Showing posts with label dadah. Show all posts
Showing posts with label dadah. Show all posts
Thursday, November 8, 2012
Ceramah anti dadah dipagi hari ; drama sebabak
Drama sebabak ; Aku telan air liur untuk kesekian kalinya. Seumur hidup aku inilah kali pertama aku diceramah oleh budak berumur 7 tahun . InsyaAllah mana tahu kita boleh insaf selepas mendengar ceramah budak berumur 7 tahun .
Firdaus : (sambil menarik-narik manja t-shirt ayah)ayah! ayah! ayah tahu tak dadah tu apa ?
Suami : (sambil jeling aku)dadah tu ubat pahit.tak boleh makan
Aku : haish awak ni, apa plak ubat pahit. Firdaus dadah tu racun tak boleh makan dan sentuh .
Firdaus : kalau makan boleh mati kan
Suami & aku : ye Firdaus boleh mati
Firdaus : (dia mengerutkan kening dan dahi serta menegangkan urat leher)orang jahat pukul orang mintak duit ,lepas tu dia beli dadah. ayah , dorang jahatkan?
Sedang aku ralit ceramah anti dadah terhenti seketika......................
Firdaus meluru kearah aku sambil menolak -nolak badan aku"kenapa dorang tak ambik duit kat bank je? kenapa ambik kat orang lain?Dengan nada yang boleh dikira high tone dan agak keras . "Firdaus kalau kat bank tu boleh ambik duit sesuka hati mak lah orang pertama yang pergi ambik,"kata aku.
Sekian terima kasih
Yang benar
ANTI MLM DAN SEGALA SKIM CEPAT KAYA
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Wednesday, March 7, 2012
Elak jadi keldai dadah ; pelancong tak dibenarkan membawa dadah masuk atau keluar dari Malaysia
Minggu lepas aku kan ada cerita yang opis aku akan berpindah ke tingkat dua, Alhamdulillah hari senin tu dah selamat pun aku pindah. Semua fail dan barang-barang aku ngan kawan seopis angkat bersama-sama. Masa aku ngan kawan pindah opis, situa tu pegi luar negara, bila balik dia nampak kita orang semua dah siap mengangkat semua fail dan -barang barang , masa tu baru dia mengelupur cam cacing kepanasan. Paling aku tak menahan dia boleh nak bawak lemari lama tempat aku letak fail tu ke opis baru . Bab menyusahkan orang bagi kat dia, kecik- kecik tak nak mampos dah besar-besar pun tak nak mamposs.........kui kui kui


Situa tu menghimpunkan kotak-kotak fail dan barang dia didepan meja aku. Entah cam mana plak aku boleh menolong mengangkat laci besi dia yang macam lahanat tu. Cis tak boleh ku kenang, kerana situa tu punya laci ,sepanjang malam aku tak boleh melelapkan mata, tulang temulang rasa cam nak patah, sampaikan nak pegi opis pun tak larat apatah lagi nak pegi klinik, last last aku tersadai kat rumah .Mamposs ngan dia, kalau esok tulang temulang ku sakit cam ni lagi, alamatnya aku terus sambung cuti.
Aku puas hati sangat ngan opis baru ni, cuma satu je yang aku tak puas hati , bila pihak atasan melarang membawa apa saje makanan/minuman dari luar, semua pekerja kena makan dan minum kat kantin yang pihak syarikat dah sediakan.Selama 18 tahun keja kat sini first time nilah kita orang dikenakan larangan cam tu. Rasa-rasanya tak de lagi larangan yang seumpama ni di kilang -kilang lain kat Malaysia ni, sekiranya ada korang bagi tau ye, mana tau aku terlepas pandang.kui kui kui.
Mulai sekarang ni tak dapatlah aku bawak bekal nasi dari rumah, susahlah kalau cam ni, dahlah aku tak berapa suka makan kat kantin, nak makan kat luar plak cam tak berbaloi. sabau jelah, bila difikir balik larangan membawa apa saje makanan/minuman dari luar lebih kurang cam larangan membawa dadah masuk atau ke luar dari Malaysia. matik aku boleh samakan makanan cam dadah plak : )
opis aku yang baru ni berhadapan dengan 3 bilik bos, rasanya lebih elok berhadapan ngan bos dari ngan kawan-kawan, cam tu tak payahlah aku nak bersembang-sembang sangat ngan kawan,bila tak bersembang-sembang tak delah perkara yang akan berbangkit kemudian hari nanti.selamat.kui kui kui Dorang campak aku kat mana-mana pun,aku tak de hal, aku masuk je ngan semua orang, aku tak ambik pusing sangat hal orang lain, bagi aku opis ni tempat cari makan bukan tempat cari kawan.
Situa tu menghimpunkan kotak-kotak fail dan barang dia didepan meja aku. Entah cam mana plak aku boleh menolong mengangkat laci besi dia yang macam lahanat tu. Cis tak boleh ku kenang, kerana situa tu punya laci ,sepanjang malam aku tak boleh melelapkan mata, tulang temulang rasa cam nak patah, sampaikan nak pegi opis pun tak larat apatah lagi nak pegi klinik, last last aku tersadai kat rumah .Mamposs ngan dia, kalau esok tulang temulang ku sakit cam ni lagi, alamatnya aku terus sambung cuti.
Aku puas hati sangat ngan opis baru ni, cuma satu je yang aku tak puas hati , bila pihak atasan melarang membawa apa saje makanan/minuman dari luar, semua pekerja kena makan dan minum kat kantin yang pihak syarikat dah sediakan.Selama 18 tahun keja kat sini first time nilah kita orang dikenakan larangan cam tu. Rasa-rasanya tak de lagi larangan yang seumpama ni di kilang -kilang lain kat Malaysia ni, sekiranya ada korang bagi tau ye, mana tau aku terlepas pandang.kui kui kui.
Mulai sekarang ni tak dapatlah aku bawak bekal nasi dari rumah, susahlah kalau cam ni, dahlah aku tak berapa suka makan kat kantin, nak makan kat luar plak cam tak berbaloi. sabau jelah, bila difikir balik larangan membawa apa saje makanan/minuman dari luar lebih kurang cam larangan membawa dadah masuk atau ke luar dari Malaysia. matik aku boleh samakan makanan cam dadah plak : )
InsyaAllah jumpa lagi , aku nak pegi merehatkan diri, hari ni tak boleh bebel panjang, mana tau ada kawan opis yang baca blog aku ni, nanti sesuka hati mak bapak dorang cop aku pura-pura sakit. Bahaya !! kawan opis aku ni bila ditanya tak pernah nak mengaku baca blog aku, hakikatnya dorang admire blog aku. hipokrittttttttttttttt.?????
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
Aku,
benggang,
berpindah opis,
dadah,
hipokrit,
kisah aku,
Kisah kawan,
kisah tempat keja,
Sakit,
sembang-sembang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jangan ikut sangat
makan-makan
- Bubba Gump The Curve
- The Blossom Chinese Restaurant Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- The Garden Terrace-Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Restoran Port Village -Bagan Hailam Port Klang
- Restoran terapung-HM sri bagan -Bagan Lalang
- Bagan lalang-art caterer
- Restoran Windmill-Jaya Jusco bukit Tinggi
- Restoran David Brown-Bukit Bendera
- Secret Recipe
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Burger king-Bukit Tinggi
- Boston-Jaya Jusco Bukit Tinggi
- Best Seafood-Star Cruise West Port
- TGI Friday--Garden Mall
- TGI Friday -Subang Parade
jalan -jalan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Dewi Sri Spa Alam Sentral
- Amoaras Relaxing Spa
- Samsara Spa Swiss Garden Resorts &SPA Kuantan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Banting-Perkampungan orang asli Tanjung Sepat
- Melaka Bandaraya bersejarah
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Genting Highland
- Penang-Penang Butterfly Farm, Empangan Teluk Bahang, Jeti Teluk Bahang, Pantai Teluk Bahang
- Penang-David Brown's Restaurant, Bukit Bendera
- Penang-Jalan Chowrasta, Batu Ferenggi, Nasi kandar
- Penang-Tempat penginapan
- Penang-Bukit bendera