Dalam sedar tak sedar kalau tak silap aku dah 23 hari umat Islam berpuasa. Gembira sangat aku setiap kali Firdaus tanya pasal raya. Nampak sangat muka ekcited dia nak menyambut raya. Bila aku tanya dia apa raya tu , kelakar aku dengar jawapan yang keluar dari mulut dia boleh plak dia cakap raya tu main mercun dan balik kampung.. Aku tanya saper yang cakap cam tu dia kata kawan kelas dia yang cakap. Budak-budak apa ditahunya yang dia tau nak raya dan gembira dihari raya serta memakai seluar baju baru.
Stop cite pasal Firdaus ,kita cite pasal tart nenas plak ye.
Tepung gandum halus lagi cap blue key, saper tak de blue key cap lain pun boleh gak.company aku nak bagi free aku tibai jelah. Aku beli lagi sekotak tepung cap bunga delima, kuang ajarkan.Dua kotak manalah cukup untuk buat 5 atau 6 jenis biskut. 2 kg tepung gandum kita boleh dapat anggaran 350-400 biji tart nenas
Jem nenas aku beli ready made. Dahulu kala jem nenas memang aku buat sendiri tapi sekarang tidaklah nampaknya.
alaskan tray pembakar ngan kertas
Anggaran satu adunan(mungkin boleh dapat dalam 100 biji tart nenas )
1)250gm butter scs atau anchor, kalau nak niaga kenalah guna buttercup.
2)30-50 gm gula icing
3)1 tsp garam
4)2 biji telur -1 biji telur ambik kuning sahaja
5)sedikit essen vanila & pewarna kuning telur
6)Tepung
gandum-bergantung pada keperluan Satukan kesemua bahan diatas kedalam
mangkuk mengunakan tangan.kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit,
gaul hingga menjadi satu doh yang sederhana lembut supaya doh tu nanti mudah
nak dimasukkan kedalam acuan tart gulung.
Tart nenas yang dah sedia untuk dimasukkan ke dalam oven
untuk sapuan diatas permukaan tart
sebiji kuning telur
sedikit essen vanilla
sedikit pewarna kuning telur
satukan ketiga bahan dalam satu bekas
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25-30 minit guna api atas dan bawah
Sebahagian dari tart yang siap dibakar , tinggal nak disusun ke dalam botol. Renyah sikit nak buat tart nenas ni kalau tak de kesabaran yang tinggi mau fed up dibuatnya , kena ada sorang yang membantu bulat-bulatkan jem nenas habis senang membantu menyapu kuning telur diatas permukkan tart sebelum dibakar
Sebahagian dari tart nenas dah siap dibotolkan. Syukur Alhamdulillah dapat gak aku menyiapkan 15 botol (750 biji) tart nenas dalam masa dua hari dengan dibantu oleh yuyi. InsyaAllah jumaat nanti nak sambung buat lagi 3 botol.
Sekadar luahan hati
Selamat berpuasa dan happy holiday!!!!!!!!!!!