Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

kemas kini esbok hasilnya menjadi bubur jagung

Bab berseh memberseh esbok ni, aku bukan orangnya, kalau kemas kini atau clearkan esbok itu bagi kat aku. Mata ni berbulu bila nengok esbok aku tu penuh stock makanan atau bahan mentah yang lebih dari seminggu otomatik tangan ni cepat je nak meloyong ke tong sampahhhhh, jangan salam faham tak semua aku loyong tau, mana yang berguna aku recycle jadikan lauk. Semalam duk kemas kini esbok, jumpa balance jagung hari tu,4 tongkol .

Malam tadi lepas masak, jenuh aku duk pikir nak buat apa ngan jagung tu, tengok balik dalam esbok, jumpa plak kelapa parut, suku tin susu cair, gula kabung seketul ngan sagu biji, rasanya kalau nak buat bubur jagung dah cukup syarat.


Kupas kulit jagung yang 4 tongkol tu, leraikan isi jagung guna pisau

Aku suka buat bubur guna susu cair atau susu rendah lemak, entahlah dari dulu memang aku tak suka buh santan. Ini pendapat aku ye ,bubur yang buh santan tak boleh simpan lama dalam esbok,nanti kurang sedap, rasa tengik pun ada. Memandangkan susu cair aku tu ciput sangat, terpaksalah topup ngan santan dari perahan sebiji kelapa parut jumpa dalam esbok belah atas : ) boleh main jumpa plak ye.

1/2 cup sagu biji, cucurkan ngan air sekejap

Gula kabung / melaka-bantai je, seketul ye


Lebur semua dalam periuk kecuali sagu biji(jangan main suka lebur, kalau jagung tak pe, segala jenis kacang tak boleh tau), buh sekali 2 helai daun pandan ngan 1/2 tsp garam.


Tembokkan bubur jagung tu hingga mendidih, kaup dan buang buih dipermukaan bubur jagung. guna api sederhana ye. Sukatan air terserah pada citarasa masing-masing, kalau suka cair buh lebih santan dan sebaliknya.Last sekali buh sagu biji, biar hingga sagu biji bertukar kembang.Tutup api, angkat , sedia dihidang panas atau sejuk.

Jemput makan

Suami suruh aku simpan bubur jagung tu dalam esbok belah atas, biar beku katanya, dia nak peling-peling cam makan sekerim.

Budak yang tak berapa suka makan bubur jagung dan apa saja jenis bubur yang manis

Dia yang suruh aku ulang tayang ambik gambar ni, nakalkan, nak buat mata cam tu plak, konon encemlah tu : )





Balik rumah nanti pegi check esbok korang, mana tahu ada pokok bawang atau halia tumbuh: )

Monday, August 1, 2011

dessert dari buah oren

Salam hari senin...................


Semalam duk mengodek-godek buat dessert, petang ni boleh buat buka puasa. Malas nak cari kueh kat pasar ramadhan. Apa yang penting, boleh jimat.

Kebetulan hari tu ada beli buah oren,



Beli sebungkus RM6.00 ada 6 biji, macam-macam boleh buat.


Kalau sesiapa yang tak de bekas cam ni, tuang dalam cawan pun boleh.Resepi redah je. Masak air 60ml, campur gula (ikut suka korang, sapa yang suka manis boleh bubuh lebih gula), bubuh serbuk agar-agar 3 sudu, kalau suka boleh bubuh susu sejat, tapi yang ni aku tak bubuh, kemudian bubuh perahan jus dari 2 biji oren, tanpa guna perasa tiruan ye. Angkat dan tuang dalam bekas , bubuh hirisan limau dalam dessert tu. Banyaknya hirisan ikut suka.


Dah sejuk , lepas tu boleh simpan dalam fridge. Petang nanti boleh buat berbuka puasa. senangkan

Lepas tu layan kek oren plak

Terima kasih pada Majalah Seri Dewi & Keluarga Ogos 2011


Wajib ada parutan buah oren(tambahan sendiri) , serta perahan 2 biji buah oren

Resepinya
1)150gm tepung gandum
2)150gm majerin/butter
3)100 gm gula castor-(resepi asal 150gm)
4)1 tsp baking powder
5)2 butir telur
6)2 bji oren ambik jusnya.

Cara membuatnya

Putar majerin ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi.Seterusnya satukan tepung gandum ngan baking powder.Selepas itu masukkan ke dalam adunan. Kaup dan balikkan ngan senduk.Akhir sekali masukkan parutan kulit oren dan perahan oren, Gaul sebati.Lengserkan tin pembakar .



Masukkan adunan dalam oven bakar 30-40 minit. Siap.




Kek oren ni aku suka simpan dalam esbok. Lagi sejuk lagi sedap.




Kek oren ni Firdaus suka sangat makan. Nampak tak gelak sakan sampai tak henggat dalam mulut terselit kek.




Insyaallah, jumpa lagi , kalau panjang umur.



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. BERBELANJA NGAN BERHEMAH.

Sunday, June 12, 2011

Bubur jagung manis

Salam hari minggu ................

Sekarang ni tengah hujan, kalau pekena bubur jagung sedap gak...
Ambik jagung manis dalam 6 ketui...................




Siatkan segala kulit dan bulu jagung.




Si budak nakal tengah memeluk jagung.




Isi jagung dikeluarkan guna pisau tajam.




Masak santan, daun pandan ngan gula melaka sampai mendidih. Jangan lupa bubuh sedikit garam.




Bila santan dah mendidih, masukkan isi jagung. Biar mendidih lagi, kemudian masukkan sedikit sagu biji, sambil mengacau bubur jagung. .Biar dalam 15 minit lagi mendidih, kemudian bolehlah diangkat.



SELAMAT MENCUBA

Tuesday, May 24, 2011

dessert


Dessert yang dibuat dari water chestnut selalu dihidangkan di restoran Thailand.



Water chestnut Dibuang kulit kemudian dipotong dadu.




Bahagikan kepada 2 bahagian.satu bahagian direndam dalam air yang dibubuh pewarna hijau.dan satu lagi dibubuh pewarna kuning. warna terpulang pada kesukaan masing -masing.




Selepas direndam selama 30 minit, buang air pewarna .gaul water chesnut ngan tepung ubi. Pastikan tepung ubi meliputi water chesnut tadi . lagi tebal tepung ubi,lagi bagus.




buat cara yang sama.




Didihkan air. kemudian masukkan water chesnut yang dah disalut tadik.kacau-kacau kemudian angkat.




Bila angkat terus cucurkan dibawah air paip atau air sejuk, supaya tak melekat.




Panaskan santan ,gula ngan daun pandan.kalau nak pakai susu rendah lemak pun boleh.Angkat santan tadi , kemudian masukkan water chestnut .




okey dah siap. Sedap dimakan sejuk. Terpulang nak letak dalam fridge dulu sebelum di hidang letak ais dalam dessert tadi





Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina