Showing posts with label ABPBH 2011. Show all posts
Showing posts with label ABPBH 2011. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Anak Fasha makan makan kat The Chicken Rice Shop

Aje gila anak Fasha, kahwin ngan jejai pun tak lagi, inikan plak nak ada anak ngan Jejai. Apa ingat dalam doniya ni Fasha sorang je nama Fasha, ramai orang lagi nama  fashalah, dulu kawan memon yang alah alah tu pun namanya fasha gak.Jangan mare  nama  je fasha,  muka scary. Mencik tau ramai orang kat luar sana duk sibuk kutuk memon, muka tua ada hati nak guna nama Fasha * kutuk diri sendiri , bajet orang luar kutuk, ikut style Melodi mah* opssss ramai yang duk sibuk cop memon tumpang populariti Fasha Sandah. Hello, sekuis me, memon ada peminat sendirilah, tak mainlah tumpang populariti orang ni, sebenarnya fasha yang tumpang populariti memon oppssss *tampar mulut sendiri*

Zaman muda memon memang minat bertopi-topi ni, tak caya udah nama mu dollah, sambung sendiri

Berbalik pada cite ABPBH, memon minat sangat ngan topi yang wan maimunah pakai pada malam ABPBH tu, ada jual kat mana ye? Entah apalah  DJ Dave duk  kata bila dia nengok wan maimunah pakai topi tu .kui kui Memon nengok  cian, cam berat je topi tu nampak  Wan Maimunah cam susah je nak menoleh ke kiri . Memon tengah membayangkan memon pakai topi tu pegi keja, kengkawan rasa bos memon jeles tak bila memon pakai topi cam tu pegi keja.

Jom layan anak fasha

Budak tecit yang semakin pandai melaram, pada mulanya memon bagi dia baju kaler hijau,kurang asam baru darjah satu dia dah pandai bantah cakap memon "mak ni baju  pakai pegi sungai", lepas tu dia pegi pilih baju sendiri,memon sedih memon terus nyanyi lagu P.Ramlee yang ditukar lirik " beginilah nasib diriku bila anak semakin membesar", huk huk huk

Firdaus tak moh  terpinggir, dia nak lebih menonjol dari yuyi ngan gula-gula hacks.

Firdaus tak moh terpinggir lagi, ciankan yuyi ngan gula -gula Hacks terpaksa mengalah.

Akhirnya gula-gula hacks dapat gak menonjolkan diri lepas firdaus ikut yuyi gi beli CD.


Memon suruh yuyi order set,murah sikit nak dibandingkan ngan  order asing-asing, ikutkan tekak yuyi satu restoran dia nak order.
Air merah dulu kini dan selama-lamanya.
Separuh dari hidangan, semuanya habis kecuali kerabu mangga, tahu stim, sup fishball ngan pai tee tak berusik , memon suruh yuyi tapau pai tee ngan tahu je, sup fishball biarkan kat situ je.
Beef stew terpaksalah ambik dah ada dlm set, dorang punya set ni  boleh diumpama kan macam nak ditelan mati mak nak luah mati bapak, adakalanya pilihan yang diberi tu arghhhh memon pasrah...........
Memon rasa taugeh ni budak darjah dua pun pandai buat. opsss *tampar mulut sendiri*
Kerabu mangga sedap, cuma kena kurangkan gula sikit , bagi mengelakkan dari mendapat penyakit diabetis.*memon tak sayang mulut*
Memon tak tahu ni sup apa, pendapat bernas memon sup ni boleh buat dua benda je
1)wat air basuh tangan
2)minum cam air suam

*memon mintak dicekik*

Memon geram je bila nampak yuyi bersungguh -sungguh makan taugeh ni , tiba-tiba je memon terasa yang memon tak mahir menggoreng taugeh, cisss.
Sila abaikan gambar mata di bawah gambar pai tee tu: )

Cian Firdaus , lepas yuyi suruh pekerja tu tapau pai tee, Firdaus tunjuk gambar pai tee yang ada kat dinding "mana benda tu. Firdaus nak", kita orang ketawa beramai-ramai.


sapa kata TCRS sedap tapi mafahalfal. angkat tangan ...........memon angkat tangan dulu

Oh buku merah jangan lupa bawa. Moga-moga belum tamat tempoh-jangan lari rumah mak marah?????

Sapa rindu memon, angkat tangan!!!!! Apa khabar kengkawan windulah,  2 , 3 hari ni memon  sibuk almaklum lah baru je  habis ABPBH 2011 penatlah mendaki Genting HIghland, tima kasihlah pada kengkawan yang menyokong memon habis-habisan hingga ke titisan darah terakhir  hingga memon berjaya  mengondol pelakon tv wanita paling fofular tahun ni. LIHATLAH DONIYA,bak kata Azean Irdawaty. 


Memon puas hati sangat ngan ABPBH kali ni, mantop sangat terutama bila otai-otai diberi peluang menyumbangkan suara pada malam tu, memon happy  terasa jiwa ni kembali muda.*perasan muda tak pe kan* Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi , ni memon sipahat nak berbunyi sikit , awatlah orang kita ni duk pakat ramai-ramai undi si Mat Haron Mustapha opssss nahi nahi nahi Aaron Mustapha bin Aziz, dah tak de ke pelakon Malaysia yang hebat hebat lagi? nak wat cam mano masih ada lagi  segelintir  masyarakat kita mementingkan paras rupa artis   berbanding  bakat .opssss #memontamparmulutsendiri#

Jujurlah memon katakan , dalam Ombak rindu lakonan Bront Palarae nampak berkesan dan menarik nak dibandingkan ngan lakonan Aaron Aziz   opsss kang ada plak peminat Aaron marah ni. Memon tak cakap tipu cuba kengkawan  amat-amati  semula  babak akhir (babak sedih ) kat tepi bendang  antara  Aaron aziz(Hariz)   ngan Bront Palarae(mail) , masa tu hariz  nak mencari Izzah (Maya karin),  pada memon gaya pencakapan  dan wajah  Mail  berjaya membuatkan  perasaan kita  terbuai sayu , sebak dan sedih *pirahlah memon*. 


Syyyyy  jangan cakap ngan sesapa,   memon tak boleh blah ngan badan Aaron yang nampak mantop , gagah perkasa, bila  bercakap alah ala manja , lagi satu yang memon tak boleh blah masa malam ABPBH tu dia boleh  peluk Fizz Fairuz auwww bulu roma memon tetiba je tercacak-cacak, memon tak boleh nengok lelaki peluk peluk lelaki ni lebih dari 1 saat .opsss malaslah memon nak cakap benda -benda cam ni, walaupun memon ni bukan wartawan hiburan, tapi hal hal retis ni dalam tangan memon je.


Bila cakap pasal Aaron Aziz ,memon teringat nak cite pasal pasport yuyi...............

Pasport yuyi


Cian Aaron Aziz teraniya , alah baru nama je terpeleot, belum kena cam anak memon muka terpeleot kembang semangkuk.

Hari sabtu hari tu , first time memon nampak pasport yuyi , *tanjat memon*

Memon : sapa punya pasport ni ?

Yuyi : orang  punyalah, orang yang buat pasport tu pun tak cam pandang orang  banyak kali  , inikan mak lagilah tak boleh cam.

Memon : ni yang mak nak marah ni, dia yang ambik gambar dia sendiri tak boleh nak cam muka kita. Lenkali kasi up sikit teknologi tu, tak pun bagi kita ambik gambar sendiri yang cantik cantik kat luar.


Yuyi : mak orang dah ada pasport cam ni bolehlah lari
haip haip yuyi ni tak sayang mulut, opsss ampunkan  anak memon ye, bang rais. 




Bezakan gambar pasport yuyi kat bawah ni ngan gambar sebenar dia yang bawah sekali


Cian muka anak memon  kembang semacam, sampaikan Firdaus berulang kali  tanya memon "kenapa ni akak jadi polis?. dalam hati memon "cian tak pasal pasal yuyi dipoliskan". kui kui kui


Gambar ni masa yuyi kat Hongkong, celebrate besday Stephen chow.boleh gitu ? muka yang ni tak delah kembang cam muka kat atas : ) saje tau dorang ni nak mengembangkan muka anak memon : )


Pengalaman ngeri

1)Suatu masa dulu kawan memon hampir trauma gara-gara melihat gambar sendiri kat  lesen  sendiri(ntah lesen apa memon lupa ) serius memon pun ada sekali nengok gambar dia yang macam tangan letak kat dada mata pandang kat atas (muka cam tercekik tulang) hinggakan dia sanggup  mendoakan  lesen dia tu hilang, akhirnya  selang beberapa bulan  doa dia termakbul, dia pun dapatlah mengantikan lesen  yang ngeri tu  ngan yang baru .

2)Sampai sekarang Memon tak sanggup nak tengok kad pengenalan sendiri (dalam hal ni memon tak menyalahkan sesiapa memon sedar memon memang tak berapa nak cantik pun tapi manis ada .larikkkkkkkkkkkk


sapa ada pengalaman ngeri seperti di atas , angkat tangan!!!!!!!!!



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina