Showing posts with label anonymous. Show all posts
Showing posts with label anonymous. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

review anonymous ; ayam pertiwi ; langsung tak masuk dalam agenda

Kalau tak boleh nak buat baik, janganlah buat jahat, tapi aku pesan bila dah terbuat jahat jangan tinggalkan jejak. Kau tahu tak sekarang ni kau dah  buat jahat dengan aku tapi kau terlupa nak hapuskan bukti macam tulah kiranya faham? . Jika kau  nak mengomen sebagai anonymous yang berhati busuk dan berniat jahat  kalau boleh cuba lari dari ayat atau shortform yang sinonim dengan diri kau, itu je aku nak pesan.  Kata nak jadi jahat kenalah professional.Seorang  lelaki muda dan seorang wanita muda beranak satu itulah yang muncul dalam kepala otak aku sekarang ni.arghhh lupakanlah persoalan tu ...............................


Entah kenapa malam tadi aku boleh  melayan permintaan Firdaus yang nak sangat  makan nugget  love ; kuih cinta.Petang semalam lepas balik keja aku ajak Firdaus  pegi beli burger buat juadah makan malam. Kebetulan plak stall  burger tu berdekatan dengan kedai Acheh sementelaah aku beli ikan cencaru kat kedai acheh tu aku belilah sekali untuk Firdaus sepaket nugget.So,harap maklumlah kedai dipinggiran kampung jangan harap kalau dapat jumpa nugget yang  gah gah.ekceli aku segan takut pun ada nak buat entry ni ,takut  kawan yang terdekat dengan aku rejam aku beramai-ramai terutama bila aku kongsi  gambar  bungkusan nugget ayam pertiwi opsss.

arghh tengok tu tiba-tiba je aku terdengar beberapa suara yang  sayup-sayup "eh ko apasal kat dalam esbok tempat keja kita kan ada jual nugget, apa barang ayam pertiwi"Ampunkan mak ni first time mak beli nugget cap suka suki : )

Punyalah banyak nugget   aku goreng , mana aku tahu aku ingatkan Firdaus nak  makan banyak rupanya tak sampai  6  ketul pun dia makan.
 love tu
 Nugget Ayam Pertiwi : )
 Abaikan muka firdaus yang bersepuh dengan bedak Dettol bermenthol dan cuticura almaklumlah  balik dari kedai acheh tadi aku suruh dia terus mandi bukan apa kulit dia ni  sensitif tak boleh berpeluh sikit pun nanti kulit dia akan mengalami gatal-gatal kalau berpeluh.
 firdaus dengan nugget love
Sesekali dapat makan nugget love mestilah pulun makan bersama dengan  cili sos dan  mayonis ye dak.



InsyaAllah kita jumpa lagi.................


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, November 18, 2012

Anonymous

La ada lagi Anonymous yang cuba menyalak kat sini. Aku ingatkan sianoy ni tak perasan yang aku dah bukak kotak komen. Tak suka blog aku , tak suka yuyi pakai seksi , tapi masih nak menyalak kat sini., tapi masih nak tengok keseksian anak aku. Biasalah kadang spesis cam ni banyak. Biasalah anjingkan mana faham  bahasa.

Anoy , kau tahu tak? aku ni pernah gak bersahabat dengan orang-orang  alim tapi mereka tak pernahlah nak kutuk -kutuk atau  cakap takbur macam kau. . Kau tahu tak kita ni hanya "HAMBA" Allah semata-mata, kita tak de hak nak menghukum . Hanya Allah SWT je punya hak tu.

Anoy yang baik budi pekerti , kat blog ni makcik tak pernah pun bagitau kat pembaca yang anak-anak makcik baik-baik belaka . Ko je petik makcik bagitau anak makcik baik.Lagi satu  makcik nak bagitau the moral of the story dari cerita makcik kat sini

1) Hendak membawa atau mengajak  anak-anak atau sesiapa saje ke arah kebaikan bukan dengan cara maki hamun, cerca mencerca dan tengking herdik atau marah sesuka hati

2) Bila anak kau tersilap langkah atau tersalah jalan patutkah kau sebagai ibu bapa buang mereka macam tu saje.

Ni aku nak bagitau kau,  aku tak nak apa yang  berlaku pada 4 orang  adik beradik aku yang dah meninggal dunia tu  akan berlaku pada anak -anak orang lain atau sesiapa yang tak berdosa. Hey anoy kau ni baru hidup setahun jagung tak payahlah nak jadi jaguh kat kampung sendiri. Kau pernah ke lalui hidup macam aku? kalau tak pernah kau jangan nak menyalak macam anjing kat sini . Banyak lagi blog yang baik -baik kat luar sana kau pegilah  baca. Ko rasa dengan komen kau tu boleh downkan hidup aku ke? kau silap, banyak lagi yang lebih teruk dari tu yang aku pernah   lalui.............


kalau kau jujur ikhlas nak membawa orang macam aku ni ke arah kebaikan ,  kenapa nak berselindung disebalik nama "Anonymous"



Yang benar


Hamba Allah yang kerdil dan lemah







Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina