Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

anak , exam , Attitude

 Exam pertengahan tahun Firdaus dah  habis , result exam pun dah dapat. Result dia okeylah bagi budak yang jarang baca buku yang kejanya  24/7 asyik menonton cd  boboiboy , bak kata yuyi boboiboy terbaek dari ladang. Entahlah aku tak biasalah nak tertekan macam orang lain setiap kali anak dapat keputusan  exam. Apa je result exam yang dorang  dapat   tak kiralah dapat Catau B atau A, aku akan cakap okey je, siap bagi pesanan penaja lagi "nanti usaha dan usaha dan usaha lagi ye."la la la  Aku  jenis tak suka  paksa-paksa   anak baca buku ni, aku hanya bagi nasihat  sekali je  pandai  doranglah nak fikir  mana yang terbaek buat dorang.

Mungkin anak-anak aku ikut spesis aku kot zaman aku  sekolah  dulu memang aku  liat nak mengulangkaji pelajaran. Aku lebih suka bagi tumpuan sepenuhnya masa cikgu mengajar. Anak aku yang  no 2 yang sekarang ni duk unibersiti  dulu masa dia kecik nak tengok dia baca buku masa  exam pun payah. Mungkin dia pun guna keadah yang sama cam aku kot  .

Dulu   masa yuyi kecik aku garang sikit  lepas dia besar sikit aku  dah banyak cool .Bila aku fikir balik  budak sekarang dah cerdek tak sesuai  sangat kalau kita mengajar anak-anak dengan cara kekerasan . Kalau dah geram sangat tu besit ngan rotan sikit  bahagian kaki.la la la Firdaus dah lama tak kena besit ni dah banyak  lemak terkumpul terutama time dia tengah menonton cd boboiboy.







Firdaus kata  dengan  memberi nafas pada roket tu seperti mengisi minyak  supaya roket tu akan terbang ngan lebih laju aku iakan je aku teringat semasa aku masih kecik aku pun buat perkara yang sama.


Sekadar luahan hati

Aku ada sedikit bangga bila beberapa orang guru Firdaus  terutama guru bahasa Inggeris  Cikgu Khoo kata Firdaus  mempunyai attitidue yang baik.Alhamdulillah

Thursday, November 5, 2009

Exam yg susah nak jawab

Alkisah malam tadi, pada pukul 10.00 malam. Aku, suami ngan Firdaus tidur kat depan TV. Selalu semua tidur kat dalam bilik.Tapi ari tu malas, bentang tilam , tidur kat luar. Kat luar memang panas sikit, kata orang siling Fan memang panas, sebab dia menyedut haba kat luar.Tapi Firdaus ni pelik , bila aku tutup tv, dan dan tu dia ajak aku tidur kat dalam, dia kata kat luar panas. Dia kata

FIRDAUS : Mak jom lah masuk dalam, panaslah kat luar

AKU : Tidurlah kat luar, dah malam ni.Bukaklah baju tu, mcm ayah .Ayahkan tidur tak pakai baju.

FIRDAUS : malulah bukak baju.

AKU : Bukaklah baju. nak malu apa.

FIRDAUS : kenapa mak tak tidur bukak baju.

AKU : mak tak boleh bukak baju, mak perempuan.

FIRDAUS : kenapa perempuan tak boleh bukak baju ahhhhhh

AKU : pening kepala... perempuankan ada tetek.(tak tahu aku nak bagi jawapan apa lagi)

FIRDAUS : selak baju.... mak, firdaus pun ada tetek.


Aku terdiam, sambil yelah.tidur jelah kat luar ni. Otak aku berpusing, apalah budak yg besar 4 tahun ni punya fikiran

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina