Wednesday, May 11, 2011

Jom senam

Salam hari rabu...................jom senam.

Masak cam senam gak kan?. Keluar peluhkan. Aku tak payah senam, auditor seminggu kat opis ni dah boleh wat peluh dingin merembes keluar.

Jom senam masak ayam goreng kunyit. Sebenarnya lauk cam ni selalu suami order tuk Firdaus, bila kedai makan tu tak de ayam goreng. Biasalah kalau makan kat kedai , ciput je. Aku nengok Firdaus suka lauk ni, tu yang aku gigih masak tuk dia malam tadi.

Selaluya kalau makan kat kedai, aku bukan setakat makan je, aku cuba tangkap rasa masakan tu dia bubuh apa, lepas tu kalau rajin Insyaallah aku masaklah cam tu.


Biasalah kalau dah bebel panjang mesti tersasar jauh.




Resepi ni tak boleh langgan lagi, sebab first time nak buat.lepas ni baru boleh langgan secara percuma ye.

Bahan-bahan cam kat atas, daun bawang, bawang besar ngan carrot, cara hirisan tiru cam tu ye, kalau nak wat style korang boleh gak.Lupa plak kalau nak tukar carrot ke kacang panjang pun okey gak.




bawang putih ngan halia diblend kering. sukati nak letak banyak mana, tapi kalau ye pun biarlah kena ngan banyak ayam tu. Halia ngan bawang putih pun kenalah sama banyak.



dada ayam yang dipotong nipis yang tak berapa nipis.boleh gitu.



lumur isi ayam ngan kicap cair,secoet perasa, bahan diblend kering tadi,serbuk kunyit ngan sikit tepung jagung. Kena Biasakan kalau masak guna kicap cair sebagai penganti garam, sebab masin garam tak sekata. perap 20 minit pun jadilah.

Bila baca komen Pia , baru teringat nak beritahu tips gaul ngan tepung jagung tu , bagi mengelakkan isi ayam jadi keras bila digoreng. Kalau dah gaul tepung jagung, sampai pagi esok pun tak keras. Pia, betul kalau makan kat kedai , isi ayam dia keras sebab dorang tak tanya tips kat kak cheng.larikkkkkk



Biasalah dapur karen lagi, sukati korang nak guna dapur kayu, gas semua boleh. Agak agak sudah nak guna dapur kayu. Goreng deep fry.



Ayam dah garing , silalah angkat buh dalam pinggan.



Tumis bawang besar hiris ngan carrot tadi sampai sedikit lunyai dan naik bau. Lepas tu masukkan ayam goreng tadi ngan daun bawang. Kacau sekejap dan terus angkat.



Yes yes inilah dia ayam goreng kunyitlah sangat.



Biasalah model setia ni makan nasi ngan ayam goreng kunyit bersama asam tumis ikan jenahak semalam .




Ye buk di luar sana, jangan lupa mencuba ye, penat tau bagi resepi.

okey dah pegi wat keja , nanti boss marah .Aku plak nak ngadap muka auditor lagi.


Akhir sekali mari bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah kak chik yang kembali kerahmatullah bila aku kurang pasti , itu pun tahu bila baca blog Gadis bunga pagi tadi.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina