Friday, May 21, 2010

Tip top tips



Berusaha gigih mengopek ikan bilis untuk sarapan nasi lemak pagi ni.Dah makan banyak, kenalah buat kerja lebih sikit.betul tak?Tak boleh harap jugak, 3 kopek 1 ngap masuk mulut.kena pantau dari jauh.Hari ni hari Jumaat , aku tak pandai cam ratu kebaya nak bagi takzirah jumaat.Yang boleh aku bagi Tip top tips.itu pun kebetulan pagi tadi aku bangun awal buat nasi lemak.




Sebelum buat apa-apa persediaan, rebus telur dulu.

Tip

1) rebus telur gunakan api perlahan, supaya telur berkeadaan cantik bila dikupas.
2) bubuh garam , supaya kulit telur tak melekat masa dikupas.



Kalau ikut cara diatas, telur jadi cun cam ni.Jangan belah dua dulu semua.bila nak makan baru belah dua.




Cuci Beras, masukkan santan bersama garam.letakan simpulan daun pandan.

Tips :

1) Nak dapat nasi lemak yang betul-betul putih, gunakan kelapa yang kita perah sendiri.Kalau mengunakan santan yang dah siap, dorang kan mesin ngan kulit ari kelapa sekali, jadik nasi akan tak jadik putih sangat.
2) Jangan masukkan semaua santan kelapa,yang last sekali tu selalunya mengandungi serdak-serdak kelapa bewarna hitam.
3) Kalau rasa tangan tak mempunyai kekuatan cam badang , nak perah kelapa.sila gunakan mesin cili.Korang akan mendapat kepekatan santan 3 x ganda daripada perahan tangan.




Bahan nak buat sambal ikan bilis seperti diatas

Tips :

1) mesin cili ngan bawang merah kecik 3 atau 4 ulas sahaja.Kalau mengunakan bawang banyak, sambal akan lebih rasa bawang.
2) seimbangkan banyak cili ngan bawang.
3) ikan bilis digoreng deep fry.




Nak dapat sambal yang sedap

1) tumis cili mesin tadi sampai betul-betul pecah minyak.kalau rasa kuali cepat hangit, masa menumis, kecikkan api.
2) Bila dah betul-betul pecah minyak, baru masukkan air asam jawa. Masak lagi, kemudian bubuh gula.rasa biar seimbang antara gula , garam, ngan asam jawa.Kalau suka boleh letak perasa, hanya secubit, agar rasa sambal seimbang.last sekali bubuh bawang besar, ngan ikan bilis goreng.




Sambal ikan bilis ngetop.




Kenapa aku masak banyak ?

1) untuk CT Fad (sebab dia bawak aku pergi kerja)
2) untuk pengasuh Firdaus.Dia dah cukai , suruh buat lebih-lebih sikit
3) satu untuk aku.
4) satu untuk Firdaus

Purple ngan Adia jangan gaduh lagi ye.Lieya I miss u so much. Kajol kalau senang akak pergi tempat ko.gambar ko banyak sangatlah.Ratu kebaya untuk ko tak de ye.lain kali akak buat lebih lagi.priority kena CT fad , dia kan driver akak.tulisan kecik sikit tu takut dia nampak.Akhir sekali kata-kata mutiara, jangan cemburu ngan nasi lemak tu ye.kwang kwang

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina