Saturday, September 17, 2011

Cerita peberet

Salam lebaran...........

Rasanya  cam dah lama tak tepek masakan kat sini. Pagi tadi cam berkobar-kobar nak menepek  cerita masak memasak, tak masak yang special pun cuma  nasi goreng ala-ala kampung je.Boringlah dah tak tahu nak masak apa.Suami pun dah lama tak pegi memancing, stok ikan pun dah tak de.Pegi pasar naik bodoh dibuatnya, tak tahu nak beli ikan apa. Nak beli ayam plak  mahal sangat, cam tak puas hati je  dorang naikkan rega ayam cam tu sekali. Nak salahkan sapa pun tak tahu.

Jom melayan nasi goreng ala-ala kampung............


Balas dendam ngan kak ngah  sebab hari tu dia ye ye o tepek buah  mangga. Kak ngah ! cik ina pun ada buah mangga ye , baru je nak dikeluarkan dari bekas beras, nasib baik  sebelum  keluarkan tadi teringat nak ambik gambar. sajakan nak balas dendam. kah kah kah

Bahan -bahan tuk buat nasi goreng


Bahan kisar kering, berapa ulas dan tangkai kira  dalam gambar ye.


Nasi sejuk digaul  sama rata ngan sedikit garam.


Ikan bilis basuh  kemudian dikisar kering.


Telur 2 biji, kalau boleh pecahkan kat dalam mangkuk sebabnya ditakuti  dapat telur tembelang. Siapa yang tak pernah mengalami peristiwa terpecah telur tembelang mesti tak berapa nak ikut . Aku dah pernah kena ,  tengah masak sambal telur, masa nak masukkan  telur terakhir, kena plak telur tembelang , bau busuk terpaksa buang satu kuali sambal.hampehhhhh



Pucuk paku secekak, basuh dan tuskan. Ikut suka korang , nak letak kankung pun boleh.



Rasanya semua dah tahu step by step cara nak masak nasi goreng, apa cara sekalipun part yang paling penting nak  jadikan  masakan tu  sedap,  bahan tumisan kena tumis hingga naik bau dan pecah minyak. kalau  bubuh telur  dalam nasi goreng kena pastikan telur tu garing, kalau tidak nasi goreng akan berbau hanyir. Seeloknya-eloknya pecahkan telur selepas bahan tumisan dah naik bau.


Jemput makan kawan-kawan.


Sehingga berjumpa lagi  dilain masa dan waktu, Insyaallah, selamat menghabiskan hujung minggu bersama keluarga tersayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina