Showing posts with label The curve. Show all posts
Showing posts with label The curve. Show all posts

Monday, October 8, 2012

The Curve ; Ikea Home Furnishings-bukan tempat aku

 Kenapa aku katakan Ikea bukan tempat aku

1) Aku tak suka window shopping
2) Aku tak suka tempat sesak-sesak
3)Aku tak sanggup nak  beratur panjang atau bersesak-sesak  hanya semata-mata  nak membeli barang-barang yang tengah  sale atau apa saje redeem point untuk kad pasaraya  sebab tulah aku tak de kad redeem kot~~~letih mak~~~dik mak tak kaya mak beli barang dapur kat  kedai cina ubat area rumah mak je.

Aku tak suka campur orang (katanya orang sekeliling) jadi dah tentu-tentu aku tak suka ke  lokasi  yang menjadi  tumpuan orang ramai ye dak. Tiba -tiba aku terdengar sayup -sayup suara "alah macamlah ko orang kaya tak suka tempat  ramai orang?   aku orang miskin aku pernah hidup susah melarat menderita semua tu aku sanggup tempuh  tapi cuma akal dan fizikal aku tak  dapat menerima di zaman yang serba canggih ni aku perlu bersusah payah hendak  membeli sesuatu barang yang arghhhh bersepah -sepah je kalau aku hendak membelinya  di tempat lain yang tak memerlukan aku  nak melenguhkan  lutut dan membasahkan ketiak aku~~~sila paham ye .

Aku perhatikan  hampir 80 %  perabot dan perkakas dapur di  rumah yuyi  dari Ikea dah tentulah Ikea tu tempat dia . Dia bolehlah "bos ikea kawanku" tak pun "bos coach kawanku main order je. opsss macam ku pernah dengar statement ni .

Berbalik cerita pasal Ikea ; Sejujurnya aku pun baru  first time  pergi  Ikea hari sabtu tu, itu pun kerana menunaikan hasrat suami aku nak  membelikan kerusi/meja belajar Firdaus . Ingat Ikea aku jadi trauma jap , mana tak trauma   masa aku berlegar-legar dalam Ikea mencari kerusi meja Firdaus  aku hampir terlanggar   sorang budak pompuan yang tingginya separas lutut aku . Nasib baik aku sempat sambut budak tu sebelum dia jatuh  tersemban ke lantai. Aku gosok-gosok kepala budak tu dan aku  terus minta maaf ngan mak budak tu  hurmmm nasib baik  mak budak tu senyum  je  kalau dia sound aku tadi aku dah sediakan teks ucapan baik punya.

The moral of the story  Masa anak -anak aku dalam lingkungan setahun hingga dua tahun aku masih  letak  anak -anak aku  dalam stroller bila aku bawak dorang ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Terpulang pada individu itu sendiri kerana ia hak masing-masing tapi sebagai ibu bapa pandai-pandailah jaga anak tu. Jangan  kita sibuk membelek -belek barang sampaikan   entah ke mana anak-anak kita  pergi pun kita tak tahu.
Bos Ikea kawan aku  berposing-posing ngan adik kesayangan

pakej 2 in 1 opsss
spesis yuyi ni suka memarking kereta di bangunan yang tak de kena mengena langsung dengan tempat  yang dia nak pergi~~sila percaya~~~
Mak beli sofa ni,  katanya Firdaus.okey nanti mak suruh dia hantar : (

"mak !  hari raya nanti  kita beli langsir ni ye, katanya firdaus."hurmmm,"


Mak ! aku nak jadi bos, katanya yuyi.
Mak jangan lupa beli katil ni satu, katanya firdaus

 yang ni pun

Firdaus nak yang ni juge."apa kau ingat mak kau ni cop duit ke,"aku kata dalam hati
"Akak meja ni sesuai untuk Firdaus belajar ." "ialah tu," aku kata dalam hati.

"mak saya cam budak sekolah," kata gula-gula hacks dalam hati

Gula-gula hack anak dato H sedang menunggu barang tempahan

Bila di sini  otak aku  menerawang ke kilang perabot yang pernah aku berkerja  suatu ketika dulu  bak kata kawan aku "arghh I'am sick aku tambah I'am sick and tired"


Okey cukup sampai di sini kemerapuan aku  jumpa lagi di kemerapuan yang lain.



Sunday, October 7, 2012

Petang sabtu aku ; The Curve ; Yang I-Deun ; buat Firdaus tak berganjak dari tempat dia berdiri

First time aku mendengar Yang  I-Deun  bermain piano secara live aku yang tak berapa minat ngan muzik ni pun boleh "arghhh bestnya penuh emosi dan penuh penghayatan ,"aku kata dalam hati ,  berat hati aku nak meninggalkan Yang I-Deun apatah lagi  orang yang berminat ngan muzik macam Firdaus  lagilah liat nak berganjak dari tempat dia berdiri. *terbakar suami aku kalau dia terbaca statement aku ni*

Sebenarnya tujuan utama aku ke The Curve adalah untuk membelikan minuman untuk Firdaus tapi bila terdengar bunyi piano dimainkan oleh Yang I-Deun  Firdaus jadi  tak tentu arah dia terus hilang dahaga .Bila aku ajak dia pergi beli minuman  "mak tunggu satu lagu lagi boleh tak? dan begitulah jawapan dia seterus dan seterusnya  bila aku tarik tangan Firdaus untuk pergi dari situ. Hebatkan penangan Yang I-Deun kepada Firdaus.

Firdaus yang berkemeja putih berbelang biru sedang leka mendengar bunyi piano : )

 Yang I Deun mix Korean and Portuguese

Penuh emosi dan penuh penghayatan






Hadiah untuk  yang sudi berkunjung ke sini.



Okeylah cukup sampai di sini, mak ada keja yang perlu dibereskan.jumpa lagi

Tuesday, September 25, 2012

Petang sabtu aku ; bagi pengemar cempadak goreng dan sukun goreng ; Bubba Gump

 
Aku ni bila tengah marah nak update blog pun tak de mood.  Apasal ye ada orang  yang suka buat keja cam haram jadah  sehingga  menyusahkan orang lain?. stressnya aku hari ni...tapi sestress stress aku tak delah sampai menyusahkan hidup orang lain. kalau nak bekerja tu bekerjalah secara profesional janganlah sesekali mencampuradukkan antara  masalah peribadi dengan kerja haishh fed up aku nak cite pasal 4 orang bangkai  yang ujud didalam syarikat buah letup-letup sdn bhd ni.

Berbalik pada tajuk asal aku  ; petang sabtu balik dari sunway Lagoon kitaorang pegi  jalan-jalan kat The Curve,hurmm biasalah tu bila  banyak berjalan perut pun lapar , Yuyi ajak kitaorang makan kat  Bubba Gump . Kat sini menyajikan menu  berasaskan udang dan ayam yang  disajikan secara bergoreng.

aku tengah stress ni, kita  layan gambar jelah ye.




Firdaus tengah asyik  menyedut mango juice
aksesori -aksesori yang disediakan untuk dimakan bersama makanan bergoreng
udang goreng mantap
 
Di bawah udang goreng ada salad kobis
yuyi thumb up sebab sedap kot
isi ikan digoreng bersama kentang goreng

Lobster, udang dan ikan goreng

ni hidangan aku-layan jangan tak layan


esok sambung lagi ye, hari ni aku stress otak aku buntu nak mengarang.Maafkan aku sekiranya cerita aku untuk hari ni agak kemerapuan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina