Friday, December 10, 2010

Ayam masak Rosemary

Terlampau pening, baru lepas bergaduh ngan budak lelaki yang mulut cam perempuan ni. Sampai aku nak letak tajuk lain, terletak tajuk lain. Janganlah marah ye. Kepala pening.Sikit je lari, sebenarnya aku nak buat tajuk pantang, terletak ayam masak rosemary, lari sangat ke dari tajuk asal?


Aku nak cerita sikit ni, pasal kepantangan -pantangan dalam hidup.


1) Kepantangan pertama aku

Aku tak suka orang, bukak handbag aku, waima simanja, sianak dan family sendiri. Dorang dah masak sangat, perangai aku ni.Dalam tu tak de yang secret sangat, tapi aku boleh, trauma kalau orang bukak.Aku pun tak pernah bukak beg sesiapa, waima simanja atau sianak, kecuali dorang suruh.

1)Sehinggalah pada satu hari, laki aku terkejut, bila dengar aku menjerit cam kena jirus air panas, puncanya kecik je, sebab simontel mengeluarkan sesuatu dari handbeg aku.


2) Budak office pun dah kena hari tu, dia boleh keluarkan katalog dari dalam handbeg aku. Secara outo aku tengking dia,kurang ajar secara gelak, tapi dalam hati, punyalah terbakar.Tapi kawan seofis cakap, dia tak salah. Budak tu tak tahu , itu handbeg.





Walaupun ini nampak, bukan macam handbeg, sila beritahu kawan-kawan, boleh ke bukak beg orang sesuka hati? Kalau ko nak cakap beg aku buruk, cakaplah segera, jangan banyak dalih.


2) Kepantangan kedua aku



Maaf terpaksa letak handphone pertama yang aku pakai. Babis , dulu aku beli RM700.Sekarang korang cakap harga dia berapa? Aku rasa RM20 pun dapat.



1) Sesiapa pun tak boleh membuka handphone aku, termasuk family.Aku pun tak buka , handphone orang lain, simanja dan sianak. Simontel je , banyak lemak sangat, suka main games dalam handphone.

Ya , aku mengaku, mesti banyak perempuan yang kat luar sana, suka buka handphone suami, nak check sama ada perempuan lain call atau sms suami korang. Tak payahlah korang nak check, tengok kat phone book dorang nama Razali, cuba ko call mesti Rozana yang angkat.Jangan ada sang suami, yang kat luar sana nak sepak aku plak, ini teori sonsang aku je.

Lagi satu tak payah susah payah nak check sms suami korang, kalau ada perempuan yang sms pun, dorang dah cepat padam , sebelum korang nampak. Statement yang jahatkan.

Tolong jangan bunuh diri , kalau terbaca statement ini.


3) Kepantangan ketiga aku


Membuka surat atau bill aku tanpa kebenaran, waima family, simanja atau sianak. Arwah ayah ngan mak aku, memang tak pernah buka surat anak-anak, selagi tak mendapat izin..


Moral of the story lu percaya gua, gua percaya lu. Thank you




Senyum tapir : korang ada pantang tak?, selain dari berpantang melahirkan anak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina