Thursday, January 26, 2012

Malam kedua tahun baru cina di HM Sri Bagan Restoran Seafood, Bagan Lalang

Agenda kita orang malam kedua tahun baru cina , makan -makan di HM Sri Bagan Restoran Seafood . First time makan kat situ last year , kita orang dah terpikat lala masak serai ngan ketam black pepper. Lala yang jenis kulit keras ni susah cari kat pasar, kat pasar yang banyak ada lala besar berkulit nipis , tak pun yang kecik.


Sapa tahu nama benda alah ni angkat tangan, aku bantai je panggil lala, sedap dimasak serai.

lala ni gambar tahun lepas , masa ni dapat banyak, malam tu lala ni dapat ciput je sebab sampai lambat , dah ramai yang rembat, ni semua gara-gara nak buat rambut yuyi cam bo derek semua bertocang. kah kah kah , cadang nak sampai sana tepat pukul 6 petang tertunda ke pukul 8.30 malam.

Dah macam roman retis k-pop plak anak lelaki aku ni , apasal budak sekarang ni tak berfacebook tak boleh ke : ) . Hari tu aku saja duk menyembang ngan anak lelaki ni aku pasal najwa latif yang nyanyi cinta muka buku, aku kata suara najwa tu tak delah best sangat, cam manalah boleh terpilih masuk juara lagu. Dia beriya-iya mempertahankan najwa latif mentang-mentanglah budak tu nyanyi cinta muka buku, dia plak kaki facebook, yang tak tahan dia boleh cakap najwa latif tu cantik manis. sabau je lah.



Gambar suasana di HM Sri Bagan Restoran Seafood , credit to HM Sri Bagan Restoran seafood

Silap kita orang tak call reserved tempat, sampai je sana lebih kurang 8.30 malam, dah tak de tempat, biasalah hari cuti perayaan mesti ramai orang, kalau nak tempat kena tunggu , dorang suruh kita orang jalan-jalan dulu sementara menunggu dorang call lagi 1/2 jam.Alhamdulillah tak sampai 10 minit, dorang call bagitau ada tempat kosong.


Nampak tak punya ramai pengunjung restoran malam tu sedang memilih ikan dan makanan laut, dah macam orang beratur beli nombor pun ada : ), cam mana lala tu tak cepat habis : (


Air minuman yuyi order, carrot juice, aku ngan Firdaus fresh orange , anak lelaki aku yang skema ni order milo ais forever, suami plak teh limau ais.



Hidangan semua sedap hingga menjilat jari, mestilah jari dah semuanya makan pakai tangan malam tu, tak pedulik masa tu dah tak ingat sebab semuanya sedap.

1)ketam masak black pepper
2)baby kailan goreng
3)lala masak serai, terpaksa dicampur ngan lala besar berkulit nipis sebab lala kulit keras ciput je.
4)sotong masak cili



Pada pandangan aku selain dari masakan kat HM Sri Bagan Restoran seafood ni sedap dan menepati citarasa ramai, pengurusan restoran pun terbaek, segala urusan berjalan lancar, kalau pengurusanya kekal cam ni , InsyaAllah tak mustahil pada masa akan datang restoran ni lebih maju dan boleh bukak banyak lagi cawangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina