Wednesday, May 5, 2010

Batman forever



filet ayam, abaikan muka keji tu.khe khe

Malam tadi punya menu , aku namakan batman forever.nama resepi tak boleh beritahu, nanti kena saman pulak.resepi ni aku ambik masa aku bekerja ngan seorang R&D syarikat Fast food , kalau aku sebutkan semua org tahu.Dulu ada jual kat pasaraya sekejap benda ni, tapi sebab cost dia boleh tahan tinggi , dorang stopkan.




filet ayam, tak gemuk sangatlah. kalau gemuk-gemuk punya filet, senang sikit nak belah.




telur




crispy bread crumb




single kraft.potongkan mcm dalam gambar.




bawang putih cincang ngan butter.




pisau tajam.sila abaikan muka penuh ketakutan firdaus terhadap pisau.kwang kwang




tepung jagung




masakkan sedikit butter ngan bawang putih.Masak Jangan terlalu sangat.Agak-agak dah warna keperang-perangan bolehlah diangkat.



filet yang dah dibelah.Hati-hati masa membelah takut terkoyak.




letakkan bawang putih yang dah dimasak ngan butter tadi, diikuti ngan single kraft yang dah dibelah tadi.Sebenarnya kena letak daun parsley cincang, memandangkan, aku cari daun parsley tak de.terpaksa abaikan.




tutupkan filet tadi



ikut step dibawah.
1) celupkan dalam tepung jagung
2) celupkan kedalam telur
3) baru celupkan dalam bread crumb tadi.lumurkan sekata.
4) goreng deep fry.





nilah hasilnya batman forever.




terhangus sikit.




cam biasa firdaus tengah menghayati batman forever.khe khe

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina