Thursday, September 13, 2012

Petang rabu aku ; Terima kasih chefel dan Nuffnang

Hari rabu semalam ada dua perkara yang buat hati aku gembira

1) Status Nuffnang aku dah bertukar semula kepada Glitterati setelah hampir sebulan akaun blog aku berstatus  Non-Glitterati.Bukan sebab aku curang letak iklan pesaing Nuffnang tapi mungkin sebab server  kurang stabil sampaikan bot Nuffnang tak dapat crawl ke blog aku.

2) Semalam Chefel aku dah mula beroperasi,aku sangat berpuas hati  dengan hasilnya .Servis yang diberikan sangat tip top.

Aku suka nak kongsi ilmu dan barang baik dengan pembaca blog aku.Tak pandailah aku nak kedekut-kedekut  ni , kalau kedekut pun dapat apa ye dak.

Pagi semalam Chefel aku mula beroperasi  dengan menyediakan roti telur bermayonis dan bersos cili. Roti telur tu tunggu Next entry  ye.
Kerang ni aku beli kat pasaraya beratnya anggaran sekilo kot
Macam tak  best plak  kalau tak ditumis bawang putih ngan serai  ;  4-5 ulas bawang putih ngan 3-4 batang serai aku ketuk -ketuk kemudian aku tumis  hingga naik bau.Bila bahan tumisan dah naik bau aku masukkan kerang tadi bersama sos tiram, paste tomyam  dan sedikit air.Tutup chefel selama lebih kurang  5-10 minit.
Jeng -jeng  kerang tomyam yang dah  ready untuk diangkat
 Sila betulkan leher anda
Dengan Chefel Isi kerang tak kering dan rasanya manis

small bak choy-anggaran 3 orang makan
small bak choy dibelah dua , cucu dan kemudian dibersehkan ngan air  kemudian  tuskan
Tumis sedikit bawang putih sampai naik bau, bila dah naik bau kita masukkan sos tiram diikuti ngan small  bak choy kemudian tutup chefel , semudah ABCD kan.Selepas 3-5 minit kita lihat hasilnya hebat small bak choy goreng  yang segar dan hijau
 chefel  menjadikan sayur bak choy rasa   manis, sedap dan ranggup* bila cosway nak ambik aku jadi duta ni?*
Muka masam sebab aku tak nak keluarkan isi kerang. arghh dah besar buatlah sendiri ye dak.
Budak yang tak suka sotong dan udang kalau lala ngan kerang laju je....

Cerita chefel belum habis lagi  nanti  bila ada masa aku sambung lagi................

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina