Showing posts with label 1 syawal 2011. Show all posts
Showing posts with label 1 syawal 2011. Show all posts

Friday, September 2, 2011

Cerita 1 syawal-Bukit bendera

Salam lebaran..................


Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk 5 hari aku kat Batu Ferenggi ni. Best kat sini waktu malam meriah. Tempat penginapan plak dekat sangat ngan tepi pantai, apalagi setiap hari cuci mata. Syawal pertama , yuyi ajak gi bukit bendera dulu dia pegi tak dapat naik keretapi sebab orang ramai sangat.

Bukit bendera ni dibangunkan oleh Francis Light dengan mengunakan orang salah dari India dan tempatan pada tahun 1786. Teringat plak masa sekolah belajar sejarah Francis Light ngan Pulau Pianng.

Jom layan gambar jalan-jalan makan angin.....


Bahang hari merdeka 31/8/2011 kot.


Muka gembira dah dapat tiket, Firdaus suka nak jeles.


Muka puas hati Firdaus.


Ke mana-mana usung kamera yuyi.geram je.



Permandangan dari atas, ambik gambar guna hp.


Permandangan cantik sangat, cuma gambar je tak berapa cantik.



Sisibuk tu






Keretapi pertama bukit bendera ni mulakan perkhidmatan pada 21/10/1923 merupakan bukit pertama mempunyai keretapi pada ketinggian 830 meter dari aras laut.


rumah penduduk tempatan .


Masjid Bukit Bendera.


Kat bukit bendera banyak rumah kolonial .

Masa keluar dari sini suami singgah beli ABC.


ABC kat puncak sedap dan terbaek


Aku tertarik ngan lampu ni, tahun berapa punya lampu tak tahu plak, tapi bila nampak lambang JKR, setahu aku memang sah dah lama


Nampakkan lambang JKR tu.



Selepas berpusing-pusing kat atas, tetiba perut lapar plak, singgah makan kat David Brown's restoran. Makanan kat sini sedap.



Sambil makan boleh cuci mata tengok permandangan.




Depan tempat makan tu ada bunga teratai.


kolonial british lagi





Makan kat luar.


Kawasan sekeliling yang cantik.


Fresh orange Firdaus punya.


Order dua lamb shank je.



Lamb shank terbaek buat masa ni yang pernah aku rasa berbanding kat sini , pada pandangan aku. Aku suka sangat kuah lamb shank tu sedap. pekat dan cukup bahan.


permandangan dalam tempat makan.


Terlebih senyum plak anak aku ni.


Tengoklah tu, sibuk nak ambik gambar. Dia lebih terror guna kamera dari aku.


gambar permandangan dari atas sebelum turun.


Dah habis cerita pertama syawal. Nanti bersambung kalau ada masa. semoga korang semua bergembira di hari raya bersama family tercinta.

Tuesday, August 30, 2011

Cerita Akhir Ramadhan 2011

Salam akhir Ramadhan...............


Dah lama rasanya tak update blog ni. Sekarang aku tengah bercuti bersama anak- anak. Saja nak sambut satu syawal jauh nun di sana. Dalam perjalanan , aku tak de ambik satu gambar pun tuk tepek kat blog ni sebab tetiba je otak ni tak nak berblog lagi. Kalau sesiapa yang mengikuti blog ni mesti perasan yang blog ni tak pernah tak berupdate sampai 5 hari. Aku suarakan keputusan tak nak berbog pada suami, tapi dia cakap mood berblog datang dan pergi. Tunggu je dua tiga hari nanti. Ada kebenaran gak kata-kata dia, nah cuba lihat selepas 5 hari mood berblog kembali.

Memandangkan aku dah sebatang kara syawal tahun ni aku ambik keputusan bercuti bersama suami dan anak-anak . Siapa yang tak sedih dah sebatang kara tapi aku bersyukur masih ada anak-anak dan suami yang sayang . Mereka nak aku gembira syawal kali ni dan seterusnya.
Sebelum ni aku berpegang ngan kata-kata arwah mak, supaya satu syawal jangan tinggalkan rumah , buka pintu, jamu kanak -kanak, kawan dan saudara . Kali ni maafkan aku mak, tak dapat rasanya janji tu tertunai kerana air mata ni tak nak keluar lagi bila takbir raya bergema.

Masa cerita ni dicatat jarum jam komputer dah menunjukkan pukul 4 pagi dah masuk satu syawal pun, dengan ni aku mengucapkan Selamat menyambut Satu Syawal pada semua pembaca blog ni, Ampun maaf dipinta sekirannya cerita -cerita dalam blog ni ada menguris perasaan orang di luar sana.

Sekiranya sudi, baca dan tataplah gambar percutian aku....................


Bermula ngan gambar anak bujang aku yang dulunya pemalu dan sekarang berani plak nak berposing maut.


Gambar spontan yang dilakon semula.


Gambar ni buat Firdaus cemburu.



Kawasan sekeliling yang hijau mata memandang


Dalam kawasan percutian, model dapur terkini.



Bilik percutian.


Dua orang lelaki yang sentiasa cemburu mencemburui.


Posing maut di kolam renang



Firdaus bergembira ngan pistol air pemberian yuyi.


Anak bujang aku sedang menunjukkan kat korang body dia yang semakin mantap...



Anak-anak ku



Kat situ senang sebab ada pemanas lauk. Aku masak siap-siap kat rumah, sampai sana tinggal panaskan. Walaupun bercuti , tekak tak boleh lari nak makan masakan hari raya.


Ayam masak merah menu wajib setiap tahun


Rendang daging kambing menu wajib gak.


Sambal kacang.


Biasalah raya pun goreng sayur tuk Firdaus.


Setiap tahun masak ketupat, tapi tahun ni buat nasi himpit je.

Resepi menu ni semua selepas bercuti ye.






Suka ngan aksi ni.


Aksi anak menikmati hidangan hari raya.

Gambar kat bawah ni buat mood berblog aku come back. Mana aci masa bercuti pun dorang ni tak berenggang dari lappy.


Tengoklah Firdaus ni dah pukul 12 malam pun masih lagi beronline, belum lagi ngan suami yang main games.


Last-last terdampar bersama kat depan tv.


Ciankan , kepenatan sangat , tidur ngan berstokin lagi.


Terima kasih ye sudi nak tatap gambar-gambar ni.Sekarang ni aku masih bercuti, jadi adalah cerita bercuti lagi yang akan menyusul..................




Sekian jumpa lagi ..........................



SELAMAT HARI RAYA, BERGEMBIRALAH BERSAMA KELUARGA TERSAYANG DIMANA JUA ANDA BERADA.........

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina