Showing posts with label Konti. Show all posts
Showing posts with label Konti. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Abang Jet come back selepas setahun

Buat peminat abang jet, ingat lagi tak ngan abang Jet.Last abang jet bersiaran pada Oct 2010. Hari ni abang Jet gantikan tempat minah sorang ni kak cheng yang tengah geram ngan sekor langau duk dari tadi asyik menbingit kat telinga dia sampai tak boleh bersiaran hari ni.



Bersama DJ Abang Jet
Stesyen radio : Fire FM (0.99)
Rancangan : lepas geram

Pemanggil pertama


Abang Jet : Siapa disana
Pemanggil : Saya Siti, dari Jerantut
Abang Jet : Apa yang nak digeramkan sangat siti?
Pemanggil : Saya benggang ngan Noni , kawan sepejabat.
Abang Jet : Apa yang dia dah buat kat ko?
Pemanggil : Saya dah anggap Noni ni cam adik kandung sendiri, apa yang saya makan , dia makan.Segala rahsia saya, rahsia dia jugak. Baik sangat, cam isi ngan kuku. Alih-alih, saya dapat tahu dia cucuk boss, supaya tukarkan tempat saya. Dia kata kat saya tak boleh buat kerja, pemalas.Tak sedar diri punya kawan.
Abang Jet : Mana Siti tahu, Noni buat cam tu .
Pemanggil : Sumber yang boleh dipercayai.
Abang Jet : Siti , jangan dengar sebelah pihak, tanya kawan awak tu dulu.
Pemanggil : Cukup hanya sekali.Saya percaya, dah banyak kali dia tikam saya dari belakang
Abang Jet : Pesanan terakhir untuk Noni
Pemanggil : Go to heaven.


Pemanggil Kedua

Abang Jet : Siapa disana
Pemanggil : Maimon dari N.Sembilan
Abang Jet : Apa kes subuh-subuh ni?
Maimon : Ingat tak dulu saya ada call, yang saya ngan mak mertua tak bertegur, pasal sotong bergula.
Abang Jet : Tak berapa ingatlah Kali ni pasal apa pulak?
Maimon : Semalam saya terbangun lebih kurang pukul 6 pagi. Saya ingat nak buat sarapan, perut pulak memulas. Saya pergilah buang air besar dulu, keluar dari jamban, saya tengok mulut mak mertua saya muncung sedepa. Rupanya, dia marah saya buang air besar.Dia kata geli, siap pesan lagi, lain kali buat sarapan dulu sebelum buang air besar. Sakit hati betullah, kalau dah perut nak memerut , takkan boleh tahan.Tak paham betullah.
Abang Jet : Sabar jelah puan maimon. Orang tua, biasalah macam tu.cerewet.Ada pesanan tuk mak mertua tak?
Maimon : tak de apa-apa, cuma eden dah fed up.


Pemanggil Ketiga


Abang Jet : Siapa di sana
Pemanggil : Abang Syed dari Ulu Bernam
Abang Jet : Abang Syed, Apa kes, subuh -subuh lagi nak lepas geram.
Pemanggil : Saya nak lepas geram sangat dengan orang rumah saya.
Abang Jet : Kenapa ngan orang rumah abang Syed?
Pemanggil : Saya dah tak boleh tahan lagi, dia buat saya cam orang gaji. Masak, basuh baju , hidang air untuk orang datang semuanya saya kena buat.
Abang Jet : Kenapa tak tegur cara baik?
Pemanggil : Abang syed rasa , orang rumah abang tu, main bomoh, sebab tu abang cam dengar je cakap dia. Nak marah pun tak boleh.Depan Jet ni beranilah abang Syed tinggi suara.Balik rumah cam tikus mondok.Okeylah Jet, tu ah orang rumah abang dah menjerit cam tarzan, suruh salin pampers anak.
Abang Jet : Okey okey abang Syed, lain kali call lagi.



Pemanggil keempat

Abang Jet : Siapa di sana?
Pemanggil : Saya kak Gayah dari Ulu Bernam
Abang Jet : Apa yang nak digeramkan kak Gayah?
Pemanggil : Akak geram sangat ngan siminah yang goda laki akak tu. Sampai pekan sabak Bernam, laki akak bawak dia naik motor. Laki akak ni, bila suruh pergi beli ikan masin kat kedai depan rumah ni, banyak saja alasannnya. Kalau membawa siminah tu sampai ke pekan Sabak, laju je. Siminah tu pun satu, kalau dah janda , buatlah cara janda. Selamba badak dia nak usung laki aku dalam kampung ni. Dia ingat aku ni tunggul mati ke? Hari tu baru apek ikan tu mengadu, dia tak nak bayar hutang, disuruhnya apek tu datang tidur rumah dia.Laki aku ni, memang tak sedar diri betul, Perempuan cam tu pun, dia gilakan.
Abang Jet : sabar, sabar kak Gayah. Apa pesanan terakhir kak Gayah untuk siminah ni.
Pemanggil : You and my husband go to hell.



Pemanggil kelima

Abang Jet : Siapa di sana?
Pemanggil : Saya Puan Gayah dari Sabah
Abang Jet : Apa yang nak digeramkan Puan Gayah?
Pemanggil : Saya ada tanam pokok mangga kat depan rumah .Buah mangga yang nak membesar tu, saya suka sarungkan dengan kertas surat khabar. Saya ni nak lepas geram dengan sipencuri buah mangga ni. Kalau nak curi buah mangga tu, curi sekali ngan sarung. Hari tu kisahnya, ada sedara datang, ingatkan nak hidangkan buah mangga. Pergilah kat depan rumah, raba-raba buah mangga dah tak de.kurang ajar betul.Sarungnya tak nak ambik sekali.Buat kecur air liur je.
Abang Jet : Harap-harap pencuri buah mangga kat luar sana mendengar ye.Kalau nak curi mangga, curi sekali sarung dia.


Jumpa lagi abang Jet tahun depan ye, itupun kalau panjang umur. Sebelum bang jet tutup siaran dari pemanggil , ni nak siarkan puisi yang kak cheng ciptakan khas buat silangau,

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau langau yang ku menyampah
Lambang langau tak sedar diri

Pasti langau terkenangkan
Opis ni...
Saatku setengah mampos
Buat keja aku kat sini

Entah di mana akal fikiran langau
Hingga dari pagi asyik buat bingit kat telinga aku

Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu langau mula datang ke sini
Masa tu langau cam lurus bendul
Betapa hatiku tak sampai hati
Aku pun bantu silangau,

Ku menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan langau belah pegi opis sebelah
Agar terang cahaya

Ku yang pening kepala sebab langau

Bukan sekali

Bukan 2 kali

tapi dah banyak kali kau nak melangau kat telinga aku.


Siaran dah habis, pegi wat keja ye.ooo lupa plak, kisah ni adalah kisah benar belaka, ada kena mengena ngan orang yang hidup je. Lagi sorang tu dekat nak ....ntah tak tahu.Tak de apa-apalah.

Sila percaya ini adalah siaran ulangan, tapi siaran ulangan abang jet setahun sekali bukan setiap jam cam radio &%$.





Thursday, May 5, 2011

kak cheng come back

Salam tengahari Khamis, seperti dijanjikan, kak cheng bersiaran lagi selepas bagai nak hazab melayan boss yang tak habis-habis nak busuk hati kat kak cheng. Selagi boleh sabar, kak cheng sabar.Kalau dah hilang sabar , takut plak tangan ni merenyam je nak ketuk kepala dia.

Malam tadi kak cheng masak pindang(keler kuning) je, ada sesetengah negara kat dunia ni sebut singgang(kalernya putih)
.Masak ni senang je, tak keluar peluh banyak.

Lepas masak pindang , godek bawah meja jumpa plak roti, keji sangat kan roti letak kat bawah meja. bersihlah bawah meja.percayalah tu..........

Jangan pulak kutuk kak cheng 10 kali kasi up entry puding roti. Stesyen radio ni up yang rancangan fresh je, ni malam tadi buat tau.



Roti yang dah expired



Nasib baik anak kak cheng rajin, boleh gak diharap kalau setakat nak suruh kacau tu.



Sebelum masuk oben, coklat cip kena lebih sebab ikut selera sendiri.



Lepas keluar oben mengembang semacam...... kalau rajin langgan resepi kat tepi ngan bayaran 10 rupee /resepi, bayar melalui maybank.



Ni dah siap potong, kasi sapa yang nengok langgan resepi ngan segera.

Resepi kedua Ikan kembung masak pindang, sebab permintaan tinggi terhadap resepi, sampai orang Bangladesh nak resepi ni, sebab Bangla suka yang bab masak tak keluar modal banyak .



Penolong yang setia.



Kunyit hidup, lengkuas, halia , bawang putih, bawang besar dihiris.




Bendi ikut suka.




Perahan air asam jawa.



Ikan kembung disiang dan dibersihkan.



Tumis segala bahan hirisan sampai naik bau, lepas tu baru buh air asam jawa.Perasa ngan garam, pakcikmoto cikit.Bubuh bendi dulu, sebab nanti nak buh ikan sekejap je, lepas tu boleh angkat.



Pindang ikan kembung ngan bendi.Sila cuba ye, kalau nak lebih details, sila langgan resepi kat dalam blog ni. Kaler kuning tu, hasil dari kunyit hidup.



Jangan lupa sambal belacan ngan ikan goreng baru ngam makan ngan kuah pindang. Ikan goreng lupa plak nak tepek gambar



Akhir sekali untuk pendengar wanita yang setia ngan kak cheng, yang tak ade bluetoth, jangan lupa selitkan hp cam ni kalau nak berbual masa tengah bawak kenderaan . Bukan apa, ada tu yang tak mampu nak beli bluetooth, cam kak cheng ni. Jangan risau tak jatuh, kalau rasa was was pakai tudung ekin.

Jumpa lagi dilain rancangan ye.Akak cheng lupa nak ucap terima kasih pada model berbayar masak pindang ngan sambal belacan ni.korang kenalkan , kak limahlah balik kampung.

Fire FM(0.99) dah lama tak bersiaran

Salam hari Khamis............................ roger roger stesyen radio kembali ke udara.




Bersama DJ Kak Cheng
Stesyen radio : Fire FM (0.99)
Rancangan : luahan gementar
Pukul : 7.00 pagi




Pemanggil pertama



Seri tengah makan jeruk


Kak Cheng : Boleh akak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : kak Cheng (sambil berdekah-dekah ketawa dihujung talian) Seri ni, dari KL
Kak Cheng : Jangan ketawa aku yang bernama Seri, Ada luahan gementar nak muntahkan pagi ni?
Pemanggil : akak ni wat joke plak, seri gementar bila time nak sambut baby. nebes sangat.
Kak Cheng : seri kerja apa?
Pemanggil : staff nurse
Kak Cheng : Patutlah gementar sesangat .
Pemanggil : kalau boleh seri nak mengandung je , bersalin tak nak.
Kak Cheng : mana boleh cam tu dik, main guli, mengandung tak gementar ke? tiba -tiba part bersalin gementar.
Pemanggil : kak cheng kalau tak kuang ajak tak boleh ke?
kak Cheng : habis tu ko yang kuang ajak first, nak mengandung je, bersalin tak nak.sambil asah pisau.


Pemanggil Kedua


Kak Cheng : Akak nak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Farah zana, dari KL
Kak Cheng : Farah, teruskan ngan luahan gementar awak tu.
Pemanggil : Farah gementar ni , esok PM nak datang konti sambil jadi DJ
kak Cheng : Awak DJ radio ke?
Pemanggil .ye , gementar sangatttt,sampai ketak kepala lutut nak ni.
kak Cheng : Apa kejadahnya ko nak gementar jumpa PM, lainlah kalau nak jumpa Pak kiai atau alim ulama.
Pemanggil : Akak ni kalau tak buat orang hangat hati boleh tak................sambil hempas tepon
Kak Cheng : Budak hingus ni, nak hangin plak.


Kak Cheng : Menyeka air hidung, yang menitis ngan hujung jari.


Pemanggil ketiga



Kak Cheng : Akak nak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Mail X pac , dari lukut
Kak Cheng : Mail, teruskan ngan luahan gementar awak tu.
Pemanggil : Gementar ni , esok PM nak main Dam haji ngan Mail
kak Cheng : Awak DJ radio ke?
Pemanggil : tak DJ supermarket ngan pasar basah je, gementar sangatttt,sampai ketak kepala lutut ni.
kak Cheng : Akak lagi ketak ni, nak jumpa Jon Bon jovi live.boleh gitu.
Pemanggil : akak cheng jangan main main boleh tak.(sambil hentak telepon)
Kak Cheng : eeeelak eeelak mail x pac perasan mail xpdc ni cam bagus-bagus je.


Kak Cheng : ambil kapas, sumbat telinga



Maaf ye pendengar semua ada kesilapan teknikal plak radio ni, rancangan masakan akan keudara tengahari ye bersama chef wanted. ta ti tu ta ti tu.

Mana pendengar yang tak dapat siaran 0.99 tu jangan putus asa, cuba sampai jari tu lenguh. Banyak jugak dapat komplin dari orang ramai yang tak dapat siaran tu , tapi kak Cheng tak ambil pusing, sebab kak cheng punya kepala pun dah pusing.

lagi satu...mana sms yang tak dapat dibalas. jangan susah hati sangat, nanti kak cheng balas, semalam komputer seber don.

KAK CHENG NAK MEMERUT DULU SAKIT PERUT SANGAT, MANA YANG NAK BERI LUAHAN GEMENTAR SILA SMS KAT KOMEN YE.

Friday, November 12, 2010

Bicara kasar





bersama DJ kak Ngah
Stesyen radio : Fire FM (0.99)
Rancangan : Bicara kasar bersama pendengar




Pemanggil pertama


Kak Ngah : Boleh Kak Ngah tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Kak Ngah(sambil berdekah-dekah ketawa dihujung talian) Saya Seri, dari KL
KakNgah : Jangan ketawa Seri, Ada bicara kasar seri nak luahkan malam ni?
Pemanggil : Ada, pada kekasih hati, abang Aizat , yang dah berlaku curang terhadap hubungan kami.
Kak Ngah : Tarik nafas panjang-panjang, bicara kasar kan seri .

Pemanggil :

Aizat , ni mira. . ko nak mamposs ke ? Ko pergi sesuka hati ko. Apa ko ingat, rumah ni cam hotel. Boleh keluar masuk sesuka hati ko. Kenapa ko nodai cinta kita,? Setelah Mira menyerahkan zahir dan batin pada ko . Aizatkan dah janji, nak hidup sama-sama, nak mati sama -sama. Mira tak pedulik, kalau aizat tak balik gak, mira cari pak we lain

Aizat !! balik, tauke jual lembu tu dah minta duit, kita kan dah buat perjanjian, sempena hari raya korban ni, kita berdua kan nak kongsi duit beli lembu . ..

Kak Ngah : Ambil towel, lap peluh





Pemanggil Kedua


Kak Ngah : Kak Ngah nak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Liza, dari KL
Kak Ngah : Liza, teruskan ngan bicara kasar.

Pemanggil :

Tijah, ko jangan nak hipokritlah. Bukannya aku tak tahu, kau tu tak suka aku. Aku pantanglah jenis orang cam ni. Tak payah ko duk nak berlakon, nak kontrol emosi kau. Tijah , kenapa ko suka hipokrit ahhh. Manusia bumi memang cam tu ke? Buat manis depan orang, lepas tu belakang orang, keluarkan muntah hijau. Aku tak pandailah , kalau aku, nak keluarkan muntah hijau , kat depan-depan orang yang aku tak suka. Kadang -kadang, lebih suka tak nak bercakap, bila dengar ko komplen pasal orang , jadi bernanah telinga aku. Alahhh janganlah nak menutup hipokrit dengan make up tebal ko. Aku dah masak sangat ngan perangai manusia bumi cam ko ni. Kalau cakap , budjet cam orang alim je.Buat pengetahuan ko, banyak orang alim yang aku kenal sejak aku umur 18 tahun, dan banyak orang jahat yang aku dah kenal sejak umur tu lagi. Jadi aku boleh bezakan sangat, kalau orang tu memakai topeng jahat ngan topeng orang baik.Aku tak perlu cakap apa-apa, dengan renungan mata, aku dah boleh agak.Lagi satu , kenapa ko ni nak vavi sangat, suka datang rumah aku lalu pintu belakang, apasal, ko ingat aku bodoh sangat ke, tak tahu kau lalu pintu belakang. Sebelum buat rumah, aku dah pasang cctv dulu, ko je bodoh yang tak tahu.

Kak ngah : Menyeka air hidung, yang menitis ngan hujung jari.




Pemanggil ketiga



Kak Ngah : Kak Ngah nak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Ina , dari Sentul
Kak Ngah : Ina teruskan berkasar bahasa.

Pemanggil :

Jiran sebelah, apasal ko vavi sangat ahhhhh. Aku peninglah setiap kali sebelum ko hantar anak ko ke sekolah , kenapalah ko vavi, suka start motor buruk ko dulu. Sampai aku nyaris nak pengsan cium bau minyak . Lagi satu buaian besi ko yang hampir nak pupus cam penyu kat laut tu, tolonglah letak minyak gris. Aku nak duduk rumah hujung minggu nak rehatkan minda pun tak senang. Bunyi eekkk oeekkk ekkkk okkkk ekkkk okkkkk ekkkk okkkk , cam manalah ko boleh tahan bunyi cam tu atau ko tak pernah korek telinga. Aku harap buaian tu akan terbalik , bila ribut datang menjelma. Aku dah tak tahannnnn

Kak ngah : ambil kapas, sumbat telinga


Pemanggil keempat



Kak Ngah : Kak Ngah nak tahu, siapa di talian?
Pemanggil : Nurol syakir, dari Bukit bintang
Kak Ngah : Nurul syakir yang make up cyndy lauper tu ke?
Pemanggil : Tak sangka u Kenal I .thanks kak ngah
Kak ngah : Nak kasar bicara, teruskan

Pemanggil :

I geram sangat, ngan satu artis ni. Dulu masa belum pandai make up, I ajar dia sampai pandai. Sekarang dah nampak vavoommlah dia make up. Nampaklah kegorjosan muka dia. Telinga I jadi bernanah, dengar dia cakap kat semua orang dia belajar sendiri. Jahanam punya perempuan, berpeluh ketiak mak ajar dia, last-last dia cakap, pandai sendiri. Jangan haraplah I nak ajar dia lagi, walaupun celak yang dia pakai senget sebelah. Berlagak tak kena bertempat
. Cakap berdebung debang, cam pandai, part buat keja rumah hancurrrrrr.Aku nak beli cermin besarlah, nak suruh dia tengok sendiri muka dia, yang dah bermake up tu. Tapi yang I tahan , ada pulak menerima tempahan make upkan orang. Orang kampung dia je kot.Doniya doniya


Kak Ngah : bangun, kuatkan air cond ngan kipas. Basah , baju belakang.




Senyum Tapir : buat je bicara kasar, banyak barang dah melayang terbang .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina