Anak datuk Rahim tu ingat blog di je ke boleh cipta resepi panjang berjela? Perbuatannya yang suka melemparkan segengam biji sawi atau cili secara pukal ke dalam masakan amatlah mengjengkelkan hati wa. Jangan lu cuba nak mengaku yang wa lu punya sifu dalam masakan Antarabangsa terutama Malaysia . kan wa dah banyak kali ajar kalau mahu lempar pun biarlah lempar yang berilmiah lemparlah secara cubit atau tahil. syyy walaupun lu melempar biji sawi secara pukal ke dalam kacang kuda lu ia tidak sedikit pun menjejaskan kesedapannya malah makin bertambah sedap tapi wa ada sedikit pelik kenapa bila wa ngan kawan wa makan lu punya kacang kuda, kitaorang masing -masing ingat laki kat rumah.the moral of the story "jangan main-main ngan biji sawi"
Berbalik pada cerita Ayam bakar berempah bermadu sedap dan senang nak dibuat ; Aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang sudi menjadikan blog aku ni sebagai teman rujukan ketika memasak cuma aku nak bagitau yang aku ni tidaklah mahir sangat dalam bidang masakan dan untuk pengetahuan korang aku tidak pernah menghadiri sebarang kursus-kursus masakan didalam negara apatah lagi luar negara . Jadi sila redho ye sekiranya resepi aku ni tak menepati citarasa tekak korang .
Aku buat ayam bakar berempah bermadu ni pun aku main bantai dan lempar .Tapi korang janganlah risau, bantai dan lempar aku kebanyakannya secara berilmiah, InsyaAllah.
Bumbu untuk memerap ayam
bantai dan lempar secara berilmiah bermaksud ; bahan-bahan kisar untuk bumbu perapan 3 ketul ayam kita digalak mengunakan hanya
1)3 biji bawang merah
2)3 ulas bawang putih
3) 1/2 sudu besar ketumbar biji
4)sedikit jintan manis dan putih
5)seketul lengkuas yang kecil atau comel je
6)1 cm halia
7)3 batang serai
8) seconit kunyit hidup
semua bahan-bahan dikisar kering
bahan tambahan
1) dua sudu besar madu
2)sedikit garam
3)secubit kecil serbuk perasa
lu orang guna lebih bahan-bahan kisar lu orang sendiri tanggung akibatnya
Ayam dilumur ngan sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa kemudian dilumurkan pula dengan bumbu perapan diikuti ngan dua sudu besar madu. lumur sekata dan perap selama 30 minit atau semalaman .Sebelum bakar atau grill letakkan sedikit butter kat atas ayam tu.
Pengalaman pertama aku membakar/mengrill ayam mengunakan chefel , bakar /grill sampai garing boleh gitu
Tak payahlah nak pandang lama-lama ayam bakar berempah bermadu aku tu nanti korang sendiri yang meleleh
sos cili buatan sendiri
1)6 biji cili besar atau 15 cili kering
2)3 ulas bawang putih
3)1/2 inci halia
kisar semua bahan
Masakkan bahan kisar dalam kuali atau periuk, campurkan sedikit air, biar agak mendidih, guna api sederhana.Untuk rasa masam masukkan sedikit cuka atau sesudu besar cili sos . Akhir sekali masukkan gula, sedikit garam ngan secubit serbuk perasa. Pekat kan sos cili ngan 1 sudu kecil bancuhan tepung ubi atau tepung jagung.
Kalau suka boleh guna sos pencicah kat sini
Aku suka guna bawang putih ni
Rumah aku wajib ada sayur terutama kailan goreng
Firdaus punya
Cadangan menghidang-jangan ikut sangat skil menghidang wa lu orang boleh muntah
Kisah Benar
Perempuan : Berdosa ke kita mendoakan motor seseorang yang telah menyakitkan hati kita tu hilang
Ustaz : terdiam
Perempuan : ustaz, ustaz, ustaz
Nak dijadikan cerita sejurus selepas mendengar soalan perempuan tu ustaz tadi menghembuskan nafas terakhir .ciankan.