Wednesday, November 24, 2010

Suratan atau kebetulan

Pernah tak korang rasa atau nampak, ada beberapa kebetulan yang terjadi dalam kehidupan korang. Otak aku sering memikirkan, itu suratan atau kebetulan. Percaya tak korang, kemampuan otak kita, tak boleh berfikir jauh dari aras yang di benarkan.Terutama bab Agama. Kalau betul korang nak mendalami sesuatu ilmu, terutama agama islam, lebih baik korang pergi belajar dengan ustaz yang benar-benar bertauliah. Jangan sesekali belajar agama berpandukan dari buku-buku atau kitab -kitab agama, yang ditulis oleh orang yang tidak bertauliah dalam hal agama

Menurut apa yang aku belajar kat sekolah dulu(tak payah tahu kat mana), kita tidak boleh berfikir mengenai agama islam lebih dari aras yang dibenarkan. Ditakuti akidah kita boleh terpesong, bila terlalu banyak berfikir yang sepatutnya , terutama tentang kekuasaan Allah SWT.

Ini bab lain, kebetulan yang aku cerita tadi, contohnya , macam terjadi pada aku semalam. Korang lihat di sini dan lihat hari tu punya entry.


Banyak ada kebetulan di situ, kalau korang pandai, carilah sendiri.



Jejaka yang sama, tengah menunggu rojak yang belum kunjung tiba. Lihat sifirdaus yang berbaju purple, sedang melihat-lihat sijejaka tengah membelek-belek handphone.Di sebelah kiri jejaka berbaju biru tu, adalah tempat itik-itik melepaskan keletihan.



Itik sedang merehatkan badan.




Itik pulang petang.




Ayam sedang melihat dunia dari atas dahan.




Firdaus sedang mengais-gais bola yang dah tercampak ke dalam longkang, mengunakan pengaut rumput kepunyaan tauke rojak.




Budak yang menyembunyikan wajah tu, Noraishah bukan ratu kebaya, noraishah anak tauke rojak.



Kebetulan nama yang sama ngan Firdaus, walaupun badannya tak sama saiz, umur sama. Menurut kata ibunya, tauke rojak tu, Firdaus ni menyusu badan lagi, sehingga tak nak makan nasi.





Telur itik, tak semestinya dibuat telur masin.Telur ni di jual ngan harga 40 sen , kalau tak silap aku.



Penantian yang membuahkan hasil. Dah lama aku nak makan rojak dia, tapi bila aku pergi, belum siap. Akhirnya berjaya mendapat rojak ni, petang semalam.



Senyum tapir : Aku tak suka sangat nak tengok drama tv cerita yang terlalu banyak kebetulan. klise sangat. Dah dapat cari ke , kebetulannya.

Khas untuk pemarking yang tak berhemah



Simontel tengah berfikir, kuda yang nak dipilih.

Untuk orang yang parking sesuka hati kat depan rumah orang, macam cerita semalam kat sini sila lah naik kuda. Senang nak parking , boleh ikat ditiang yang korang suka. Inilah adalah, pesanan dari tuan punya blog ni. Sila Pilih, Kuda mana yang jadi pilihan. Ladang kuda ni , terletak berhampiran ngan kediaman aku. Kuda ni banyak nostalgia. Aku teringat, semasa anak lelaki aku berumur 10 tahun, kuda ni di bawak ke sekolah , semasa ada temasya sukan . Setiap seorang murid, dibenarkan naik kuda ni, satu pusingan padang bola sepak.



Kuda ni pilihan aku.





Kuda putih sedang memalingkan vontot kearah aku.


Selepas penat di ladang kuda, aku bawa simontel gunting rambut di tempat biasa. Nampak tak budak perempuan tu, dia nak buat rebonding dijambul depan.




Malu pulak.Seksi betul lah tukang gunting rambut ni.




Sampai terlelap simontel, akibat belaian sipengunting rambut yang mantop.




Gambar selepas rambut digunting.

Nasib baik laki aku tak nampak, simontel bergambar ngan anak patung. Kenapa ye, lelaki tak suka anak lelaki dia bergambar ngan permainan budak perempuan. Ada pro dan kontra ke?.Mungkin takut anak lelaki mereka, terikut-ikut jadi perempuan, bila dah besar nanti. Mungkin mereka takut jadi seperti tukang gunting rambut di atas?.Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja , boleh menjawab soalan ini.


Senyum tapir : Syukur kepada Allah SWT, pemarking tak berhemah itu dah sedar. Jadi buah mangga aku, tak jadi keguguran sebelum waktunya,

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina