Showing posts with label Giveaway blogger. Show all posts
Showing posts with label Giveaway blogger. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM


Kak Ina KL ya ampun, diolog cik ina cam biasalah ada berunsur -unsur nakal, tak pe ye, tengok tu cik ina siap bagi kupu -kupu terbang lagi, kalau tak pek no 1, no 10 pun jadilah .kah kah


Salam kengkawan............

Cian ratu siput , izan ngan aishah, sanggup aku tinggalkan dorang kat twitter demi mengejar contest kak ina KL. kah kah kah.maaf ye kengkawan mak dah nampak duit , tak ingat apa dah. Kak ina ikhlas nak bagi duit, aku ikhlas je nak duit. Mata aku ni tengah berputar-putar turun naik RM.

Jom kengkawan join contest WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM, tak join kalu , mak hanyam sorang-sorang : )


Syarat-syaratnya

1. Mesti mempunyai blog..tak ada blog payahlah

2. Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini

"WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM
3. Linkkan Ke Entry Ini
4.Nak LIKE Facebook atau pun tidak terpulang lah..akak tak nak paksa

5. Sila copy & paste ayat dibawah ini
GIVEAWAY di taja oleh www.kakinakl.com
(kalau ada sponsor korang kena edit dari masa ke semasa)
6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.

Hadiah dan Cara Pemenang Di pilih
5 orang peserta yang dapat membuat juri tertarik dengan ayat-ayat lucu akan dikira pemenang.
Setiap penyertaan akan di upload di FB kakinakl.com

Hadiah
5 orang yang berjaya mengeletek hati juri akan menerima RM20.00 setiap seorang (klu ada sponsor hadiah bertambah/ berubah)

Tempoh GIVEAWAY Ini bermula pada
15 Febuari sehingga 29hb Febuari 2012 pada/atau pukul 12.00 tengahmalam.

Tunggu Apa Lagi?! Join jangan Tak Join yer..

Sunday, December 18, 2011

kemas-kemas ; masak-masak hujung minggu ; cream caramel puding cara mudah

Salam hari minggu..................


Penatnya hari ni, baru je  habis mengemas esbok,  bab bersehkan esbok ni  selalu  buat aku lemah tapi nak buat cam mana kena gak bersehkan , sebelum suami aku balik nak isi ikan malam nanti,  InsyaAllah sekiranya   dapat hasil dari laut. Aku bersehkan esbok yang belah atas je, belah bawah KIV dulu, boleh gitu? mana tak penuh banyak perut ikan  beku yang aku lupa nak buang . Dah terbiasa , setiap kali  menyiang  ikan, aku ambik perut ikan masukkan  dalam plastik , lepas tu simpan dalam esbok dulu, esok masa orang kutip sampah datang, baru aku buang kat dalam tong sampah, takut kalau buang terus kat tong sampah, orang kutip sampah tak datang, habis  kat depan rumah  bau busuk ngan perut ikan .

Pagi ni tak buat brekpes , terus  masak lauk tuk makan tengahari, dah biasa kalau  tinggal berdua je ngan firdaus jarang aku buat brekpes.Masa mengodek bersehkan esbok tadi jumpa kepala ikan, kepala ikan tu aku masak asam tumis, lauk sampingan lain ikan kembung goreng, sayur yilek , stok sayur dalam esbok dah habis, nak keluar beli sayur malas plak, aku masak je  apa yang ada. Siap masak, aku godek puding caramel yang  rai ourkuzana  bagi minggu lepas kalau tak silap aku. Rai bila nak buat GA puding caramel lagi? sedap tau puding tu, Firdaus duk ulang makan,.Itu baru firdaus makan, belum ayah dia makan, InsyaAllah tunggu dia balik malam ni , suruh dia cuba rasa puding caramel tu, selalunya puding yang  aku buat dia tak berapa suka nak makan  sebab ada  rasa telur.


dapat banyak gak  puding caramel tu : ) suka Firdaus makan
Asam tumis  kepala ikan ngan ikan kembung goreng je lauk  tengahari ni :)


Setiap kali buat puding caramel aku suka bubuh  dalam bekas , nanti kalau   budak-budak  nak makan senang. Cream puding caramel  Rai  ni sedap, masa tengah menulis cite ni, dah masuk  4 kali firdaus  makan, suka sangatlah dia tu,ketawa  sampai terkembang hidung : )


Berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye.



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG




Friday, September 9, 2011

Ourkizuna tak pedulik nak gak






Rai dengarlah luahan hati cik Ina yang merintih-rintih  nak kan  Cream Caramel puding tu.Dengan  memasukkan diri  dalam GA ko ,  cik ina dah memecahkan tradisi blog ni yang tak pernah masuk GA sebelum ni. Sedapnya sambil terliur , cik ina nak sangat makan cream caramel puding tu.

Suami tak berapa gemar makan yang cik ina buat, makan tu makan tapi ala ala nak menjaga hati, mana tahu selepas  guna instant punya, dia lebih tertarik hati. sapa tahukan.


Makan sejuk-sejuk pun sodap tu.Pasal follow memfollow tu wa tak pedulik, wa dah lama follow blog lu.

Apa.........."kenapa tetiba masuk GA ni?"

Kurang pastilah kurang jelas kenapa tetiba je pintu hatiku diketuk  nak masuk GA ni, tulah orang tua-tua kata kalau dah jodoh tak kemanakan. Konpius apa kena mengena jodoh  ngan GA plak.


Akhir kata diharap kemenangan berpihak pada cik ina dan semua yang mengikuti giveaway ni.  Hancusss ko nak beli banyak lagi instant cream caramel puding ni.




Sesiapa yang berkenan bolehlah sudi-sudikan masuk jangan tak masuk GA tu.





Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina