Lepas beli barang kelengkapan buat muffin , kita orang ke fruity, makan angin .
Bukan setakat makan angin je, makan cheese cake sekali.
Kalau ke fruity, mesti order milk shake vanilla, sedap. Yuyi cakap kedai rahsia ada jual ni, tapi tak sesedap kat sini.
Muka tak sabar nak makan kek cokelat.
Baru senyum, bila yuyi suap kek cokelat.
Terpaksa order tuk Firdaus Roasted Chicken, sebab waktu petang cam ni tak de makanan yang bergoreng, sebab dorang tukar minyak.
Cheese cake kat Fruity ni memang terbaek kalau nak dibandingkan dari kedai rahsia tu.....Rega pun lagi murah. Dulu kedai rahsia tu okey, sekarang ni semenjak dah femes, kureng. Kenapa manusia cam tu ye, bila dah femes je semua berubah sekelip mata. Kenapa tak ikut resmi padi , semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.
Dalam perjalanan balik , jalan jem sangat sebab banyak orang duk pulun kejar promosi kat bawah ni....
Benggang je , kalau jem sebab dik ni. Kalau yang beli minuman keras ni, orang bukan Islam tak de hal ,Aku tak berapa minatlah permandangan orang Islam sengaja menunjuk -nunjuk beli dan minum minuman keras kat tempat awam.
Lagi satu tempat yang aku paling hot kalau lalu kat tepi jalan yang ada kedai nombor, lagi sesak, sampai nak lalu pun susah. Best sekali bila nampak lelaki tua berugama Islam sedang sibuk menjalankan urus niaga. ntah tak tahu urus niaga apa.Wallahualam bissawab.
Renung renungkan dan selamat beramal....