Malam tadi kak cheng masak pindang(keler kuning) je, ada sesetengah negara kat dunia ni sebut singgang(kalernya putih).Masak ni senang je, tak keluar peluh banyak.
Lepas masak pindang , godek bawah meja jumpa plak roti, keji sangat kan roti letak kat bawah meja. bersihlah bawah meja.percayalah tu..........
Jangan pulak kutuk kak cheng 10 kali kasi up entry puding roti. Stesyen radio ni up yang rancangan fresh je, ni malam tadi buat tau.
Roti yang dah expired
Nasib baik anak kak cheng rajin, boleh gak diharap kalau setakat nak suruh kacau tu.
Sebelum masuk oben, coklat cip kena lebih sebab ikut selera sendiri.
Lepas keluar oben mengembang semacam...... kalau rajin langgan resepi kat tepi ngan bayaran 10 rupee /resepi, bayar melalui maybank.
Ni dah siap potong, kasi sapa yang nengok langgan resepi ngan segera.
Resepi kedua Ikan kembung masak pindang, sebab permintaan tinggi terhadap resepi, sampai orang Bangladesh nak resepi ni, sebab Bangla suka yang bab masak tak keluar modal banyak .
Penolong yang setia.
Kunyit hidup, lengkuas, halia , bawang putih, bawang besar dihiris.
Bendi ikut suka.
Perahan air asam jawa.
Ikan kembung disiang dan dibersihkan.
Tumis segala bahan hirisan sampai naik bau, lepas tu baru buh air asam jawa.Perasa ngan garam, pakcikmoto cikit.Bubuh bendi dulu, sebab nanti nak buh ikan sekejap je, lepas tu boleh angkat.
Pindang ikan kembung ngan bendi.Sila cuba ye, kalau nak lebih details, sila langgan resepi kat dalam blog ni. Kaler kuning tu, hasil dari kunyit hidup.
Jangan lupa sambal belacan ngan ikan goreng baru ngam makan ngan kuah pindang. Ikan goreng lupa plak nak tepek gambar
Akhir sekali untuk pendengar wanita yang setia ngan kak cheng, yang tak ade bluetoth, jangan lupa selitkan hp cam ni kalau nak berbual masa tengah bawak kenderaan . Bukan apa, ada tu yang tak mampu nak beli bluetooth, cam kak cheng ni. Jangan risau tak jatuh, kalau rasa was was pakai tudung ekin.
Jumpa lagi dilain rancangan ye.Akak cheng lupa nak ucap terima kasih pada model berbayar masak pindang ngan sambal belacan ni.korang kenalkan , kak limahlah balik kampung.