Friday, May 6, 2011

Sasaran mengena

Salam hari Jumaat.........................ceria-ceria selalu ye. Di sini aku nak bagi sedikit dessert sempena hari Jumaat penghulu segala hari. sesiapa rasa dalam diri ada ijazah PHD silalah buang cepat-cepat, takut nanti PHD bertukar yang up lagi. Satu hari tempat kita semua disini , iaitu kubur, jadi selagi kita masih diberi kesempatan Allah SWT untuk meneruskan kehidupan, buat baiklah sesama manusia.

Habis cite pasal tu, ni nak cite malam tadi aku ke pasar malam mencari sayur mayur tuk wat laut hingga hari minggu.Biasalah pegi ngan anak bujang kecik tu. Bila dah pegi ngan dia mestilah ada istiadat pow mengepow. Lihat gambar ni, cam mana proses mengepow tu berlaku.

Sebelum sampai tempat sayur mayur, dia ajak berhenti kat tempat jual permainan. Katanya nak rilex jap, nak tengok-tengok je.



Nampak tak ada polis naik motor, berbaju biru dan bersarung tangan hitam sedang melambai-lambai mesra.



Mata sayu yang seperti meminta simpati merenung polis yang sedang melambai-lambai.



Masih di situ ngan muka lebih menarik simpati.




Akhirnya aku tewas ngan muka simpati yang merintih meminta tanpa suara nak beli motor polis tu. Nasib baik rega dia RM15 dibekal sekali ngan bateri cap ayam.

Masa nak tido aku tanya dia

Aku : Adik ko dah tunjuk ngan ayah motor polis tu?

Firdaus : dah.

Aku : Ayah suka ke motor polis tu?

Firdaus : Kali ni ayah suka sangat ngan motor polis tu.

Biar betik statement yang keluar dari mulut suami aku ni, atau ada pertambahan cerita di situ, sebab dari balik tadi, tak dengar plak dia cakap apa-apa.

okey selesai sudah cite tu, sekarang nak cite pasal sayur mayur hasil rembatan tadi.



cer tek cer teka, sayur apakah ini? nanti kalau masak sayur ni aku up entry ye.



Kailan



Kangkung beli lebih sikit nak goreng cam hari tu sebab banyak yang berminat.Kat rumah aku ni, sayur memang wajib ada, sebab ramai yang suka, tapi waima suka sangat pun tak delah jadi cam orang kat bawah ni. cam biasa unsur suspen di situ, sila jengah he he he he


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V






peminat fanatik sayur


Aku larikkkkkkkkkkkk dulu ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina