Saturday, April 9, 2011

sebatang lagi...cian dia

Selamat berhujung minggu...............

Semalam lepas balik dari sini aku ngan suami bawak Firdaus pergi makan nasi kat Kedai AK Din. Ingatkan dah kenyang makan, tak nak masak lagi, tapi masuk ke petang Firdaus plak lapar , barang basah plak tak beli lagi, alamatnya masak apa yang ada depan mata je.

Jom layan...........masak sambal ikan bilis ngan kentang goreng.




Rebus kentang sampai empuk dulu.Janga lupa buh garam sikit.




Ikan bilis ngan kentang rebus tadi digoreng.




sos cili sikit ngan bawang besar hiris.



Masak ni cam masak sambal yang lain je. Kalau nak sambal sedap, tumis cili mesin ni sampai naik bau dan pecah minyak. Jangan lupa buh gula, garam ngan secubit perasa.



Simple je , goreng ikan bilis ngan kentang, buat telur dadar ngan goreng kobis. Firdaus suka goreng kentang ngan ikan bilis ni.



Budak yang dah lapar sangat, lagi sempat cakap "mak dah lama tak masak, sedap." Memang aku dah lama tak masak pun, malas.boleh gitu.



8/4/2011 gigi patah lagi lepas makan....cian dia, nak wat apa dah tak de rezeki.he he
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina