Tuesday, May 31, 2011

Sup Ayam simple, sambal ikan bilis

Salam hari selasa.......


Saja gedik nak update resepi hari tu , kat rumah sebelah.


Sup ayam paling simple.Ayam pun adalah separuh badan.






Bahan hiris , bawang putih , halia , bawang besar kuning (Agak -agak je, jangan sampai dua atau 3 kilo plak)



Kentang belah dua


Carrot potong ikut suka.


Daun sup Bubuh masa dah angkat sup ayam tadi.



Tumis bahan hiris, bunga lawang dua ketui sampai naik bau, bahan hiris semua layu. Lepas tu bubuh air separas pinggang , eeeehhhhh separuh je, jangan banyak sangat, nengok ngan keadaan ayamnya. Lepas tu boleh masukkan kentang ngan carrot tadi. Dah separuh empuk semua tu masukkan garam ngan ayam tadi. Last sekali lepas angkat baru buh daun sup.Jangan lupa nak menambah sedap buh perisa secoet, ala ala hujung kuku.Jangan buh banyak babab vontot kang.




Sambal ikan bilis





Bawang kuning hiris.



Ikan bilis goreng.




perahan Air asam jawa, besar ala ala ibu jari .



Tumis 15 tangkai cili kering yang diblender ngan 3 biji bawang merah kecik. Biar sampai pecah minyak kalau menumis tu. Dh pecah semua baru masukkan air asam jawa. Biar sampai pecah semua lagi dan naik bau.Masukkan garam, secoet aji, 2 sudu gula sebagai penambah rasa. Lepas tu masukkan bawang besar hiris. Last sekali tutup api, masukkan ikan bilis goreng. Dah siap.


Tips Ngetop.


1) Cili blend yang tak ditumis cukup masak, boleh mengakibatkan sambal jadi terlalu pedas.

2) Kalau bubuh gula sebelum cili blend betul-betul masak pun boleh buat sambal jadi terlalu pedas.


SELAMAT MENCUBA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina