Monday, May 9, 2011

servis 24 jam

Salam hari senin...............................semoga semua ibu diluar sana gembira ye semalam dapat hadiah dari anak-anak sempena Hari Ibu.

Semua ibu di luar sana harus berbangga pada diri sendiri, sebab mereka ni beri perkhidmatan 24 jam untuk keluarga tak kira masa. Keperluan family sering diberi keutamaan dulu melebihi diri sendiri.

Tak kiralah ibu yang jadi surirumah tangga sepenuh masa atau yang berkerjaya, pengorbanan anda pada keluarga amat berharga. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa anda.

Semalam aku tak kemana-mana, hanya masak tuk family je. Suami plak ke laut, jadi masa banyak dihabiskan kat rumah melayan keranah anak-anak.Sesekali balik, riuh rendah rumah dibuatnya. Anak lelaki yang ketiga umur 19 tahun sibuk bergaduh ngan sikecik Firdaus umur 6 tahun. cemburu tak habis-habis.

Jom layan cite pasal masak-masak plak.



Sayur dalam cite hari tu, sayur asam. Tekaan Mak dara terdiva tepat. Sayur asam ni aku kenali dari seorang pekerja india , masa keja kat estet United Plantation ulu Basir sebagai penanam buah kela sawit. details tak?. Aku duk ralit nengok dia makan sayur asam tu, aku belajar ngan dia cara nak masak sayur tu. Kebetulan masa tu aku tengah pregnant anak no 2, benda yang berasam ni jadi peberet, tapi sayur jelah, jeruk-jeruk asam ni aku kurang minat plak.

Jangan lupa ye, asingkan daun ngan batang kemudian cuci bersih. Biasalah bila dah sembang panjang tersasar plak dari tujuan asal.




Masak air sampai mendidih, masukkan daun asam tadi. Bila semua dah lecur ,keluarkan sayur dan tuskan .



Blend kering gambar yang kat atas ni.



Jadi cam ni bila dah blend.



Tumis bahan yang diblend tadi sampai pecah minyak.



Lepas tu masukkan sayur asam tadi, buh garam , gula ngan pak ji secoet, kacau-kacau kemudian angkat.Tak perlu nak masak lama.



Lepas tu bagi dia hancur ngan blend atau tumbuk. Cuba jangan tak cuba, memang menyelerakan ngan rasa di yang sedikit pedas dan masam.Kalau tak suka pedas sangat , kurangkan cili api tu.


masakan yang aku masak semalam selain dari sayur asam tu.



Kailan bawang putih



Ikan Jenahak masak asam tumis.




Keduanya ikan jenahak masak sambal.







Ni bukan lauk ye. Sekian lama dah tak melembutkan tangan, aku wat tocang lekat tuk yuyi sempena hari ibu. Dia ragu-ragu ngan krediabiliti aku sebagai pembuat tocang lekat, jadi dia nak nengok cam mana rupanya tocang lekat tu, aku ambiklah gambar.

Dulu aku adalah pembuat tocang lekat yang tegar tuk rambut sendiri dan anak-anak. Nak buat cam mana paten pun boleh. Setelah sekian lama aku tinggalkan, baru semalam aku buat semula. Cam bagus baguskan statement tak boleh tu.ekekek

Dia dah lupa , dulu masa dia sekolah rendah aku selalu wat tocang lekat tuk dia. Emak tak pernah lupa.


Cerita dah habis dah, pegi wat keja ye, nanti boss marah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina