Pisang Ana bagi ari tu.Nak makan dah tak lalu.jadi jiwa kacau punya pasal, tak boleh tidur, pukul 10 malam tadi buat kek pisang.
Korang tahukan jiwa aku kacau pasal boss aku semalam.Ari ni jiwa aku lagi kacau, pasal ada lelaki bangang pakai HP tapi tak tahu nak angkat...Aku bukan suka-suka nak tel dia, kalau tak pasal kerja.Nanti kalau aku terserempak ngan dia , mesti dia cakap HP dalam seluarlah, tak dengarlah.Dorang ni takut dengar suara aku, akukan singa.Aku tak peduli, aku nak hantar barang ke JB, kalau tak de barang, aku nak check stock, dia tak angkat call aku.pergi mamposs sama dia.Yang aku pelik dia hanya angkat tel, bila satu anak dara sunti tu(anak dara tua) tel.cepat je dia angkat.aku kecikan tulisan, mana tahu dia search terbaca blog aku ni.pengsan dia.kwang kwang .lelaki tu dah kahwin.pesyen lelaki main kayu tiga.khe khe.syyyy jangan cakap ngan org.
siapa yang tak suka mengumpat jangan baca.
Tepung aku guna tepung naik sendiri buatan sendiri
Tepung naik sendiri bersamaan ngan :
Tepung gandum 250 grams+ 1 sudu besar baking powder diayak bersama.
tepung, ikut sukatan sendiri ye.kalau terbanyak tepung keras pulak, gula 180 grams, essen banana, butter, telur 4 biji.
bahan-bahan seperti kat atas ye.
pisang 4 biji , lecekkan. nak dapat kesan yg menangkap jiwa, letak fresh milk sikit.
mesin gula ngan butter sampai gebu.
letakkan telur sebijik demi sebijik.pukul lagi.lepas tu letak pisang lecek, dan pukul lagi.letakkan fresh milk.kacau, kemudian letakkan tepung sedikit demi sedikit.
SILA ABAIKAN MEJA AKU YG BERSEPAH
Dah siap masukkan bancuhan dalam loyang yang dilengser butter atau majerin.bakar 40 minit dalam suhu 180 darjah
kek pisang aku yang mantoppp.
Apalagi simontel aku sedang menikmati kek pisang.