Saturday, May 22, 2010

Dari laut kekuali...........part 1



Rezeki sangkar pecah kat pulau ketam.apalagi rezeki ikan merah kat para pemancing.Bukan senang nak dapat rezeki terpijak cam ni.




2 3 hari ni rezeki murah.hari ni laki aku kelaut lagi bersama vernon.gambar ni kawan laki ku Ah Seng ngan gelama kuning, kalau tak silap akulah.ini hasil tangkapan hari jumaat, tak silap aku.




Gelama kuning ni tawar sikit, sedap masak taucu je.




Besarkan mulut dia.



tengok betul-betul ikan gelama kuning tu.



entah apalah yang siAh Seng tu tunjuk.....



istiadat siang menyiang selalu dibuat kat pengkalan.Kat rumah, aku goyang kaki je tinggal masak.



Hasil laki aku bawak malam tadi, ikan tirusan.Dah siap potong keping-keping.Dia selalu siap letak keping satu bungkusan.Dia marah kalau aku turunkan semua kalau nak masak.Dia dah tahu aku selalu masak satu hari berapa keping, sebab tu ,dia siap-siap bungkus 3 keping ikan satu bungkusan.ikan fresh, dia tak suka banyak kena air, nanti tak fresh lagi.




ikan cam ni nak sedap masak, 1 keping kena potong 5 atau 6 bahagian.garam kunyitkan, lumurkan ngan tepung jagong.lepas tu baru goreng.



cili sos ngan sos tiram sikit.cili mesin ngan bawang putih 2 ulas & bawang merah 3 ulas.




Tumis cili mesin sampai naik bau.lagi lama lagi sedap.lepas tu masukkan sos cili ngan sos tiram tadi..kalau kering t ambah air sikit.bubuh gula ngan garam.last sekali baru masukkan ikan.terus angkat.Aku goreng ikan, guna tepung jagung, supaya nanti isi ikan tak keras, walaupun bila dah sejuk.



aku masak cepat ari ni, sebab nak pergi rumah anak aku.laki aku tak de, pergi ke laut.


Add ImageAdd Image
Bekalan aku masak untuk bawak rumah anak aku.siap karipap aku buat sendiri.resepi karipap , esok ye.selalunya dia datang rumah aku, tapi memandangkan dia sibuk ngan driving licence dia, akulah kena datang sana.entry pergi rumah anak aku nanti ye aku update.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina