Monday, August 27, 2012

Dari Amoaras Relaxing Spa mebawa diri ke TGI Friday

Salam Aidilfitri....................


Selepas kuciwa ngan perbuatan kasar mak kundur dan bawang putih  kat sini, yuyi bawak kitaorang semua merelease  tension ke Subang  Parade sambil makan-makan di TGI Friday. Entah kenapa kali ni aku teruja sangat nak buat entry  TGI Friday ni sedangkan banyak lagi entry yang patut diberi keutamaan . Masa menaip entry ni bercampur baur  perasaan aku sayu, sedih , teruja , excited dan apakah  keberangkaliannya ia berlaku di sebabkan entry di sini.
Budak berdua ni tak boleh berenggang  kalau dah berjumpa
Entah apa yang dibualkan budak berdua ni
Firdaus ni mengalahkan orang dewasa kalau dah berborak

Kalau tak silap aku ni Fried Mac and Cheese , Yuyi saje order  demi mengimbau memori 4 tahun dulu  di sini .Bestnya masa tu Firdaus baru berumur 4 tahun , ayah aku pun masih hidup lagi arghh cepatnya  masa berlalu.
Firdaus mencucuk-cucuk  fried mac cheesenya sambil mengenangkan memori semasa dia berumur 4 tahun.
Yuyi bagitau aku ni blue cheese , apa blue cheese tu mana yang bluenya.la la la la 
Yuyi orderkan Chicken Shrimp Diablo  untuk Gula-gula Hacks 
Braised Short  Ribs untuk yuyi, biasalah dia ni  tak boleh dipisahkan ngan beefnya kalau tak caya sila tengok kat sini sambil menyelam sambil minum air nanti dapatlah korang bandingkan sekali   wajah yuyi masa remaja dan sekarang ni yang semakin meningkat remaja .la la la
Untuk Firdaus yuyi orderkan Chicken with pepper and mushrooms served ngan  herb rice. Aku tak de order apa -apa sebabnya  menu kat TGI ni portionnya besar  satu menu boleh makan berdua , mak ni orang susah tak suka membazir selagi boleh berkongsi makanan mak sanggup .
Nasib kaulah gula-gula Hack dalam cerita ni tak de gambar kau .Habis tu cam mana tiba-tiba je   takut sangat orang nak ambik gambar dia.

Tanjat boboy last aku pegi subang parade tahun 2009 tak sangka rupanya dah 4 tahun aku tak jejakkan kaki di sini.Apa kejadahnya aku nak shopping kat sini ye dak, golongan marhaen cam aku ni layak shopping barang dapur di kedai cina,pasaraya 99 atau pasaraya yang seangkatan dengannya je. hey ni aku cakap seriuslah memang aku shopping barang dapur kat kedai cina area kawasan rumah aku je .Sekiranya ada sesiapa yang terserempak aku tengah bershopping barang dapur kat pasaraya  yang besar lagi canggih, itu mesti terjadi secara kebetulan kebarangkalian masa tu aku tengah mamam  atau tengok wayang kat area pasaraya tu.la la la.


Apasal ye bila ingat hari senin je bowing alahhhh biasalah tu bila dah seminggu bercuti lemah kakiku nak melangkah ke ofis  tension  siut bila ingat keja lagi tension bila teringat muka budak pulau  yang ke kg dot com tu  arghhh lemaslah mak.Bertabahlah wahai hati. Arghhh kalau aku kaya raya dah lama aku duk rumah goyang kaki tapi yuyi kata plak jadi orang kaya lagi boring.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina