Salam Ramadhan.................
Sepanjang bulan puasa kat westport ni tak pernah lekang dengan traffic jemnya.......fed up walaupun syarikat aku bekerja ni bagi kelonggaran pada semua pekerja yang berugama Islam balik keja seawal pukul 5 rasa cam tak bermakna je bila aku sampai ke rumah sama cam waktu sebelum bulan puasa hanya kerana dek traffic jem . Yang menjadikan aku benggang setiap kali berlakunya traffic jem di westport ni, puncanya adalah kerana perkara-perkara yang macam arghhh contohnya lori atau kereta rosak yang mengalami kerosakan kecil, jalanraya sedang dibaiki atau yang lebih membenggangkan aku ada beberapa kali kenderaan rosak di waktu tengahari tapi sampailah ke waktu aku keluar opis pukul 5 masih belum disetelkan .............arghhhh malas nak pikir jadi benggang dibuatnya. Pihak yang berkenaan silalah lakukan sesuatu ye.
Petang Jumaat tu yuyi ambik aku kat opis , masa aku keluar dari opis tu lebih kurang pukul 5 petang sampai kat pasar ramadhan kat area pandamaran lebih kurang pukul 6.45petang, biasanya kalau tak jem perjalanan dari westport menuju ke pandamaran tu hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit je .Korang bayangkanlah sendiri dia punya jem. Masa tu aku sampai rumah dah dekat dekat nak waktu berbuka puasa.
Masa kat pasar ramadhan tu aku terjumpa sebuah gerai yang menjual air kelapa laut bila sebut kelapa laut otak aku menerawang ke ubat batuk cap kelapa laut. Inilah first time aku minum air kelapa laut , sedap gak kat hujung- hujungnya ada sikit rasa ubat cap kelapa laut.Baru aku tau yang air kelapa laut ni banyak khasiat dan manfaat salah satunya boleh menyembuhkan batuk selebihnya anda dikehendaki mengoogle sendiri .jangan marah........
Tak senang aku nak ambik gambar, ada je tangan yang nak interframe.
lagi simamat ni nak interframe, dia pun nak beli air kelapa laut gak memang aku tak boleh buat apa lah kan .Maaf ye ada kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan, korang nampakkan tulisan air kelapa laut disitu.
Kasihan yuyi terpaksa beratur menunggu giliran nak bergambar.la ni je ke hasilnya?.Masa ni gula-gula hack tunggu dalam kereta, Firdaus plak kat rumah pengasuh.
Ingatkan petang nanti nak pegi BS bakery beli barang-barang nak buat biskut InsyaAllah nanti senang kita jumpa lagi ye.
Sekadar luahan hati
Sedih gak Datuk Lee Chong Wei kalah ngan Lin Dan, tapi aku redho bagi aku dia kalah bermaruah dia dah cuba sedaya upaya kalau dah tak de rezeki nak buat cam mana ye dak.