Friday, October 7, 2011

Rancangan saya tanya anda jawab

Assalamulaikum cik


Saya ada masalah nak ajukan pada cik , anak lelaki saya yang umur 6 tahun tu,setiap malam lebih kurang 12 malam hingga 2 pagi dia masih berjaga sambil membuat ujikaji terhadap kacang kuda.Bila saya bangun saya lihat beberapa bekas plastik kecil disusun atas almari, bekas tu diisi  air dan didalamnya diletakkan beberapa biji kacang kuda.Ujikaji ni mendapat sokongan pada dari suami saya. Bila saya nak buang bekas tu, suami saya memberi amaran keras katanya "kalau dia bangun cari bekas tu, siaplah awak". Saya pun berada dalam ketakutan.

1) Cik adakah saya patut hentikan perbuatan anak saya tu  atau  biarkan  saje?

2) Cik saya nak tahu sangat kenapa dia buat ujikaji terhadap kacang kuda je, tak pada kacang-kacang yang lain? Apakah yang ingin dia buktikan ngan ujikaji tu?





Inilah ujikajinya., hari tu saya hampir tercekik kacang kuda, sebab masa tu dia rendam kacang kuda dalam gelas yang berisi air, kebetulan  saya kehausan sangat masa tu , ngan rakus saya gapai gelas tu dan teguk, terkejut boboy ada kacang kuda. Saya nak piap vontot dia cam piap lipas, tapi tak bolehlah , nak piap lipas pun saya takut , apatah lagi nak piap vontot dia yang gebu tu..Suami saya pantau.




Lihatlah cik, ini lah kacang kuda saya , hampir tinggal separuh botol .



Cik Ina Do Do Cheng
Port Klang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina