Semalam macam-macam, ngan network broadband Huawei ni sengal, nak mengomen dan buat jelajah bersiri pun terbantut. Memanjang je server not found. Mana blog yang aku belum singgah tu harap bersabar ye, memang tengah sengal network ni. Nak pinjam anak punya ,dia pun sama line ngan aku gak.Tak pelah pelan-pelan, cam kura-kura pun tak pelah.
Ni cite macam-macam punya masak, nak layan keranah anak aku yang sulung ni. Umur dah 22 tahun, tapi kalau datang umah ada je nak makan tu nak makan ni. Mak itu mak ini. Sampai naik lemas aku dibuatnya
layan cite dan selera dia nak makan rebus kerang , ngan tambahan ayam percik, aku update sikit ni.............
Biasa aku rebus kerang tumis ngan bawang , serai, halia ngan daun kunyit, sebab anak aku ni nak hirup kuah dia, katanya kalau dia buat sendiri, tak berani dia nak hirup kuahnya.
Tumis dulu bahan tumisan sampai naik bau.
Kerang kena basuh bersih , kalau boleh berus kulit dia ngan berus yang bersih. Sampai memancau cam sparkle.ekekek
Masukkan air, dah mendidih , baru masukkan kerang, last sekali buh garam.
mengikut cirasa dia yang suka pedas.Tak tahan aku , pedas sangat.cili ngan bawang putih blender kering.
Lepas tu bubuh kicap kipas udang.
Masak ayam percik gak petangnya, kalau nak resepi sila langgan secara percuma kat sini ye. harap cuba ye, kalau suka.
Ayam aku belah 4 je.
Jangan lupa proses pembakaran.
Yessss, ayam percik ku dah masak, kalau suka boleh wat ikan kembung gak.
Kuah percik balance tadi di simpat wat simbah kat ayam time nak makan nanti.
Celur kailan yang dah bersihkan dalam air yang mendidih. Jangan lupa bubuh minyak bijan dalam air tadi, kalau boleh jangan celur terlalu lama. Tuskan sayur dan buh dalam pinggan.
Kalau masak cam ni sesuai ngan sayur brocoli, bak choy, baby kailan ngan kailan. Tumis bawang putih cincang sampai naik bau dan kekuningan, lepas tu masukkan sos tiram, buh air sikit je. tutup api dan simbah sos ni atas sayur yang dah dicelur.
Okey sila happy hari ni ye sebab cuti. Aku masak dulu sekejap lagi nak wat jelajah. Hari ni budak tu nak makan sup ayam yang ada lada hitam banyak plak. sabau je lah.........