Showing posts with label Ikea Home Furnishings. Show all posts
Showing posts with label Ikea Home Furnishings. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

bos ikea kawanku atau bos coach kawanku mereka juge boleh menjadi buruh kasar yang ada potensi untuk maju pada masa hadapan

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT  kerana mengurniakan aku anak -anak yang bertulang besi dan berurat dawai , no  lembik-lembik no manja-manja no no abang belikan i selai  spenda atau coli abang i nak makan beger bang.Nah aku bagi pelempang .Ape ape rahsia anak aku  bertulang besi berurat  dawai ? Tak de rahsia apapun   mungkin masa  pregnant aku  tak pernah  makan  sebarang vitamin atau apa saje jenis supplement   yang doktor bagi cuma aku  banyakkan  pengambilan  ikan ,susu, kacang,  sayur(tak kira apa jenis sayur pahit pun aku bedal) dan cheese . Suami aku kan pemancing tegar jadi setakat nak makan ikan bawal putih stim 3 hingga 4 kali seminggu tutup sebelah mata je.*double edisi  riak *

Berbalik cite pasal anak-anak aku ; InsyaAllah dorang  semua boleh  berdikari  ; boleh buat keja berat (angkat batu bata) waima kerja yang paling ringan tapi kena tengok jugak macam mana punya ringan kalau setakat lipat kain baju  jangan haraplah anak aku nak buat  especially  yuyi mungkin dia terkena badi aku yang tak  berminat  lipat kain baju kot. Kalau setakat  hendak mengangkat tong gas atau beras 10 kilo tutup sebelah mata  je  yuyi  boleh angkat lebih lagi kalau nak hentak kepala orang ngan helmet.Hentak menghentak ni pegi tanya yuyi sebab dia ada pengalaman hentak  kepala sorang budak lelaki ngan helmet. bak kata yuyi "nasib baik tak berderai mak"


Biasalah orang susah cam keluarga kami ni manalah sempat nak  lemah lembut  saper yang nak buat keja berat kalau dah semuanya maintain lemah lembut  jadi tak kisah la kasar ke ganas  janji hati baik dan dalam hati ada taman serta  tak menghamburkan perkataan kesat   terhadap orang lain atau menganiaya hidup orang lain.

jom tengok bos ikea cum buruh kasar  wat kerja tapi sebelum tu kena bagi upah makan makanan peveret dorang dulu yeah inilah dia makanan feveret dorang sila tepuk tangan


kangkung goreng belacan
ayam masak lemak cili api tanpa bawang merah dah sah sah lomak cili api style orang nogori 9
sambal belacan tomato

Abaikan mandur yang tak diundang  yang sedang menyibuk ditengah  dua orang buruh kasar
A
B
C
D

 Nampak tu tulang besi urat dawai sedang menukul sesuatu



Sekadar luahan hati


Opppa  I am  sick  with your  "PALE  FACE"  duk je situ diam-diam  boleh tak.

Monday, October 8, 2012

The Curve ; Ikea Home Furnishings-bukan tempat aku

 Kenapa aku katakan Ikea bukan tempat aku

1) Aku tak suka window shopping
2) Aku tak suka tempat sesak-sesak
3)Aku tak sanggup nak  beratur panjang atau bersesak-sesak  hanya semata-mata  nak membeli barang-barang yang tengah  sale atau apa saje redeem point untuk kad pasaraya  sebab tulah aku tak de kad redeem kot~~~letih mak~~~dik mak tak kaya mak beli barang dapur kat  kedai cina ubat area rumah mak je.

Aku tak suka campur orang (katanya orang sekeliling) jadi dah tentu-tentu aku tak suka ke  lokasi  yang menjadi  tumpuan orang ramai ye dak. Tiba -tiba aku terdengar sayup -sayup suara "alah macamlah ko orang kaya tak suka tempat  ramai orang?   aku orang miskin aku pernah hidup susah melarat menderita semua tu aku sanggup tempuh  tapi cuma akal dan fizikal aku tak  dapat menerima di zaman yang serba canggih ni aku perlu bersusah payah hendak  membeli sesuatu barang yang arghhhh bersepah -sepah je kalau aku hendak membelinya  di tempat lain yang tak memerlukan aku  nak melenguhkan  lutut dan membasahkan ketiak aku~~~sila paham ye .

Aku perhatikan  hampir 80 %  perabot dan perkakas dapur di  rumah yuyi  dari Ikea dah tentulah Ikea tu tempat dia . Dia bolehlah "bos ikea kawanku" tak pun "bos coach kawanku main order je. opsss macam ku pernah dengar statement ni .

Berbalik cerita pasal Ikea ; Sejujurnya aku pun baru  first time  pergi  Ikea hari sabtu tu, itu pun kerana menunaikan hasrat suami aku nak  membelikan kerusi/meja belajar Firdaus . Ingat Ikea aku jadi trauma jap , mana tak trauma   masa aku berlegar-legar dalam Ikea mencari kerusi meja Firdaus  aku hampir terlanggar   sorang budak pompuan yang tingginya separas lutut aku . Nasib baik aku sempat sambut budak tu sebelum dia jatuh  tersemban ke lantai. Aku gosok-gosok kepala budak tu dan aku  terus minta maaf ngan mak budak tu  hurmmm nasib baik  mak budak tu senyum  je  kalau dia sound aku tadi aku dah sediakan teks ucapan baik punya.

The moral of the story  Masa anak -anak aku dalam lingkungan setahun hingga dua tahun aku masih  letak  anak -anak aku  dalam stroller bila aku bawak dorang ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Terpulang pada individu itu sendiri kerana ia hak masing-masing tapi sebagai ibu bapa pandai-pandailah jaga anak tu. Jangan  kita sibuk membelek -belek barang sampaikan   entah ke mana anak-anak kita  pergi pun kita tak tahu.
Bos Ikea kawan aku  berposing-posing ngan adik kesayangan

pakej 2 in 1 opsss
spesis yuyi ni suka memarking kereta di bangunan yang tak de kena mengena langsung dengan tempat  yang dia nak pergi~~sila percaya~~~
Mak beli sofa ni,  katanya Firdaus.okey nanti mak suruh dia hantar : (

"mak !  hari raya nanti  kita beli langsir ni ye, katanya firdaus."hurmmm,"


Mak ! aku nak jadi bos, katanya yuyi.
Mak jangan lupa beli katil ni satu, katanya firdaus

 yang ni pun

Firdaus nak yang ni juge."apa kau ingat mak kau ni cop duit ke,"aku kata dalam hati
"Akak meja ni sesuai untuk Firdaus belajar ." "ialah tu," aku kata dalam hati.

"mak saya cam budak sekolah," kata gula-gula hacks dalam hati

Gula-gula hack anak dato H sedang menunggu barang tempahan

Bila di sini  otak aku  menerawang ke kilang perabot yang pernah aku berkerja  suatu ketika dulu  bak kata kawan aku "arghh I'am sick aku tambah I'am sick and tired"


Okey cukup sampai di sini kemerapuan aku  jumpa lagi di kemerapuan yang lain.



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina