Thursday, May 20, 2010

Kueh Talam & pokok Gorjos



Ni aku bagi halwa mata jap.sebelum korang layan kuih talam aku tu, cam mana cantik tak, laki aku baru memindahkan pokok tu dari pasu ke tanah,supaya dia dapat menjalar dengan suburnya.Kalau korang betul-betul pengikut akak yang gojos sila teka pokok apakah ini?

hadiah yang akak bagi lumayan.

1)dapat percuma resepi kueh talam kat bawah
2)akak singgah dan bagi komen kat blog korang 1 hari sekali.
3)setiap pagi akak akan tinggal message I miss u so much kat chat box korang

cam mana lumayan tak .kwang kwang




1) tepung gandum 100 grams
2) tepung ubi 30grams
dibancuh ngan santan dari 1/2 biji kelapa ngan garam.Bancuhan jangan terlalu pekat.Tapiskan adunan.




Buat cara yang sama, tapi ni tak de santan.cuma ni ditambah gula merah ngan air.




Letakkan adunan yang bergula merah didalam loyang yang dah dilengser ngan minyak kelapa..kemudian kukus selama 5 minit atau 10 minit.



Kemudian cucuk-cucukkan ngan garpu diatas permukaan gula merah, lepas tu curahkan bancuhan bersantan diatasnya.ujuan mencucuk ngan garpu supaya lapisan putih ngan coklat tu melekat rapat.




kueh talam gorjos.




nampak tak kegorjosan muka Firdaus nampak kueh talam tu.khe khe

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina