Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Sila mati sekarang...mak kau berjambul 40

Bila aku sedang menahan  period  pain dah semestinya aku tak larat  nak update blog.Tapi tadi bila aku tertengok berita TV 9 kalau tak silap aku dan tertengok seorang ibu  marah sakan dengan anak dia di depan beberapa penjawat awam tetiba je period pain aku hilang sekejap. Ni aku tengah marah ni.. tengah marah ngan ibu kepada budak yang kena tangkap tu .Apa kejadahnya kau nak marah dan ceramah anak kau di  depan penjawat awam tu semua.   Tak boleh ke kau bawa anak kau tu balik ke rumah  dulu nanti  kat rumah kau nasihatkan lah  dia elok-elok. Seriously aku tak boleh tengoklah situasi  seorang ibu atau bapa nak marah dan maki hamun anak di depan orang lebih lagi depan penjawat awam.Saper penjawat awam tu sampai kau boleh  bangga  bila dapat  marah, maki hamun  anak kau kaw kaw  depan dorang tu.bullshit. Tetiba je aku teringat arwah ayah .Bodohlah banggang berjambul 40 dorang ni...............

"Sila mati jadi ibu bapa sekiranya kau hanya nak melahirkan dan  memiliki anak-anak yang sempurna saje...itu pesan aku".

Kasihanlah pada anak-anak  yang  memiliki  ibu bapa yang hanya berkehendakkan anak-anak yang sempurna : (







Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, November 7, 2012

Duta pusat pelansingan badan


Oh pakcik kau.Apa!!!! Fasha sandha yang sedang  menunggu kelahiran anak pertama akan bakal dilantik menjadi  duta Slim World mengantikan tempat Wardina .Oh ini tidak adil tidak adil bagiku yang dah melahirkan 4 orang anak ini masih belum pernah mendapat tawaran menjadi duta kepada  pusat pelansingan badan.

Bercakap pasal pusat pelansingan badan aku teringat kata-kata biskut  empat segi "zalina !!! olang yang pergi  pusat pelansingan badan tu olang kaya serupa datin ,dorang suka baling saje lepas tu  badan kena balut-balut kasi panas, oooo saya tak suka ooo." (sila baca diolog dalam pelat loghat  cina)Maafkanlah biskut empat segi, spesis dia ni kalau sekali balut kena bayar RM1 dah tentu-tentu malam ni juge dia mendaftarkan  diri  ke pusat pelansingan  badan .



sekian terima kasih


yang berharap menjadi duta


Makcik Fasha Sanda size pinggang 28inci



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sepanjang hari selasa aku ; caca merba-jiwa merudum

Lewat petang semalam  jiwa aku agak kacau dan merudum juga , kerana beberapa perkara yang  yang tak menyenangkan hati aku.Teramat payah untuk aku menghuraikan satu persatu persoalan yang kian membengkak dihati aku ini.Wajah Firdaus , pengasuh Firdaus dan  mamat India silih berganti dimata dan di puput telinga aku ini. Tapi yang pasti mamat India itu bukan suami aku mahupun pak tiri laki mak aku.ha ha ha Sejujurnya memang aku geram tapi rasanya tak perlulah untuk aku bercerita lebih lanjut.

Dan apabila aku berada dalam keadaan jiwa kacau  tertekan ia akan membuatkan aku kehilangan mood untuk memasak.Indahnya dunia .Suami aku bagai mengetahui apa yang sedang bermain difikiran aku ."yang! kita bawak Firdaus makan kat luar ye".Tiba-tiba terpacul keluar secara spontan ayat ringkas dari mulut suami .

Sebagai manusia biasa aku  hanya mampu merancang Allah SWT yang menentukannya,sejurus turun dari motor suami dengan tak diduga hujan  turun mencurah-curah dengan lebatnya.Hujan terus  turun dengan lebatnya tanpa henti. Harapan nak makan kat luar hanya tinggal harapan.Dengan lemah longlai aku menuju kedapur , kugapai rice cooker .Tak reti reti lagi nak masak.*huk huk huk*

Masakan dari air tangan mak yang berjiwa kacau.

sup bayam
 telur goreng bersambal sos
 budu
ikan kembung goreng tepung

Dalam keadaan otak serabut , jiwa kacau  aku tetap  masak lebih dari satu lauk : )#poyos#


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, October 19, 2012

Tertinggal keretapi ; terung bulat comel lote goreng cili sedap

Petang semalam blog  aku dah tertinggal lauk kari ayam dan terung bulat comel lote goreng cili kat sini .Patutlah  aku rasa lain macam je blog aku, rupanya ada lauk  yang tertinggal. Tak delah gah sangat pun  lauk yang  tertinggal tu cuma aku nak bagitahu kat kengkawan yang terung bulat comel lote goreng cili  tu sedap banget tapi aku  tak puas makan sebab sikit sangat. Lain kali  kena beli lebih  sikit  terung bulat comel  lote tu.
  Abaikan periuk kari ayam aku yang comot,  sila beri tumpuan pada kari ayam aku tu je.

Oleh kerana ada perempuan sial yang dah  menganggu mood aku nak membebel jadi apa kata kita terus je kepada resepi
Terung bulat comel lote goreng cili 

Bahan-bahannya

1)sepaket terung bulat comel lote(anggaran 15 biji-dibelah dua)
 Gaul sekata terung bulat bersama dengan sedikit garam  kemudian terus goreng dalam minyak yang panas dan banyak
2)5 tangkai cili kering-potong dan rendam dalam air panas
3)3 ulas bawang merah- dihiris kasar
4)3ulas bawang putih-dihiris kasar
5)1/2 gengam ikan bilis-cuci dan bersehkan
6)3 sudu besar sos tiram
7)1/2 sudu gula

Bahan 2&3&4 kisar kering hingga halus kemudian kisarkan bahan 5  sederhana halus saje

Cara-cara membuatnya

1)Panaskan  minyak ,tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak-kecilkan api masa menumis 
2)tumiskan sos tiram dalam 1/2 minit bersama , sedikit air dan gula.
3)Besarkan api kemudian  terus masukkan terung bulat yang dah digoreng tadi
4)Kaup balik seminit kemudian bolehlah diangkat.

Resepi kari none ado kengkawan semua dah terror  masak kari ayam ye dak




Sekadar luahan hati


sial !!! hari ni tak de mood aku nak buat keja  bila teringat muka  sorang pompuan tu arghh aku geram dia cuba nak  describe aku sebarangan  . Selama ni aku  tidak pernah berjumpa ngan dia ,aku   bercakap pasal kerja dengan dia  pun melalui telefon tapi yang peliknya dia  boleh  describe aku orangnya macam mana wak lu lah  bullshit you can go to hell.itulah bahana mendengar cakap perempuan yang bertaraf tukun tiruan.

Monday, October 8, 2012

Duhai blog teman suka duka aku

Duhai blog !!!!

Aku tak dapat melelapkan mata , tika ini ada sesuatu yang telah menganggu perasaan aku . Hati aku  bagai  telah ditikam sebilah pisau  yang tajam sekali. Kenapa kau tega menyakiti hati seorang perempuan yang naif macam aku ni . kau lidah bercabang setahu aku biawak je lidah bercabang. Jujur aku katakan yang aku amatlah tak suka dengan orang lidah bercabang. Aku tak marah pun malah aku bersyukur selepas ni InsyaAllah aku akan lebih berhati-hati dalam segala perbuatan dan tindak-tanduk aku. Mungkin aku kena buat sesuatu esok bagi meredakan amukan perasaan ini.


Arghhh lega aku selepas  meluahkan segalanya kat sini.



Sunday, September 16, 2012

Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa

Aku tambah kerana gatal tangan entry aku " Hari rabu aku ; duofilm solution penyelesaiannya"dan entry "Petang sabtu  aku ; bersama teman lelaki  yuyi di Palma cafe Sacc Mall Shah Alam" terdelete .Ni semua gara -gara nak sangat mendelete  draft entry yang dah memenuhi bahagian post  sehinggakan  aku tak perasan yang aku dah termark kotak entry yang dah dipublish  . Frust gila , sedih pun ada  penat  aku memerah otak bagai entry tu hilang dihujung jari sendiri.dugaan

Semenjak aku berblog inilah pertama kali berlaku  kejadian terdelete entry yang dah  publish . Rasanya tak mungkinlah    aku nak  taip semula entry yang terdelete tu dalam masa terdekat ni ,bagilah aku masa ye .

Kepada  semua  pembaca blog ni  yang  tak dapat membaca entry yang aku dah terdelete tadi  harap maaf.InsyaAllah esok lusa  kalau ada senang  aku taip semula entry  tu ye .





SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE 49

Friday, July 13, 2012

Hanya 5 perkataan je dapat mengambarkan perasaan aku tika ini

1-Bersyukur

Aku bersyukur  ke hadrat Allah SWT kerana  telah memanjangkan usia yuyi hingga ke hari ni. Selamat manyambut hari lahir buat yuyi  pada hari ni semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Mak menunggu kepulangan kau  ke Malaysia hujung minggu ni. Lagi satu lupa mak nak cakap "ajal maut jodoh pertemuan Allah SWT yang tentukan".

*Jangan lupa bawak balik coach, braun bufel, prada dan segala gadjet yang terkini-ayat menghanjing &mengtenuk dan segala haiwan  yang seumpama dengannya*

 2.Tumpang gembira  

Salena Gomez semakin kurus di mataku kalau cam ni punya kurus dapatlah dia menyertai  pertandingan ratu cantik pada penghujung tahun ni.




Salena Gomez hanya makan 2 ketui kuih bersama nescafe ais je pada waktu pagi.ko mampu. Semoga dia mendapat bentuk badan idaman.



3) hampeh

Waktu malam aku memang tak makan jadi waktu pagi aku kena ambik makanan yang berat-berat-alasan yang sangat klise keluar dari mulut sorang pompuan yang kuat makan. Aku tak menyertai mana-mana pertandiangan ratu cantik kira okeylah berat badan aku sekarang ni. *Like I care*

 4)ko banggangkan

ko pasangan ideal dimata ku
 
5)sakit hati mungkin kena berkorban 

 3 hari lepas blog ni buat hal tak boleh publish new post, pagi tadi plak  blog baru   buat hal yang sama. Aku dah tak alternative lain, mungkinkah  aku kena buang salah satu blog yang aku kasih lagi sayangi ni.Sebenarnya, bila difikir balik rasanya tak mungkin aku akan buang blog lama ni sayang sangat  lagi pun kat sini  terlalu banyak  kenangan ~~sila bertabah ye wahai hati~~.

Harap maaf segala kesulitan amat dikesali.Segala pertanyaan dan cadangan  boleh hantar ke tak de maknanya.la la la la


Thursday, July 5, 2012

Jalan -jalan cari sarapan- look like many sugarcane plant at the back your house

Tak dapat aku nak gambarkan dengan perkataan cukuplah aku katakan this tauke coffee house look like many sugarcane plant at the  back her house or one trailer sugar fall down inside her  sambal and all the lauk pauk.*budak-budak yang masih sekolah sila dapatkan keizinan ibu bapa sekiranya nak mengunakan  bahasa english ni *
Coffee house ni terpaksa aku senaraikan dalam x files

Yes aku ngan pumpkin tengah marah sangat ni. Serius aku adalah trauma hypertension dan penyakit seumpama dengannya selepas minum teh manis ,sambal manis + + + serta rendang daging kuasa 10 manis manakala pumpkin adalah meyong kuasa 20 selepas minum kopi o manis , makan paru manis merdu serta sambal manis menikam kalbu. Aku tak marah kata kau, masa order Teh dan kopi O  hampir  20 kali aku tekankan perkataan "KURANG MANIS" *pentipu sangat*

Korang bayangkanlah bertapa aku kehilangan arah akibat termakan makanan manis -manis sehingga aku hampir terlupa hendak membayar harga makanan. Ya Allah ya tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku mengutuk orang pagi-pagi  ni
Kalau macam nilah punya  paten coffee house keropok Tam Tam pun tak sudi nak menaja rancangan jalan-jalan cari sarapan aku pagi ni.


Sekadar luahan hati

kenapalah orang kita ni suka sangat buh sepikul gula dalam masakan? Dalam sebulan berapa kilo lah dorang pakai gula. Rumah aku sekilo gula nak habiskan dalam sebulan pun payah.

Wednesday, July 4, 2012

Aku kehilangan sekali lagi....................


Lieyna kau akan terus kekal dalam ingatan akak buat selama-lamanya. 

Dari pagi tadi aku mengumpul kekuatan dalam diriku . Entahlah aku tak tahu nak mulakan macam mana , sejujurrnya aku masih terpempam dengan berita  kematian lieyna . Siapa  sangka catatan terakhir olehnya di sini aku ada memberi komen berbentuk nasihat, entah dia sempat baca entah tidak Allah SWT saje yang maha mengetahui.

Arwah adalah antara blogger yang rajin  mengomen kat blog aku . Entah kenapa aku rasa  terlalu rapat ngan arwah  biarpun kita berdua  tak pernah bertemu pada alam realiti . Aku pernah merancang nak berjumpa ngan arwah tapi hakikatnya manusia hanya mampu merancang yang menentukan Allah SWT .Allah SWT lebih sayangkan arwah. Catatan dia  Kuala Lumpur aku ada menyatakan hasrat untuk bertemu dengan dia .

Cukuplah sampai sini je, aku dah tak mampu nak teruskan  semakin aku kenang semakin sebak dada.Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada  arwah semoga rohnya dicucuri rahmat  dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman .Amin

Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan mendatang.

Thursday, June 28, 2012

Breakfast sedap tak berminyak dan tak dipenuhi ngan benda-benda yang menyakitkan mata dan menyerabutkan tekak

Pagi ni aku breakfast kat kedai nama dan tempat dirahsiakan demi menjaga perasaan aku dan kawanku.la la la Jujur aku katakan yang aku tertarik dan suka sangat ngan mee/bihun kari atau sup chinese style. Bila aku petik kata-kata sebegini jangan plak korang ingat "mentang -mentanglah MIL aku cina sebab tulah aku suka mee /bihun yang chine style" waima suami aku India + China dia seorang yang  fleksibel bila aku rasa nak bercakap sesuatu yang tak kena mengenai  bangsa India atau cina dia okey je,  dia pendengar yang setia cuma bila aku mengumpat orang je dia tak kuasa nak dengar silap-silap aku kena marah. Dia tak macam sesetengah orang pantang disebut pasal bangsa terus nak melenting tak tentu pasal .Kadang-kadang tu aku naik pelik bila aku mengata sesuatu yang bersangkut paut tentang bangsa suami ada orang  lain yang tak de  kena mengena ngan hidup aku dan suami  plak yang terlebih tension.la la la la Kalau nak marah atau menegur tu biarlah cara profesional kenapa nak berkira -kira tentang bangsa ye dak.

Jom cite pasal breakfast aku pagi tadi.

Kawan ku dengan mee kari dan teh herba. Mee kari chinese style selalunya dimakan bersama sedikit sambal .
Peberet aku bihun sup , minuman plak teh herba penyejuk badan.

  Apa yang penting bihun chinese style tak berminyak.
Bihun sup chinese style selalunya simple , orang cina ni lebih mementingkan rasa sup .Di  rumah  kerap gak aku buat bihun sup chinese style ajaran dari MIL ni , tak lama dulu aku  pernah tepek resepinya kat sini.


Monday, June 25, 2012

penyakit paling merbahaya yang semua orang tahu

Salam kengkawan ku semua....

Penyakit apa lagi yang merbahaya  kalau bukan  penyakit "MALAS". Minggu ni minggu malas aku, malas nak update, malas nak lipat baju waima segala-segalanya malas., sampaikan nak buka email pun malas. Baru malam tadi makcik sempat  bukak email, penuhnya  email dalam inbox .Terima kasihlah pada yang sudi hantar email kat makcik  antara pengirim email yang sempat makcik cari link blog dia  Lydia, Lynn, Irfa, Saffiya Aleesya, makcik  sayang korang ketat-ketat , sayang macam anak  makcik sendiri. opss lupa nak bagitau bila dah malas mengusai diri nanti korang akan jumpa seorang perempuan memakai tudung coklat , berbaju merah dan  berseluar hijau.la la la

Ni baru mukadimah nanti mak update lagi ye anak-anakku sekalian.Makcik  tak delah cerita yang menarik  nak bagi tau korang makcik  bukan retis popular tapi makcik  nak gak  cerita pasal pasar malam dan hasil tangkapan yang  suami makcik  bawak  balik malam tadi. anak-anak tak kisahkan.la la la

saper yang rindu ngan makcik sila  angkat tangan  .......... saya windu makcik.... ...

Pasar malam Jumaat kat area kawasan rumah makcik
Bahawa saya Mohammad Firdaus berjnji akan.......-dah macam nak menyanyi lagu Negaraku plak  aku nengok siFirdaus ni.
 Firdaus dan akak yuyi yang dah macam asoh jual sayur
 Satay yang paling sedap yang pernah aku rasa tapi tak bolehlah  lawan lagi satay yang aku buat sendiri.*matik pujik diri sendiri*
Juadah tunjuk-tunjuk secara  rawak

Hasil tangkapan yang suami makcik  bawak  balik  malam tadi

Abaikan Muka yang tak de perasaan tu

control  ketakutan
Sekadar luahan hati

Sekian dulu perkembangan Neelofa buat masa ni nanti neelofa update lagi ye cite terkini. Jangan lupa sayang neelofa ketat-ketat.

Mimpi malam tadi buat aku rasa bahgia je, cer teka aku  mimpi apa malam tadi? tak payah tekalah meh aku bagitau, aku mimpi tengking bos aku, tak dapat tengking dialam realiti kat dalam mimpi pun  jadilah  ye dak. 

Thursday, June 21, 2012

emas ke masa tu?

Aku rasalah daripada kau melalak bagitau setiap orang yang kau banyak kerja  dan sibuk 24 jam  aku cadangkan lebih baiklah kau   berhenti kerja kata sibuk  pergilah  siapkan kerja kau.


Aku dah bosanlah tengok kau punya drama swasta.

Thursday, June 14, 2012

urat dawai tulang besi

salam kengkawan...........................


Bukan peta geografi

kawasan berlorek hijau bukan kawasan tanah subur itu adalah kawasan kesakitan, ketegangan  yang aku hidapi sekarang ni.bertabah ye *ayat pujuk diri sendiri*

Walaupun sakit mak maintain Jakpar  On, kenapa jakpar onn? nampak tak kat kepala mak terselit bunga matahari, jakpar onn kan suka bunga matahari. la la la  Tengahari semalam aku pergi klinik  check penyakit yang baru aku hidapi  dua tiga hari ni. Mati mati aku ingat tekanan darah aku tinggi  rupanya tidak doktor panel aku  kata  aku cuma mengalami sakit urat . 

Aku ni orang susah mana bisa masa sakit duk diam, mana bisa masa sakit aku buat muka sardin.*semangat indon*Balik je dari klinik aku terus melompat-lompat sambil menahan kesakitan kemudian dengan selambanya tangan aku  laju je  mengadun adunan kuih kertas. boleh gitu*sakit urat tapi nak mencekik kuih kertas*


 mula-mula kita ambik mangkuk bekas  sekerim boleh, kemudian kita  sediakan

Kuih kertas untuk 5 orang makan

1)100gm tepung gandum + 100 gm tepung pulut( sebarang jenis kuih muih atau pengat yang bahannya 100%  mengunakan  tepung pulut arwah mak kata kena campurkan 50% tepung gandum , itu arwah mak aku kata kalau tak betul sila tanya ngan arwah mak aku kat kubur.la la la la
2)sedikit garam
3)1/2 cawan kelapa parut
Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk tadi kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata.
Adunan kuih kertas
bentukkan adunan ikut kegegirllan tangan korang, kemudian goreng dalam minyak panas mengunakan api sederhana .
Kuih kertas sebelum disira gula
Aku tahu ramai yang tak lulus bab sira gula  ni, suatu ketika dulu aku pun pernah gagal berkali-kali tapi aku bangun dari kegagalan *matik bangun dari kegagalan buat sira gula*Pantang sira gula
 " terlebih air"  air 50ml + gula pasir lebih kurang 1/2 cup, biar air agak mendidih kemudian masukkan gula pasir biar lagi  agak mendidih masukkan kuih kertas kacau hingga gula menjadi sira
Bila  gula dah menjadi sira terus tutup api
 
sesekali makan kuih kertas sedap gak



Sekadar luahan hati

Jika kita mahu membuat sesuatu , kita  akan cari jalan.Jika kita tidak mahu membuat sesuatu kita akan mencari alasan.Aku angkat tangan tanda setuju.ehemmm ehemmm

Friday, June 8, 2012

Lumrah hidup


Petang semalam aku  buatkan  rainbow cake untuk Firdaus sempena  besday dia yang ke 7 tahun pada 6/6. Gambar di atas  adalah  bahan -bahan untuk membuat rainbow cake


 Salah satu  proses membuat rainbow cake
 Besday boy yang tengah  excited menyalin nama-nama bahan untuk membuat rainbow cake.
Suami aku juge memainkan peranan penting dalam proses membuat Italian meringue.Walaupun brutal dalam hati ada taman.kah kah kah 

Aku gagal dalam membuat rainbow cake.Aku tak kisah cuma Firdaus sedikit kecewa.Aku dah janji dengan dia nak belikan dia  besday kek. Aku takkan putus asa aku akan cuba  buat lagi rainbow cake sampai menjadi.Gagal sekali bukan bermakna aku akan gagal selama-lamanya.

Pengajaran ynag aku dapat dari rainbow cake aku yang tak  menjadi ni.
1) jangan membuat kerja secara  terburu-buru
2)Aturan membuat kek perlu dipatuhi

Bagi  aku orang berjaya dalam hidup  adalah
1)orang yang berani mengaku kesilapan  diri sendiri
2)orang yang tak kenal erti penat dan susah
3)orang yang tak kenal erti putus asa
4)orang yang  berani gagal

motip aku bagi tahu ciri-ciri  orang yang berjaya dalam hidup.la la la


Happy besday Firdaus semoga jadi anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara.Mak tak de hadiah untuk firdaus mak tujukan lagu boleh : ) 

Andai dapat kugapai bintang di awan biru
kan kuhadiahkan kepada mu
andai dapat kugapai bulan mengambang penuh 
kan ku hadiahkan dihari jadimu
begitulah janjiku kepada mu





Thursday, June 7, 2012

tak ade logika

Pagi tadi aku berjaya mengeluarkan  handbag  seorang  yang berpangkat doktor  dari dalam almari  besi yang berkunci.Dia gembira tak terkata dia tidak  putus-putus memuji kebijaksanaan aku.

Dua tiga hari lepas dia bermasalah guna excel  aku berjaya menyelesaikan masalah dia. Dia gembira tak terkata dia tidak  putus-putus memuji kebijaksanaan aku.

ucaplah terima kasih , atau diam atau aku sumbat mulut dia ngan  penutup botol.

Tak logik langsung orang yang  berpendidikan tinggi nak petik -petik aku yang bersekolah setakat SPM ni bijak pandai atau  perkataan seumpama dengannya . Boleh tak jangan guna ayat  yang membuatkan  aku tidak  berpijak dibumi nyata. Otak aku ni susah nak terimalah ayat yang berunsurkan bodek-bodek ni.la la la la

peha aku tak nak bagi ; betis pun aku tak nak bagi

"ayang  hari ni  besday abang tak de ape -ape yang istimewa ke?"  kalau macam tulah bunyi  sms yang suami aku hantar kat aku , aku bajet dua
1)suami aku dah buang tebiat
2)suami aku dah ada awek lain.la la la la

cerita di atas tak de kene mengena ngan tajuk hari ni. la la la


 Arwah ayah  ada sewakan  flat  dia  kat satu Indon kelamin.Flat tingkat 1 bilik dua  sewa RM 300 sebulan  aku rasa dah kira murah banget.  Masa yuyi  jaga arwah ayah aku sakit, duit sewa rumah tu  aku  suruh dia  kutip lepas ayah  meninggal dunia ,  yuyi suruh  aku  plak  mengambil alih tugas mengutip  duit  sewa rumah.

Di pendekkan cerita penyewa aku ni ada perangai  kebabian sikit . Setiap kali aku pegi kutip duit sewa rumah setiap kali tulah dia nak menunjukkan bakat lakonan dia yang terpendam .
Bulan lepas dia  nak pinjam RM50 dari duit rumah sewa ,  nampak lebih kebabian disitu tanpa izin aku laju je dia  memasukkan   RM50 aku   kat celah coli dia yang berwarna hijau pucuk pisang, nasib baik tangan aku bertindak mengikut arahan dengan pantasnya tangan aku merampas kembali  RM50 tu. Dia ingat dia cerdik  dia belum kenal aku siapa.la la la

Petang semalam  dia cuba nak buat hal lagi , macam-macam dia mengadu kat aku

SKRIP SEINDAH SAKURA VERSI INDON

penyewa : akak jamban ngan bilik air rumah ni sumbat

Aku : apa kena mengena ngan aku plak (sambil tu tangan aku laju je memasukkan duit sewa RM300 ke dalam handbage LV aku) *matik pakai LV*

Penyewa : kak dah dua botol saya buang acid dalam jamban , masih sumbat. rugi saya  beli acid sebotol RM18

Aku : so what!!!!!!  hari tu ko kata bil indah water aku yang kena bayar, habis tu sekarang ni  tahi   ko dah menyumbatkan jamban tu aku plak nak kena kasi berseh.ada aci ke?

Penyewa : habis tu cam mana kak?

Aku : cam mana cam mana apa guna laki ko, suruhlah dia betulkan. Dulu aku duk sini jamban ngan bilik air sumbat aku sendiri betulkan .

Penyewa : saya panggil orang betulkan yang sumbat tu, sapa yang nak bayar kak?

Aku : ko lah bayar.Masa aku bagi ko sewa rumah ni semua berada dalam keadaan okeykan jamban ngan bilik air tak sumbatkan. Sekarang ko yang buat sumbat ko yang tanggung kos membaik pulih kerosakan,  ini aku punya law .

Penyewa : teruklah akak ni. sengeh-sengeh

Aku : Ko setuju ke tak? kalau tak aku bagi kata 2  kat ko

1) aku naik kan sewa RM400 sebulan
2)ko beram............(sambung sendiri) dari rumah aku ni , aku rela rumah ni usang dimamah anai-anai dari nak tanggung kerugian. Selama ni pun bukan  duit rumah sewa ni menanggung makan minum keluarga aku.


Aku suruh dia fikir masak-masak  sebelum aku berubah fikiran.cilakak punya orang kira dah baik aku  bagi ko sewa rumah.






Sekadar luahan hati

Dah lumrah manusia   kalau  di bagi peha nak betis plak. Apasal betis lagi sedap dari peha ke? bangang.the moral of the story "JANGAN SESEKALI KASI MUKA KAT ORANG "

Thursday, May 3, 2012

skema-suka tak?


 Salam kengkawan

Hye hari ini saya buat sarapan roti telur bermayonis ngan bercili sos. Anak-anak saya suka makan roti telur ni.Jenama roti ni saya  tak boleh bagitau nanti ada pembaca blog ni marah plak .


  Ini untuk family saya dirumah
  
Hari ni saya bawa bekal roti telur  bermayonis ngan bercili sos

Skema tak? , aku  rasa mesti ramai yang suka  gaya penulisan cam ni  . Dulu ye aku percaya yang blog adalah medium untuk aku meluahkan perasaan , selepas hampir  4  tahun berblog   sedikit demi sedikit aku dapat rasa yang blog bukan lagi medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan atau bercerita  sebarangan .  Macam manalah aku nak meluahkan perasaan dalam blog ni, sedangkan  aku sebut  jenama roti yang aku  guna je , dah ada pengomen yang tak senang hati , identiti pengomen tu rasanya tak penting aku nak  bagi tahu pun, buang masa. Siapa  pembaca setia blog ni mesti tahu yang aku  guna pelbagai jenis roti yang suci lagi halal,  waima roti benggali pun aku guna gak. Pada  pengomen semua  ,korang boleh tinggalkan apa saje  komen tapi kalau boleh biarlah komen korang  tu tak menjatuhkan air muka orang lain. Kadang-kadang tu aku sedikit  kecewa, nama je    blog  sendiri tapi  apa saje  yang aku nak cerita kat sini  kena aku tapis dulu sebelum aku publish, aku rasa dah macam menumpang blog orang lain plak : (

Sudah banyak kali aku pesan kalau nak berblog biarlah ikhlas janganlah tinggalkan komen kat blog orang  semata -mata nak orang  tinggalkan komen kat blog kita. Aku mengakulah aku tak de masa nak buat blogwalking setiap hari, tapi bila ada kelapangan masa aku pasti  buat  kunjungan balas ke blog kengkawan. Siapa yang dah lama jadi  pembaca dan pengomen setia blog ni dah dapat agak  masa bila aku berblogwalking. Kalau korang nak tahu  siapa pembaca setia blog ni  , sila lihat senarai pengomen tegar kat belah kanan blog ni. Terima kasih kepada  semua pembaca blog  ni.

Aku  berblog ni  saje  buang masa dan  happy kenal ngan rakan maya, itu je. Jangan ambik serius sangat ngan apa yang aku cerita kat sini, tak enaklah.

Sekian saje untuk hari ni, anggaplah saja cerita aku  hari  ini  sekadar  melegakan hati yang lara.

Thursday, April 12, 2012

Cara-cara yang terbaek untuk mulakan blogwalking-sila patuh arahan

Salam kengkawan...

Jangan malas-malas pagi ni, ayuh bangun, memon nak bagi tips terbaek untuk berblogwalking, bukan senang nak dapat tips dari memon, memang bertuah sangatlah sapa yang dapat tu *bajet tok bomohkan*

Okey kengkawan semua dah get ready, sila pakai tali pinggang keselamatan kengkawan

1)buka komputer atau lappy atau yang bersamaan dengannya

2)buh 3 atau 4 keping roti benggali

3)cedokkan 4 atau 5 sudu sambal sotong balance semalam




4)Ambik sekeping roti bengali cicahkan kat sambal sotong tadi, kemudian ngap masuk mulut .yummy , bila perut kengkawan dah rasa agak kenyang , barulah kengkawan mulakan berblogwalking, confirmlah ngan perut kenyang saje blogwalking kengkawan menjadi-jadi mantop. Cuba ye, jangan tak cuba tips memon ni , terbeak, bak kata yuyi boboboy terbaek : )

Baru mukadimah ni, belum masuk point utama, next time bila free memon sambung ye *ayat nak kena sepak*


Kengkawan silalah beli roti benggali terbaekkan gebu mantop rasanya yummy yummy, murah pun murah. Apa????? gelilah dorang uli tak pakai tangan , tak tutup rambut, alahhhhhhhhh masa beli tutup mata jelah : )


Mulut memon ni dari semalam nak bagitau sesuatu kat kengkawan, kalau tak bagitau tak boleh, cam ngenyam-ngenyam je mulut ni. Okey memon bagitau ye, memon sebenarnya terlampau gelihati sampai ketiak bila terbaca statement Aaron Aziz happy yang sangat bila Datuk Hishamuddin ucap tahniah atas kemenangan dia sebagai bintang paling popular 2011 kat twitter.Doniya doniya


Pesanan Memon wat Zed Zaidi : simpan jelah ketidakpuasan hati kamu tu, susah nak bagi penerangan kat orang kita ni, sampai esok pun tak sudah. Tengok saje cite memon kat sini, ramai yang tak paham, tak pun tak baca terus komen. Memon malas nak ambik port, janji memon fofular *bajet bajet*

Saturday, April 7, 2012

killing two birds with one stone : pukul anak sindir menantu


Dua hari ni mood fasha berantakan, fasha bengang  ngan seorang kawan pompuan  ni, fasha kategorikan dia sebagai kawan yang paling hipokrit, pendek kata datang dia fasha tak undang, pergi dia fasha tak halau, dia je tak malu nak menempel kat fasha. Berani dia ,selepas merobek-robek hati fasha ngan belati tajam, boleh plak dia ngendeng kat fasha  semata-mata nak tunjuk sms yg bagitau anak dia  diterima masuk ke salah sebuah sekolah terbaekkk kononya. Anak fasha masuk unibersiti pun fasha tak kecoh.opsss Sudahlah sampai bila-bila Fasha tak akan lupa perbuatan dia yang  nak  tegur kesalahan  Fasha , tapi tujukan  kat kawan fasha, sedangkan  pada masa tu Fasha  berada kat tempat tu dalam jarak yang tak sampai 2 meter ngan dia.Apa dia  ingat Fasha ni patung cendana ke, tunggul kayu tak de perasaan , fasha dah tua bukan budak -budak kecik dia nak wat cam tu.. Kalau nak marah atau tegur Fasha , kenapa tak terus tuju kat Fasha, perbuatan dia tu umpama pukul anak sindir menantu. Jujur fasha katakan ,perbuatan  pukul anak sindir  menantu tu  , selalunya   dilakukan oleh orang -orang yang  tidak  bertanggungjawab dan hipokrit. 

Dulu kini dan forever  fasha anggap dia seperti lalang yang melentuk ke sana ke sini apabila ditiup angin, lebih tepat lagi dia pompuan yang tak de pendirian. Maaf cakap  perbuatan dia main sorong papan tarik papan ngan sesuatu tu, membuatkan  fasha bertambah +++  meluat ngan dia. Kengkawan ni bukan sorok papan tarik papan, buah keranji dalam perahu ye . Kelakar sangat bila fasha teringat perihal dia  yang nak letak jawatan tapi  bos tarik balik surat perletakan jawatan dia tu, kononnya bos sayang sangat ngan dia 
sampaikan tak bagi dia  meletakkan  jawatan. Sorry to say , budak kecik pun tahulah tujuan  dia nak meletakkan jawatan secara tiba-tiba tu , I don't like you (baca cam Shah Rukh Han mengejek Kajol dalam filem Kuch Kuch Hota Hai) 

Fasha salutelah ngan dia , orangnya pandai, berjawatan tinggilah juge, speaking berabuk -rabuk , tapi apalah guna semua tu sekiranya  tak pandai menjaga hati dan perasaan sesama manusia, lebih lagi sesama  muslim. Serius cakap Fasha tak suka sifat dia yang suka menegur dan marah  orang lain  tak kira tempat, manusia mana  yang suka diperlakukan begitu. Paling kelakar bila sorang  India tu bagi tau ngan dot dot "itu orang sekarang , talepon cakap omputih , semua pun cakap omputih", patut pun  dia cakap cam tu, bila ada je orang baru yang berkelulusan ijazah diterima masuk  kerja kat tempat dia, mulalah dia nak mengerek-gerek, cakap omputih berabuk-abuk sampai terpeliot lidah sorry to  fasha meluat ngan orang melayu sesama melayu bersusah -payah  sampai terpeliot  lidah nak cakap omputih. Fasha tahulah  budak baru tu  berkelulusan tinggi dari dia, kenapa dia nak rasa  rendah diri  .Fasha naik segan plak bila  nengok budak baru yang fasih berbahasa english  membalas percakapan dia dalam Bahasa Malaysia, dia tak  rasa ke yang budak baru tu walaupun fasih berbahasa english tapi lebih selesa mengunakan Bahasa Malaysia.  Saat -saat cam tu mulalah fasha nak nyanyikan lagu  "GUNALAH BAHASA KEBANGSAAN KITA"  tuju kat dia.

Lawak paling kelakar , dengar perbualan dia  ngan kengkawan opis , masa tu  dia  baru je  balik dari rumah kawan dia  yang duk luar negara , 

dia : barang yang dalam petiais rumah kawan aku tu , tak de dalam peti ais rumah kita , dalam peti ais rumah  kita penuhnya  sos cili ngan botol kicap je. Kelakarkan dia  bajet nak bagitau  benda bodoh ngan fasha. Lagi satu fasha pelik ngan dia suka nak kecoh bagi tau ngan semua orang yang kebanyakan kawan-kawan dia  berjawatan tinggi. Satu hati  tu fasha ketawa hampir nak menitiskan air mata bila dia  cakap kat  Fasha "fasha, aku tengok kat facebook ko ,kawan ko ramai  gak peguam ye". Dalam hati fasha  "ko je bajet bagus nak bagitau semua orang sapa kengkawan ko".*tangan urut dada, mata pandang kat atas*

Dah lah fasha malas lagi naik ingat pasal dia,  sekarang ni hati fasha dah lega sebab dah luahkan semuanya kat sini. Fasha harap sangat dia baca luahan hati fasha ni, semoga dia berubah kepada bentuk asal. kah kah kah 
Rilek rilek lepas ni fasha nak fokus memasak, sekejap lagi anak-anak fasha balik "mak saya datang nak makan", cam terngiang-ngiang je suara anak-anak fasha.Fasha cadang nak masak, tomyam, kangkung goreng belacan ngan asam  pedas kepala ikan(kepala ikan masak asam pedas tu request by yuyi, selepas  baca cite fasha kat sini) oppsss tertulis bahasa omputih plakkkk



sapa fasha?fasha ngan memon adalah orang yang sama,  saje bajet retis ,tu yang guna nama Fasha .


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG




Tuesday, April 3, 2012

surat terbuka untuk cikgu memon.cikgu memon ngan memon bukan orang yang sama

Kengkawan jangan *tanjat memon* kebetulan nama cikgu Firdaus , cikgu memon. Dunia ni kecikkan, sana sini memon tiba-tiba je nama cik Firdaus cikgu memon *sumpah memon tak tipu* nama cikgu Firdaus cikgu memon, tak caya hubungi sekolah Firdaus . kengkawan perasan tak?, jarang dapat jumpa orang  yang  nama memon ni mempunyai wajah persis iras Fasha Sandah atau Fazura, larikkkkkkkkkkkkkk

Berbalik pada niat memon yang asal , Please cikgu memon bagilah baju sukan Firdaus tu cepat, masuk ni dah dua kali memon bayar duit baju sukan tu, bayaran kali pertama, cikgu memon dakwa tak terima , suami memon bayar kali kedua , sampai la ni pun tak terima baju sukan tu. Cian Firdaus nak masuk 1/2 tahun , setiap kali  PJK  tak merasa pakai baju sukan,  cikgu memon sendiri tau yang  budak-budak teruja ngan baju sukan, mereka terasa diri mereka  tu cam atlet sukan negara bila memakai baju sukan : )

Buat pengetahuan cikgu memon, kerusi opis yang memon order bulan lepas dah pun sampai pagi tadi, kerusi tu dah pun memon resmikan . #motipnakmenunjuk-nunjukkerusi
Memon malulah ngan Firdaus setiap kali ada PJK dia tanya pasal baju sukan, naik jemu memon explain "baju sukan mak dah beli, cikgu memon tak kasi lagi* hampir beratus kali memon kena explain perkataan yang sama, lenkali  memon nak record je perkataan tu.Cikgu memon tolonglah bagi baju sukan tu , sebelum memom usulkan hal baju sukan ni ke kementerian kesihatan atau kementerian sukan *babing ko memon apa kena mengena baju sukan ngan kementerian ni semua*

sekuis me ni bukan panau, ni kesan melecur kena cerek panas


ni semua gara -gara cikgu memon, sekiranya dia bagi baju sukan tu cepat, tak de Firdaus tanya aku banyak kali pasal baju sukan, bila dia tak tanya banyak kali, mesti memon tak melecur, apa-apa pun kalau dah nak kena nak wat cam mana, dah tak dapat nak elak lagi.


Akhir kata , memon sudahi kata-kata semangat untuk cikgu memon, bagilah baju sukan Firdaus dengan segera jika cikgu menyokong majulah sukan untuk negara.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina