Showing posts with label ayam goreng mencongkam. Show all posts
Showing posts with label ayam goreng mencongkam. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

simple mudah sedap sesuai untuk ibu yang bekerja


Hari ini adalah hari paling mengantuk mengantuk yang tertahan-tahan sehingga beberapa kali aku keluar masuk toilet demi meredakan kemengantukan aku.*bangkai ada ke ayat kemengantukkan*. kemengantukkan ni  akibat  aku terjaga pukul 3.50 pagi sebab terdengar nafas firdaus berbunyi kuat gara-gara dia selsema . Puas aku golek ke kiri golek ke kanan tak dapat gak nak lelapkan mata kemudian aku terus bangun bilas kain baju.boleh gitu .

Stop cite pasal mengantuk bertambah mengantuk aku dibuatnya .petang semalam aku masak 2 menu je ayam goreng mencongkam ngan sup cendawan inoki. First time suami ngan Firdaus makan cendawan ni dorang  jatuh suka plak, lepas ni bolehlah selalu berinoki-inoki haip haip.

Cendawan Inoki lebih kurang 2 ikat kecil , bersehkan , tuskan, siat sedikit halus dan potong pendek.
Bahan-bahannya simpel je syyy sesuai sangat untuk orang-orang yg malas cam aku.la la la
1)4 ulas bawang putih ketuk-ketuk je ngan pisau kemudian buang kulit.
2)1 cm halia- dipotong sederhana besar
3)1 tangkai daun bawang ngan daun sup-dihiris
4) 1 1/2 keping dada ayam dihiris.
5)1 kiub pati ayam ikan bilis
cara-cara menyetelkan bahan-bahan tadi

1)Tumis bawang putih ngan halia hingga naik bau dan layu-guna api sederhana
2)masukkan kiub pati ikan bilis-tumis sekejap
3)masukkan isi ayam tadi-kacau sekejap hingga separuh masak
4)Masukkan  800ml  air-biar agak mendidih
5)Masukkan cendawan Inoki-biar agak mendidih
6)Sebelum diangkat masukkan daun sup dan daun bawang tadi.
Sup Inoki sedap sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa*macam good good je*
Menu kedua ayam goreng mencongkam nak mencuba  sila ambik resepi kat sini, free je.



Sekadar luahan hati 

Frust aku bila semua gambar masakan yang aku masak  kat rumah yuyi hari minggu hari tu terdelete. Melepas nak tepek resepi lala masak serai ngan sambal sotong sebijon cam kat SINI. First time selama aku berblog gambar yang aku simpan terdelete.

Wednesday, April 11, 2012

Anak memon balik rumah-prekuel Anak Fasha makan makan kat The Chicken Rice Shop

 Daulat Tuanku , Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Hari ni cuti sempena  Pertabalan yang diPertuan  Agung  ke 14  Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah .Hye kengkawan cuti kita , hari ni memon tak kemana-mana  lepak kat umah je, alah cuti satu hari je pun ,kalau cuti seminggu tu boleh gak difikirkan nak ke obersea. kwang kwang kwang . Hari ni memon nak tulis cite tertunggak sebelum anak memon ke  JJCM kat TCRS . Sepatutnya cite hari ni keluar dulu , tapi tak pelah kan cite yang mana satu keluar dulu pun,janji memon ada hati nak cite.*bajet retis*. Dorang datang hari tu memon masak asam tumis kepala ikan, kangkung belacan, ayam goreng mencongkam ngan sambal belacan tomato ala ala cair. Macam biasalah asam tumis kepala ikan ngan sambal belacan tu yuyi request, dia ni hantu cili asam tumis dah pedas , lagi nak suruh memon buat sambal belacan.

Jom layan gambar-gambar memon yang tak berapa nak cantik ,memon ambik gambar guna handphone cap kura -kura dulu sementara menunggu kamera DSLR yang memon tempah dari swizelane sampai *pentipu sangat*
Preparation ; Memon suka sediakan bahan-bahan dulu sebelum masak , almaklumlah badan memon terlebih kurus opsss  tak larat sangat nak sepuluh kali kejap bangun. Yuyi punya pasal memon gelidah esbok cari kepala ikan, entah bulan berapa punya kepala ikan pun memon tak pasti, cuma Memon pasti kepala ikan dan ikan tu semua hasil pancingan suami.

Simple je kangkung belacan memon ni, memon tumis hirisan 1/2 labu bawang holland sampai naik bau dan layu kemudian memon masukkan ( 3-4 biji cili api kisar ngan sedikit belacan) tumis sampai pecah minyak. Bila bahan tumisan tu dah pecah minyak, memon masukkan sedikit hirisan isi ayam, kacau hingga isi ayam masak sepenuhnya , last sekali masukkan kangkung , sedikit garam ngan perasa , kaup balik kangkung sekejap, sebelum angkat buh sedikit air.
Juadah yang siap dihidang atas meja ; asam tumis kepala ikan, kangkung belacan, ayam goreng mengcongkam, sambal belacan tomato ala ala cair gitu biji bertaburan.kwang kwang kwang
resepi ayam goreng mengcongkam memon ni dah femes seantero alam *bajet chef sangat memon ni*. Mula-mula kengkawan kisar bawang putih ngan halia ketepikan. Kengkawan bersehkan ayam, gaul sekata ayam yang dibersehkan ngan sedikit rempah kari ngan garam diikuti ngan bahan kisar kemudian gaulkan ngan tepung jagung, perap ayam sekurang-kurangnya sejam sebelum digoreng .



Sementara menunggu akak ngan abang sampai , Firdaus sempat habiskan 4 ketul ayam goreng

Apasal yuyi tersenget plak tu.

Firdaus penjeles sangat bila memon ambik gambar yuyi ngan gula-gula Hacks, kalau dapat dia sorang je nak bergambar ngan yuyi.

Memon dah terjatuh cinta ngan crocs hijau yuyi ni, abang belikan memon satu, mau suami sepak memon laju-laju bila dia dengar memon panggil dia abang.larikkk Alah nak tunggu besday memon lama lagi, kengkawan rasa yuyi ada hati tak nak hadiahkan memon kasut crocs hijau ni? opssss perasan sangatlah memon ni.



Okey perapuan sampai sini je, esok sambung ye, jangan kemana-mana esok teja tau. Datang teja  ikut time tau, jangan datang ikut sesuka hati kita je cam kilang tu mak pak kita punya , kalau orang lain  datang lambat   pandai plak kita  nak bising kecoh -kecoh bagitau orang lain, biasalah manusia ni suka nak cari salah orang lain salah sendiri kalau boleh sorok lagi nak sorok siap tutup ngan pelepah kelapa sawit lagi opssss.

Thursday, January 26, 2012

kalau nak tanya tu agak-agaklah , aku bukan JAKIM--sambungan riang ria di Gong xi fa chai

Entah kenapa semenjak kebelakangan ni mood aku nak berblog semakin pudar, bertambah pudar lagi bila ada beberapa pengomen yang bangkitkan lagi isu status halal beberapa produk syarikat  aku bekerja, ia menjadi topik perbualan hangat di facebook sekarang ni, kata pengomen tu. Tak sangka lepas kecoh isu roti massimo, kecoh plak isu produk yang lain, sekiranya isu ni tak dibendung mau berlarutan, motip jeles vs dengki : )

Aku sebenarnya malas nak menyuarakan isu ni, tapi bila ada pengomen masih tak faham ngan pendirian aku , masih lagi nak bertanya pasal isu tu, mula lah aku bengang. Buat pengetahuan pengomen tu , aku tak tahu pun tentang isu pasal produk syarikat  aku bekerja tu kat facebook, nak update blog pun tak de masa, inikan pula nak melepak kat facebook, lucu plak bila pengomen tu tanya kat aku.

Hari tu aku dah bagi tau kat sini , tak baca ke ? kalau boleh aku tak nak ambik port pasal halal haram produk syarikat aku bekerja, kalau rasa tak puas hati pegi tanya pihak JAKIM sendiri, status produk-produk tu semua. Buat masa sekarang ni dan masa akan datang , banyak lagi perkara mustahak yang aku kena ambik berat dan fikir  terutama hal family, bukannya hal status produk tu semua ,serta hal yang lain-lain.

Kalau nak bertanya , sila pastikan dulu pertanyaan tu masuk akal , tak de lah aku kena fikir 100 kali nak cari jawapan, kang silap haribulan jawapan tak dapat , aku plak hangin satu badan.kui kui kui, contohnya pengomen tu tanya status produk minyak sri murni, buat pengetahuan korang syarikat aku bekerja tu hanya pengedar minyak sri murni dan beberapa produk yang lain. Sila baca label kat botol minyak sri murni tertera pengedarnya FFM marketing. Kalau was-was  status  minyak sri murni  tu pegilah tanya kat pengilang minyak  sri murni atau pihak JAKIM.

Bak kata suami aku minyak babi tu mahal, tak sebodoh tu peniaga makanan bangsa cina nak bubuh minyak tu dalam masakan dorang. Kalau rasa ragu ngan status sesuatu produk, tak payahlah makan, ye dak. Tak payahlah menjerit-jerit kat laman sesawang ngan facebook, tak mendatangkan hasil langsung, tak tahu lah  motip  dorang nak kecoh pasal produk syarikat  aku bekerja  semenjak dua menjak ni ,  dorang lupa ke  syarikat yang menghasilkan produk ni dah lama bertapak kat Malaysia, sejak tahun berapa korang google sendiri tak pun pegi ke website ni.

Kat dalam malaysia ni apa barang yang orang cina tak buat, sampai kicap pun orang cina buat, produk orang melayu boleh dibilang ngan jari. Kat pasar rata-rata orang cina yang berniaga. Terserahlah pada kita sendiri samada nak beli atau tidak. Daripada kecoh sana sini status halal haram , rasanya lebih baik kita fikir cara nak naik taraf peniaga melayu , nak majukan bangsa dan negara, cam mana nak buat kilang sendiri hasilkan tepung , minyak roti serta semua produk makanan orang melayu ye dak, masa akan datang boleh gak anak-anak kita bangga ngan kejayaan datuk nenek mereka. Kalau rasa tak mampu nak majukan bangsa dan negara, majukanlah diri sendiri dan keluarga, jangan sibukkan diri  nak lambakkan dosa ngan menyibuk hal orang lain .kah kah kah kah

Naik malas cite yang tak mendatangkan hasil tu, kang kalau tak explain dorang  tanya  lagi soalan yang sama kat aku, susah melayan orang yang tak paham bahasa ni . Okey last kopek cite riang ria Gong xi fa cai kat rumah MIL malam sabtu lepas. Selain dari berjimba-jimba ngan familiy, aku ngan anak -anak dapat angpau dari MIL,dapat angpau tak pe , jangan dapat penampau.kah kah kah

Anak-anak aku ni ober the river nak pakai baju merah, suami aku relax je pakai baju hijau, bangsa cina ni pantang kaler hitam je, lain kaler okey . Semalam aku cuti demi menghormati , (jelas ye aku menghormati bukan mempercayai), takut ada yang salah paham plak), adat dorang yang tak boleh bekerja pada hari ganjil . Lagi satu pantang dorang tak boleh menerima angpow dari orang yang baru kematian ahli keluarga terdekat, aku tak tahu pantang ni semua, tapi aku teringatlah tahun lepas MIL pulangkan  angpow yang aku  bagi,  katanya dia tak boleh ambik  sebab ayah aku baru meninggal dunia.


Firdaus tunjuk gigi dia yang rongak

tahun ni tak sempat nak ambik gambar MIL , aku tepek gambar lama jelah.


Anak-anak aku yang ober the river, bersama adik ipar,biras dan anak. Borak sakan ngan MIL , aku terlupa nak ambik gambar masa dorang makan.


Buah tangan tuk MIL, aku buat butter cheese cake, nak resepi ambik kat sini ye



Lauk wajib ada ayam goreng mengcongkam jiwa raga.kah kah kah ,resepi kat sini ye.

Lauk wajib ada , kambing masak kari pekat



Lauk wajib ada , sayur goreng.


Goreng brokoli ngan kobis cina

hirisan bawang putih
kicap cair
sos tiram
fillet atau isi ayam hiris nipis, gaulkan ngan sedikit kicap cair , kemudian digaul ngan sedikit tepung jagung atau tepung ubi.
hiris sebelah dari sebiji capsicum merah
green peas & carrot yang sudah dicelur

Cara-cara membuatnya

1)Tumis hirisan bawang putih hingga layu, ketepikan
2)Tumis isi ayam, kacau hingga separuh masak , kemudian kacaukan sekali bersama tumisan bawang putih tadi.
3)Masukkan brocoli kacau hingga lembut
4)masukkan kobis cina , kacau sekejap
5)bubuh sedikit kicap cair sebagai garam ngan sos tiram sebagai penambah rasa.
6)Bubuhkan sedikit air, kacau sekejap , angkat sedia untuk dihidang



Grean peas ni dah jadik peberet firdaus-ratah cam tu je

Goreng grean peas ngan kobis cina

hirisan bawang putih
sos tiram
fillet atau isi ayam hiris nipis, gaulkan ngan sedikit kicap cair , kemudian digaul ngan sedikit tepung jagung atau tepung ubi.
green peas & sedikit hirisan kobis cina- cuci berseh dan tuskan

Cara-cara membuatnya

1)Tumis hirisan bawang putih hingga layu, ketepikan
2)Tumis isi ayam, kacau hingga separuh masak , kemudian kacaukan sekali bersama tumisan bawang putih tadi.
3)masukkan green peas kacau hingga lembut , bila grean peas dah separuh lembut masukkan kobis cina kacau sekata.
5)bubuh sedikit sos tiram sebagai penambah rasa.
6)Bubuhkan sedikit air, kacau sekejap , angkat sedia untuk dihidang





Okey berjumpa lagi dilain hari dan waktu, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi, kejayaan dan kebahagian milik setiap insan.

Tuesday, May 24, 2011

Ayam goreng mencongkam



1)3 ulas bawang merah
2)3 ulas bawang putih
3)1/2 inci halia

Ditumbuk atau diblender kering




gaul bahan tumbuk tadi bersama ayam yang dah digaul ngan tepung jagung , rempah kari, secoet pak aji ngan garam.perap selama 30 minit.



okey ni hasil perapan.




Goreng dalam minyak yang banyak dan panas, selepas tu perlahankan api supaya ayam masak sekata.



Ayam goreng sentiasa mengcongkam


SELAMAT MENCUBA

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina