Tuesday, May 31, 2011

Kari ikan simple tanpa santan, Goreng kobis ngan carrot

Tak kira, nak update gak lauk malam tadi. ooo Dah tanya suami , ikan Barakuda tu , orang kita panggil ikan kaci atau kacang.



Kari ikan barakuda/kaci /kacang.(banyak namakan)




Ikan Barakuda atau kaci, dimasak kari malam tadi.


Bahan-bahan

1)Halia- 1/2 inci dimayang
2)bawang putih 4 ulas -dihiris nipis-nipis
3) Bawang merah 4 ulas -dihiris nipis-nipis
4)1 tangkai daun kari
5)1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, ngan sedikit halba dan buah pelaga
6)Rempah kari -4 tbsp(kali ni aku guna rempah kari ikan Alagappas)
7)perahan dari 1/2 gengam asam jawa
8)5 atau 6 ketul ikan yang dah digaram kunyit.

Tumis bahan 1 hingga 5 sampai naik bau.Masukkan rempah kari, tumis sampai pecah minyak. Masukkan perahan air asam jawa.




Maaflah, aku ni memang specis masak kuah dalam kuali senang nak kacau, dah masak baru transfer ke periuk. Biar kuah kari tadi betul mengelegak, supaya rempah tadi semua meresap, dan kuah rasa wangi je. Last sekali baru masuk ikan. Bubuh garam dan pak aji secoet sebagai penambah rasa. Agak-agak sudah, jangan lama sangat biarkan kuah tu bila dah masuk ikan.





Goreng kobis campur carrot.









Suku Kobis Cina dan suku batang carrot dimayang sedehana besar



Tumis bawang putih cincang dari 4 ulas bawang putih sampai kekuningan. Masukkan kobis ngan carrot tadi. Kacau sebentar, kemudian masukkan sikit kicap cair sebagai penganti garam. Sebelum angkat bubuh sedikit air.




Tips ngetop

1)Sekiranya nak mengekalkan warna sayur yang kita goreng , jangan bubuh air semasa mengoreng. Bubuh air ketika sayur dah nak diangkat.

2)Untuk sayur berdaun hijau tuskan sayur selepas cuci.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina