak mengawal mata yang asyik memandang ke arah aku, bukan sebab aku cantik, tapi sebab, aku mengunakan komputer di pejabat sesuka hati mak bapak.Tunggulah cek nuffnang aku yang RM3 tu sampai, bolehlah aku beli satu laptop.

Tak payah nak bebel panjang-panjang aku cerita dulu

TRAUMA 1



Yang berkaca mata hijau ibu kepada budak berkaca mata pink.


Perempuan yang berkaca mata hijau itu adalah ibu kepada anak dara berkaca mata pink. Kisah ini, adalah kisah anak dara berkaca mata pink. Anak dara tu, dengan beza umur lebih kurang 3 tahun. Masa dia tingkatan 3, aku pada masa tu tingkatan 1. Aku bersekolah di Klang, manakala dia bersekolah di Pelabuhan Kelang. Masa ni, kita semua masih tinggal di sebuah rumah panjang yang didirikan khas oleh kerajaan, sebelum flat yang baru mengantikan rumah setinggan kita, dalam pembinaan. Kat situ semua bangsa ada. Aku bergaul rapat gak ngan semua jiran kat situ, jadi tak hairanlah, kalau aku kenal kebanyakannya.

Seingat aku pada tahun 1983, pada pukul 6.30 pagi aku meninggalkan rumah untuk ke sekolah. Rumah aku terletak 5 barisan di belakang, manakala rumah anak dara berkaca mata pink , terletak di barisan hadapan.Semasa sampai di barisan rumah yang paling depan, aku nampak anak dara berkaca mata pink sedang menunggu seseorang. anak dara tu berpinafor biru. Sebab apa aku kata, dia menunggu seseorang, sebab kat situ tak de bas yang akan lalu pun.

Aku tak tanya apa-apa pun, cuma aku layang sebuah senyuman. Habis sampai setakat tu, bila aku balik kecoh satu kampung , anak dara berkaca mata pink dah hilang, sampai masuk TV pada masa tu. Last-last dia dijumpai, dirogol , dengan badan dan muka luka-luka sehingga susah dikenali pada masa tu. Dia dirogol, betu-betul dihadapan kawasan sekolah, pada masa tu dikenali sebagai Jalan Haiwan.Jalan Haiwan ni, penuh ngan semak samun.


Korang nak tahu tak siapa yang rogol dia? Orang tu tinggal di belakang rumah arwah mak aku. Dia ingat bila dia dah rogol dan pukul , anak dara tu dah mati. Jadi dia balik ngan senang hati, duduk atas kerusi kayu yang boleh goyang-goyang tu. Selang beberapa jam, polis datang tangkap dia.

Aku tanya pada anak dara berkaca mata pink, cam mana orang tu boleh bawak dia pergi. Pagi yang aku nampak dia tu, perogol pelawa dia naik motor, hantarkan ke sekolah. Jadi, dia naiklah, mengenangkan orang sekampung dan yang semua orang dah kenal.

Sampai sekarang aku tak boleh imagine , anak dara berkaca mata pink boleh hidup lagi. Daripada muka yang teruk masa tu, aku dah gambar dia boleh mati.Itu lah dia ajal maut di tangan tuhan. Berpantang maut sebelum ajal.


Senyum tapir : Jiran sendiri pun dah tak boleh percaya ke? Kejadian ni membuat aku trauma, walaupun aku tak melaluinya, tapi sebab aku kenal sangat dengan budak perempuan tu.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina