Dammm u, anak dah demam , baru nak insaf(kutuk pada diri sendiri). Apalagi, kalau keinsafan dah muncul, kena ringankan badan , bangun pukul 5 pagi, masak bubur nasi bersama isi ikan.
Teringat lagi tentang dosa silam, membeli jajan yang banyak, sehingga simontel jatuh sakit. Satu persatu menerobos dalam kotak fikiran. Dammm u, asyik nak fikir je, baik terus memulakan proses membubur nasi yang mengambil masa yang panjang, sebab aku tak de slow cooker.
Cepat ambil kertas dan pen.
Maaf hanya tinggal tulang, dah dikeluarkan dari napkin.
Ikan hari tu , masuk dalam napkin yang tak pernah guna dan berseh. Kemudian masukkan ke dalam periuk bubur nasi.Dalam bubur nasi, bubuh carrot yang dipotong dadu.Jangan lupa, masukkan 1 -2 cm halia di pecahkan , di dalam bubur nasi tadi. Last sekali , jangan lupa masukkan sedikit serbuk lada hitam.
Goreng bawang merah kecil, dalam minyak yang sedikit, hingga naik bau.
Tuang bawang goreng tadi, diatas bubur nasi yang sudah diangkat. Oleh kerana , simontel yang makan, aku tak bubuh garam. Simontel akan makan bersama kicap cair.
Ini bukan untuk simontel, tapi ayah simontel. Dah simontel deman , kami sekeluarga kenalah breakfast bubur nasi.
Senyum tapir : Harap-harap ibu-ibu , bapak-bapak, jangan ikut kemalasan aku nak masak, sehingga anak jatuh sakit(sambil hantuk kepala kat dinding).