Tuesday, August 7, 2012

Secret recipe online & BS Bakery


Salam Ramadhan................


Apasal aku tak tahu yang secret recipe ada online.Cam best je nak order  cake  secret recipe guna online.Dah macam tak de keja lainkan secret bersepah kat tempat aku ni ada hati plak nak order guna online.Apa ke halnya tiba-tiba aku cite pasal kek secret recipe ni. Sebut je pasal kek perut aku terus lapar ,  dah lah sahur tadi berkobar-kobar memasak tapi makannya idak. Kenapa ntah ngan  tekak aku ni  tiba-tiba je tak de selera nak makan .

Aku cite pasal secret recipe ni bukan apa tiba-tiba je aku otak aku menerawang mengingatkan perihal  Firdaus masa kitaorang kat JJ, dia boleh  terliur ngan kek secret  recipe. Kat Luar sana bersepah  kedai kek tapi pada aku tak boleh lawan kesedapan kek  secret recipe terutama cheese kek  .  Sebenarnya kalau nak diikutkan ngan  rancangan asal aku  nak ke  BS bakery dulu beli barang-barang untuk membuat biskut raya tapi oleh kerana yuyi ada benda yang dia nak beli di JJ   jadi ikutlah dia ke JJ dulu.

Rutin setiap kali sampai di Jaya Jusco, ambik gambar  ngan  memosing-mosing di tepi eskalator adalah acara wajib.Jangan tanjat plak yuyi make up bagai gi pasaraya. Dia ni  macam-macam boleh jadi asoh boleh retis pun boleh tapi banyaknya jadi asoh. Mental pun ada sikit dia ni  ,kalau dia rasa tak payah mandi pegi  pasaraya boleh je dia buat. Dia ni kalau nak buat sesuatu ikut kepala dia je. lalai pun dia , pernah satu hari tu masa dia tengah bayar barang  kat kaunter bayaran dia baru tersedar yang dia terlupa bawak purse, masa tu gak dia bergegas memandu kerumah ambik purse.Itulah serba sedikit perihal yuyi  burukkan perangai dia? Di sebalik keburukan dia  ada terselit kebaikan dia  yang aku sendiri pun tak pernah  jangka yang  dia suka menderma. Apa yang didermakan  dan kat mana didermakan  tak payah aku nak bagi tau dan ambik tau ye dak.


Yuyi singgah di kedai HP sekejap.

Nampak tak Firdaus tengah buat apa tu? mengintai kek dalam lemari display dah tentu tentu dia  terliur ngan kek kat dalam tu.
Masih lagi disitu mengharap simpati dari orang sekeliling
 Kek coklat Hazelnut (kalau tak silap aku) menjadi idaman kalbu Firdaus. Akhirnya yuyi belikan dia kek yang menjadi  idaman kalbu .Senanglah hati dia dapat makan kek.
 Entah apalah  SiFirdaus tu khayalkan
Masa ni dah dekat pukul 4   aku nak cakap apa lagi  budak-budak apa ditahunya,janji dia  dapat makan kek hati pun  gembira. Cian suap kek  tanpa minum air.
 Nampak di situ Firdaus makan kek  ngan  penuh penghayatan
 Saja je dia  nak duk kat situ
  Firdaus  ni bila disamping  yuyi  memang dah tak nampak aku

Syukur Alhamdulillah pembelian peringkat pertama barang-barang untuk membuat biskut  raya dah setel . Semua barang-barang ni aku beli kat  BS bakery , tempat kebiasaan aku beli barang-barang kek dan biskut. Peringkat kedua menyusul kemudian, InsyaAllah dua atau tiga hari lagi. Hanya ada dua peringkat je tak lebih dari tu ye.  Setiap tahun aku peruntukkan lebih kurang  RM150  untuk  membuat biskut raya, itu termasuklah  yang menempah  biskut  raya buatan  aku  secara sembunyi-sembunyi.la la la Raya tahun ni anak-anak ngan suami melarang  aku berniaga biskut raya mereka kata aku  berniaga atas dasar  belas kasihan.Dorang tak nak badan aku penat  tapi hasilnya  tak seberapa. Bila difikirkan  balik kata-kata suami ngan anak-anak  ada gak  kebenarannya :)



Sekadar luahan hati

Malasnya nak pegi keja hari ni selepas 3 hari melepak kat rumah.Ya Allah ya tuhan ku apesal ngantuknya...............

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina