Monday, May 31, 2010

Ikan goreng ngan Halia



1)daun bawang kerat-kerat,
2)sos lada hitam
3)sos tiram
4)halia tua potong besar dan nipis.

Dah 3 hari tak update blog.busy sangat.Kat sini aku nak minta maaf cara terbuka ngan Angelina , sebab tak dapat ajak dia datang rumah, sebab aku busy. maafkan akak ye.nanti calling dulu ye, kebetulan dia pergi sg kandis, rumah kawan suami dia.Dia bukan nak datang rumah aku, tapi bila dia call , macam tak sedap hati je.maaf ye.Hari Jumaat, masak laut peberet simontel tu, ikan goreng halia.simontel ni kalau makan kat food court , mesti minta lauk ni.




1)ikan ambil isi sahaja, dan potong kecik-kecik(gaul ngan kicap cair)
2) tepung jagung untuk salutan.

cara mengoreng

celup seketul isi ikan dalam tepung, lepas tu goreng, buat cara yang sama hingga selesai.




Ini dia isi ikan yang dah siap digoreng.



Aku tunjukkan part yang penting je.Mesti goreng halia sampai naik bau , dengan mengunakan api yang perlahan.lepas halia dah naik bau masukkan kedua-dua sos tadi.kacau-kacau, letak air sedikit.terpulang, kalau nak kuah banyak , boleh letak air lebih.lepas tu terus masukkan ikan ngan daun bawang.kacau lagi, dan boleh terus angkat.




inilah dia ikan goreng ngan halia.




simontel makan ikan goreng halia ngan nasi goreng.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina