Showing posts with label Kisah tempat kerja. Show all posts
Showing posts with label Kisah tempat kerja. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

emas ke masa tu?

Aku rasalah daripada kau melalak bagitau setiap orang yang kau banyak kerja  dan sibuk 24 jam  aku cadangkan lebih baiklah kau   berhenti kerja kata sibuk  pergilah  siapkan kerja kau.


Aku dah bosanlah tengok kau punya drama swasta.

Tuesday, April 3, 2012

surat terbuka untuk cikgu memon.cikgu memon ngan memon bukan orang yang sama

Kengkawan jangan *tanjat memon* kebetulan nama cikgu Firdaus , cikgu memon. Dunia ni kecikkan, sana sini memon tiba-tiba je nama cik Firdaus cikgu memon *sumpah memon tak tipu* nama cikgu Firdaus cikgu memon, tak caya hubungi sekolah Firdaus . kengkawan perasan tak?, jarang dapat jumpa orang  yang  nama memon ni mempunyai wajah persis iras Fasha Sandah atau Fazura, larikkkkkkkkkkkkkk

Berbalik pada niat memon yang asal , Please cikgu memon bagilah baju sukan Firdaus tu cepat, masuk ni dah dua kali memon bayar duit baju sukan tu, bayaran kali pertama, cikgu memon dakwa tak terima , suami memon bayar kali kedua , sampai la ni pun tak terima baju sukan tu. Cian Firdaus nak masuk 1/2 tahun , setiap kali  PJK  tak merasa pakai baju sukan,  cikgu memon sendiri tau yang  budak-budak teruja ngan baju sukan, mereka terasa diri mereka  tu cam atlet sukan negara bila memakai baju sukan : )

Buat pengetahuan cikgu memon, kerusi opis yang memon order bulan lepas dah pun sampai pagi tadi, kerusi tu dah pun memon resmikan . #motipnakmenunjuk-nunjukkerusi
Memon malulah ngan Firdaus setiap kali ada PJK dia tanya pasal baju sukan, naik jemu memon explain "baju sukan mak dah beli, cikgu memon tak kasi lagi* hampir beratus kali memon kena explain perkataan yang sama, lenkali  memon nak record je perkataan tu.Cikgu memon tolonglah bagi baju sukan tu , sebelum memom usulkan hal baju sukan ni ke kementerian kesihatan atau kementerian sukan *babing ko memon apa kena mengena baju sukan ngan kementerian ni semua*

sekuis me ni bukan panau, ni kesan melecur kena cerek panas


ni semua gara -gara cikgu memon, sekiranya dia bagi baju sukan tu cepat, tak de Firdaus tanya aku banyak kali pasal baju sukan, bila dia tak tanya banyak kali, mesti memon tak melecur, apa-apa pun kalau dah nak kena nak wat cam mana, dah tak dapat nak elak lagi.


Akhir kata , memon sudahi kata-kata semangat untuk cikgu memon, bagilah baju sukan Firdaus dengan segera jika cikgu menyokong majulah sukan untuk negara.

Monday, March 26, 2012

Memon suka Ultraman ngan Power Rangers

Cite memon pendek je hari ni, sebab ada orang tu dah take over cite yang panjang lebar. Bila dah baca cite yang panjang lebar, otak memon tetiba je beku, hilang idea nak buat cite panjang. *letak tangan kat dada mata pandang ke atas*

Kalau undang-undang tu diujudkan hanya memberi keuntungan pada sebelah pihak sahaja , dah tentu tentu memon membantah. Bak kata suami memon, undang-undang tu diujudkan untuk dilanggar.#dahsahgansterkampungdusun#  Zaman memon kecik sampailah ke zaman persekolahan dan sampailah ke hari ni , memon kuat memberontak, memberontak memon bersebab. Memon dah fikir masak-masak , mulai dari hari ni memon akan bawak bekal ke tempat keja.

Dalam hidup memon tiga perkara je yang lepas memon  buat , memon rasa memon  hipokrit gila gila.

1)wish good morning ngan bos di tempat keja-memang jaranglah nak wish-kalau wish cikgu memon tak kisah sebab cikgu bagi memon ilmu
2)terpaksa menyambut salam tangan lelaki Islam yang bukan muhrim, hati memon mulalah meyumpah seranah-kalau yang bukan Islam memon maafkan sebab dorang tak tau. memon tak delah alim sangat, cuma memon rasa kekok tak biasa.
3)terpaksa membalas  good morning dari orang Islam.

Pendekkan cite memon hari ni : )

memon punya

Kak limah punya

Pemberontak kedua seorang pemakan cili api tegar.






Cili api kampung & cabai burung ; Memang patutlah memon gelarkan perempuan ni bizibody, Pagi lagi dah sibuk nak ambik tahu kat mana orang parking kereta . Kecik-kecik lagi dah bizibody tak sesuwai.

Thursday, March 8, 2012

Air kotak nescafe terbaek

Semalam aku ada cite yang kat tempat keja aku ni dilarang membawa makanan dan minuman dari luar, semua pekerja kena makan kat kantin yang pihak syarikat dah sediakan atau makan kat luar dari kawasan tempat kerja. Sabau jelah ,

Banyak -banyak komen aku tertarik dengan komen saffiyah Aleesya seperti di bawah : -

ermm leceh gak kan sampai tak boleh bawak makanan n minuman ni..tapi kan kadang2 undang2 bengong camtu baru2 jer panas pastu ermm segala jenis makanan leh angkut masuk hehehe

komen dari saffiyah ni ada gak kebenarannya, kat mana-mana pun undang -undang bengong camtu masa baru-baru je panas, kita tengok je nanti lagi dua atau tiga bulan.


minum cara cam ni terasa cam curi-curi minum dalam bulan puasa plak.

Akibat dari larangan tu aku terpaksa minum air nescafe dalam kotak(baik punya cilok) minum sambil berbual kosong ngan ratu kebaya. sila jangan percaya, tak de maknanya ratu kebaya nak sembang ngan aku, nampak tak dia tengah tekun bekerja.

Hari ni lunch ngan kawan-kawan kat luar. Oh tuhan sampai bilakah aku harus makan kat luar, tak sukanya..................

Sebenarnya aku tak berapa suka minum cendol, lepas minum mesti kepala aku pening pening lalat, entah cam mana tadi aku boleh plak order cendol. Bila fikiran ngan perbuatan aku tak seiring mulalah aku menyampah ngan diri sendiri. Pernah tak fikiran korang ngan perbuatan tak seiring?kui kui kui

Alhamdulillah, aku tak cerewet pasal makan, cuma  kalau boleh aku tak nak terserempak ngan mix vege dalam apa saje makanan, . boleh gitu.

Thursday, January 19, 2012

selepas 16 tahun

16 tahun aku simpan bengkek, hari ni aku terpaksa luahkan, korang pernah dengar ke ayat bengek?kah kah kah . Semoga dia ......baca blog aku hari ni. Dia mesti pernah baca blog aku , kalau tidak masa kan, time aku puji  dalam blog, dia boleh senyum bila bertembung ngan aku, time aku kutuk, dia menjeling plak,  doniya !  doniya ! cam tu lah perangai manusia bila kita puji atau cakap yang baik -baik pasal dia tak pernahlah nak kenang atau ucap terima kasih, sekali kita kutuk sampai mati dia ingat : (

Company aku bekerja ni setiap kali tahun baru, bulan january ada kenaikan gaji. Setiap kali itulah aku dengar diolog yang sama dari mulut dia. Mungkin dia dah hafal diolog tu sepanjang malam , cam ni dialog dia "saya dah sedaya upaya naikkan gaji u, ini  je saya termampu buat, yang lain mc atau cuti u kena jaga , sebab pengurusan tengok tu semua"  16 tahun  dengar diolog yang sama, ada satu ketika sampai mulut aku nak terlepas cakap "u tak jemu ke guna diolog yang sama?. Aku pun naik meluat ngan diolog tu, apatah lagi dia, kah kah kah , kadang-kadang rasa nak sumbat mulut dia ngan petola pun ada.

Masalahnya sekarang, selama ni  tak pernah lagi aku komplen  pasal kenaikan gaji . Bila aku tak komplin , dia  sibuk nak jawab, sekarang ko jawap pertanyaan aku ni, kenapa beberapa tahun dulu aku jarang ambik mc ngan cuti, kenaikan gaji aku sama je macam sekarang ni, pendekkan cite 16 tahun keja dapat kenaikan gaji yang sama, ko simpan rekod ke tak ni, atau ko sibuk  hafal diolog yang sama tu je.kah kah kah, next year tukar diolog lain ye, mak marah ni.

Habis satu bab , ini lagi satu bab buat aku bengkek, budak  keja kat sini  tak sampai setahun ,ada kelulusan ijazah, degree dan kelulusan yang setaraf denganya sibuk nak bertanya macam tak puas hati ngan aku dan kawanku yang bergaji tinggi. Perlukah aku bagi penjelasan yang aku ngan kawan aku tu dah keja 16 tahun   mendapat pendapatan yang sama ngan dia yang keja tak sampai setahun, dia tak rasa terhinakah nanti ngan penjelasan aku tu : ( Mengapalah manusia tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang dimiliki, sedehnya. Perlukah aku jelaskan lagi yang gaji permulaan aku bekerja kat sini RM490, gaji permulaan dia  menyamai gaji 16 tahun aku keja kat sini .kah kah kah , pi mai pi mai tang tu.


Habis satu bab, ada lagi satu bab sampai sekarang aku tak paham ngan orang yang sibuk nak mempertikaikan kemampuan orang lain memiliki sesuatu barang yang boleh dianggap mewah. Masalahnya sekarang ni sekiranya orang yang beli barang tu , memang orang kaya, dia taklah sibuk nak ambik tahu, cuba yang beli barang tu tak berkemampuan pada pandangan dialah, mula dia sibuk nak tanya orang tu keja kat mana, berapa gaji orang tu sebulan. cutun betul!!!!!!!!!!!!!! boleh tak ko pegi mati...........detektif conan pun tak cam tu.


Habis satu bab , masuk bab Islamik sikit, ada sorang ni barulah berjinak-jinak  bertudung masa umur dah nak senja, tak kisahlah janji dia berubahkan. Masalah bila dah berjinak kearah kebaikan tu, dah pandai plak mengharam-haramkan tudung ni tak boleh pakai , tudung cam ni haram, hello adik manis bak kata Firdaus, Masihkah ko ingat sewaktu umur senja ko pakai skirt , tak de seorang hamba Allah pun sampai hati nak haramkan skirt ko. Bila dah berubah kearah kebaikan tu , rasanya lebih manis kalau menyeru orang kearah kebaikan dari sesuka hati melabel yang  itu haram  yang ini haram.peace no war.kah kah kah kah kah : )


Hari ni hati aku lega sikit , selepas meluahkan segala kebengkekan selepas 16 tahun bergelumangan ngan rasa bengkek. Semoga tahun depan dia tu tukar diolog, tak pun  diam je, cam tu  hati aku tak delah  bengkek sangat. Kadang-kadang kita lebih tenang bila  seseorang tu diam dari bebel tak tentu pasal tentang hidup orang lain atau kita.kah kah kah

Saturday, December 17, 2011

Masak kari sotong cara mudah lagi sedap : saya yang menurut perintah

 Salam hari Jumaat..................

Jangkanya  petang semalam  nak update  blog,  tertangguh sampailah ke hari ni, ni semua gara- gara blogspot yang tak bagi  update  guna  format lama, aku blur , kekok bila  guna format baru ni. Semalam aku half day, balik keja  terus temankan  kak limah mencari aksesori bollywood, sebab malamnya  dia ada  fashion show, Ada je yang  membantutkan usaha aku  nak update blog,sampai je rumah lepas melayan kak limah cari aksesori, aku kena layan bos kecik ; Firdaus, baru je nak duk depan lappy, kain baju menimbun yang dah siap basuh dalam bilik air tu,  menjerit mintak dibilas, dekat nak  setahun pengering  washing machine   rosak, terpaksalah bilas guna tangan , nak beli washing machine  baru,  rasa membazir plak, bersabau je lah : )

Fresh from farm ,  dapat berita yang kak limah menang tempat kedua dalam pertandingan bollywood fashion show. kah kah kah , tak sia-sia ko jah habiskan duit  50,0000 rupiah  menempah  baju lenga tu, belum masuk bayaran juru make up profesional lagi, tapi tak pelah janji hadiahnya lumayan,  tajaan   penjagaan badan selama setahun, sapa tak nak?. Tak sia-sia aku temankan ko jah,  beli subang berlian petang tu.kah kah kah


Terharu , kak limah  mengondol hadiah tempat kedua pakain tercantik .


















Credit  pada ratu kebaya, sudi twit gambar kak limah ni. Tak sia -sia mentor bagi sokongan moral berlipat kali ganda tuk  protege.kah kah kah. Mulanya kak limah down gila gila, bila dengar  para peserta dari negara luar hebat -hebat belaka, setelah aku asah otak dia  guna parang tajam , barulah dia bangun semula ngan semangat berkobar-kobar cintakan Malaysia , apa kena mengena plak Malaysia ngan ini gambar.kah kah kah.  Satu je pesan aku,  kalah menang  adat pertandingan, tak payahlah  nak duk fikir  sampai tak boleh tido malam,  yang penting  keyakinan diri mesti ada, sapa tahu rezeki Allah SWT , ye dak?

Maaf gambar peserta lain dalam pertandingan tu aku tak dapat nak  tepek,  sebab  aku tak  hadir kerana pada masa yang sama aku menghadiri jamuan makan malam ngan kak ros.Kalau nak lihat peserta yang lain kena tunggu  ratu kebaya update.

Sebelum dinner ngan kak ros semalam , sempat lagi aku masak kari sotong ngan lempeng kosong , dah lama sebenarnya tak masak kari sotong, takut tak menjadi je, bila suami puji kata sedap , tak tentu arah dibuatnya rasa masa tu gak  nak  update resepi. Tak tahu lah samada kita perasan atau  tak?, kita rasa  bangga /terkembang semacam je kalau suami ngan anak yang bagi pujian,  orang lain puji tak delah kita rasa bangga semacam tu.

Jom layan kari sotong ...........yang suami kata sedap sangat tu, hurmmmmmmmm



Kali ni aku guna sotong katak, sotong ni hasil tangkapan kawan  suami minggu lepas. Sotong ni lembut sedikit kalau nak dibandingkan ngan sotong kurita.Cerita lebih lanjut pasal sotong lenkali aku cerita ye. Bersih/siang/potong sotong katak, cara memotong  sotong ikut citarasa masing-masing ye. Didihkan air yang dicampur sedikit garam, celurkan  sotong sebentar, anggaran  1/2 minit, angkat dan  tuskan,simpan air lebihan  mencelur  sotong,



Bahan-bahan untuk masak kari sotong


1)bahan utama mestilah sotong, anggaran 1/2 kilo-tak kira apa jenis sotong, janji boleh makan dan halal.
2)hirisan 3  ulas bawang putih dan merah ; hirisan 1/2 inci halia dan kunyit
3)1 tangkai daun kari
4)3 kuntum bunga lawang
5)1 sudu kecil rempah campur-terdiri dari biji sawi, jintan manis &putih & halba.
6)bancuhan 1 1/2 paket rempah kari Adabi
7)lebih kurang 50 ml perahan air asam jawa
8)sotong yang sudah dicelur dengan  air lebihan mencelur sotong


Cara-caranya 

Tumis  bahan 2, hingga naik layu, diikuti ngan bahan 3,4,5 tumis  hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak.Bila rempah dah pecah minyak, masukkan sotong , kacau hingga rempah ngan sotong bergaul mesra, kemudian curahkan air lebihan mencelur sotong tadi(quantity air bergantung  pada citarasa masing-masing, samada nak kari pekat atau cair,) aku suka kari yang pekat , aku buh  sedikit je air tu, akhir sekali masukkan perahan air asam jawa, biar kari mendidih sebentar, perasakan ngan sedikit garam dan  gula. Kalau suka boleh buh sedikit parasa. Nota kaki : jangan celur sotong dan  didihkan kari  sotong tadi terlalu lama, takut sotong jadi liat. Proses mencelur ngan mendidihkan kari sotong  aku ni, ambik masa tak  lebih dari seminit, tapi bergantung jugak  besar mana potongan sotong korang, aku pilih jalan selamat dengan memotong kecik sotong tu : )





Nampak tak bos kecik sedang baring atas lantai tu ? dia tengah menunggu aku buat teh , siapkan lempeng ngan kari sotong dia, aku plak gedik  ambik gambar makanan  , bos dah lapau siap  sound aku  "mak dah siap ke belum ?, mak buat apa ambik gambar dulu?" Geram je , tak boleh  tengok aku duk senang lenang. 

Sedap jugak layan lempeng  ngan kari. sotong.Aku terkembang lagi bila suami puji lempeng ni sedap. oooo   lempeng ni sedap gara-gara   bancuhan lempang  tu dari  campuran  tepung gandum ngan  tepung naik sendiri, bukannya  suka-suka nak campur, sebab tak cukup tepung  gandum lah aku campur..Nampak gayanya resepi  lempeng ni kena kekalkan  :  )

Lempeng campuran tu tak cukup.....................akan bersambung episode akan datang.......

Saturday, November 26, 2011

show off sikit je

Salam hari sabtu...................


Tengah buat apa tu? aku baru nak masak.Korang tak tanya, aku nak gak bagi tau. Hari ni aku buat bihun goreng , nak makan ngan kawan-kawan kat taman bunga. kui kui kui .Seronok, dah lama rasanya tak pegi taman bunga.


Hari ni cerita pendek je,, tak larat lah , rasa penat sangat. Okeylah ye, sebelum beredar , sila baca pesanan penaja dibawah :)


Belilah roti massimo di kedai runcit dan pasaraya berhampiran, jangan lupa, ingat roti massimo ingat blog cik ina do do cheng. Macam bagus bagus. Saje nak show off, kah kah kah .




Jangan tenung yang lain, roti massimo tu fresh from oven.




Aku dengar, dorang dah meluaskan pasaran ke Penang.Hai! orang -orang Penang, jangan lupa pakat beli ramai-ramai.



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERCINTA.

Wednesday, November 23, 2011

SELAMAT DATANG KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN 6 JABATAN KERAJAAN

Salam hari rabu...............

Hari ni nebes semacam, time nikah pun tak nebes cam ni. Dari subuh tadi , pegang tu tak kena , pegang ni tak kena,ingat nak buat nasi goreng, tak jadi , last last beli breakfast kat luar.Bila dengar je orang gomen nak datang kat opis , terutama Jabatan farmasi ngan kementerian perdagangan, mesti aku nebes semacam, jumpa polis pun tak nebes cam ni.kah kah kah

Preparation dari senin bawaklah ke pagi ni, cuma tak bentang carpet merah je.kah kah
Kak limah kena buat preparation gak , dorang nak serbu tempat dia tengahari ni.





Kak limah tengah nebes ,kah kah kah



Tetiba je aku skema, aku selesa je pakai t shirt ngan jeans pegi kerja, hari ni kerna terpaksa kena pakai baju ikut protokol. Dalam ramai-ramai tukang sampah kat opis ni, aku yang paling selekeh,, tetiba plak hari ni kena pakai  baju ikut protokol, rasa cam pelik.kah kah kah

Semua dah get ready, tinggal tunggu dorang datang lebih kurang pukul 10 pagi.




Dr .CSY tengah nebes, 10 kali kulu kilir depan aku.


SEMOGA SEMUANYA SELAMAT DAN DILINDUNGI ALLAH SWT.

Thursday, October 27, 2011

Cleaner, sapu sampah bagai cum tea lady.

Salam hari khamis.................

Hendaknya panas sampailah kepetang, kalau nak hujan , biarlah malam, semoga Allah SWT makbulkan permintaan aku ni. Kain baju kat rumah tu banyak yang tak kering, cam mana tak kering sebab tak sidai lagi.Ampun jangan marah ye, tak sempat nak sidai pagi tadi, dah lambat.

Korang semua tahukan kat opis ni aku keja cleaner , selain cleaner aku gak tea lady. Kurang ajarkan tea lady sekarang sempat lagi berblog.kui kui kui . Berpuluh orang visitor/suplier dah merasa coffee buatan tangan aku. Setiap bangsa ada citarasa masing -masing dalam memilih coffee, bangsa cina suka coffee yang sedikit pahit dan kurang manis sama ngan omputih, bangsa bla bla nanti ceritalah, nak cite pendek je ni.

Aku tak delah sehebat suami , kalau nak dibandingkan bab bancuh coffee. Aku pun banyak belajar dari dia, dia dah biasa buat air kat cafe(cam bagus-baguskan)  MIL, semua jenis minuman panas dia pandai sediakan.



Air Coffee yang sedap, coffeenya terasa , berorama dan kalernya sedikit kegelapan..

Mula-mula sedikan dua biji cawan bersama alas sekali. Cantikkan cawan kat ofis.



Nak air coffee yang sedap tak????? Kacaukan nescafe ngan susu hingga sebati( macam buat kek plak) nampak cam dah sebati, curahkan air yang cukup mendidih.Kalau air tak cukup mendidih kang nampak je berbuih-buih timbul.



Tak payah nak rasa-rasa, Kalau air nescafe nampak pekat itu menandakan dah cukup manis dan sebaliknya, tak nampak pekat ngan mat kasar, tembok guna sudu cam aku buat dalam gambar kat bawah.




Tentang kek coklat InsyaAllah malam ni aku buat lagi, akan aku tepek resepinya, mana boleh lupa pada korang semua, aku tak suka kedekut -kedekut ilmu, biar susah sama susah, bila senang aku sendiri, larikkkkkkkkkkkkkk sebelum korang bengang.



Berjumpa lagi lain hari dan waktu, diharap segalanya di sini dapat dimanafaatkan bersama.InsyaAllah.





TEMBOK maksudnya témbok); menembok menyejuk­kan air panas dll dgn mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain).

tembok tu perkataan diiktiraf tu, takut ada yang tak faham. kui kui kui

Wednesday, October 5, 2011

kawan-kawanku-lihatlah dunia-kosmo -5/10/2011

Roti tempatan, keghairahan Itali





BAGI Lai Fei Siong, 31, tanggungjawab menjaga seluruh proses pembuatan roti bermula sejak pukul 8 pagi. Namun dia selalunya tiba lebih awal di Taman Perindustrian Pulau Indah di Pelabuhan Klang untuk mendaftar masuk tugas di kilang pembuatan roti, The Italian Baker.
“Kilang ini direka untuk beroperasi 24 jam. Namun, buat masa ini kami hanya beroperasi untuk tempoh terhad. Namun, saya akan berada di kilang pada bila-bila masa diperlukan.
“Ini kerana saya perlu memastikan setiap prosedur pemprosesan makanan berjalan lancar bagi memastikan roti ini sampai di meja sarapan pengguna.
“Ia satu tanggungjawab yang besar,” kata penyelia bakeri itu yang mengakui dirinya menggemari suasana kerja berasaskan makanan, khususnya roti.
Lai Feng memberitahu, terdapat 10 bahagian utama di kilang tersebut, bermula dengan bahagian pemprosesan roti sandwic Masimmo dan ban Duetto.


ROTI-ROTI ini melalui proses penyejukan sebelum ia dipotong dan dibungkus.


Gedung pemprosesan itu juga menempatkan ruang pejabat pemasaran, jualan, pembuatan, pergudangan, kejuruteraan, kualiti, penyelidikan dan pembangunan serta sumber manusia. Tidak terkecuali adalah bahagian pengedaran yang melibatkan lori-lori pengedaran.
Sesudah memberi penerangan asas, Fei Siong membawa masuk krew wartawan dan jurugambar ke dalam kilang dari ruang lobi yang juga menempatkan sebuah kafe roti The Italian Baker.
Walaupun proses pembuatan roti utama di kilang itu tidak melibatkan tenaga kerja manusia, pihak pengurusan tetap merekrut kira-kira 100 kakitangan untuk dibahagikan kepada dua hingga tiga syif kerja. Semua penjadualan syif itu dibuat untuk memastikan capaian pengeluaran yang lebih banyak, selari dengan faktor permintaan.
Dengan keluasan kilang sekitar 20,000 meter persegi, kilang The Italian Baker mula dibina pada tahun 2009 dan siap pada akhir tahun 2010.
“Operasi pemprosesan roti bermula pada awal tahun ini. Walaupun ia bukan dibuat di Itali, tetapi ia dihasilkan menggunakan keterujaan dan keghairahan pembuat roti di Itali!” kata-kata itu berulang kali diucapkan oleh Pengurus Besar The Italian Baker, Jimmy Chang Gee Sing ketika berada di ruang lawatan bercermin di kilang itu.
Roti dan ban


SEORANG pekerja bahagian bakeri memantau adunan doh sebelum dihantar untuk proses pembahagian.


Walaupun tidak dapat melihat secara dekat dan langsung proses pembuatan roti di The Italian Baker atas sebab kebersihan dan kesihatan, pelawaan ke sebuah bilik bercermin tetap memberikan suasana komprehensif.
Krew Kosmo! bukan sahaja dapat menyaksikan proses pembuatan roti dan ban dari dalam ruang berhawa dingin, malah dari sudut pandangan atas yang menunjukkan keseluruhan suasana operasi kilang.
“Di sebelah kanan anda ialah bahagian pemprosesan roti sandwic Massimo dan di sebelah kiri anda ialah ban berkrim Duetto. Pemprosesan kedua-dua roti sedikit berbeza dan masing-masing memerlukan kaedah, masa serta pembungkusan berlainan,” ujar Fei Siong.
Walau bagaimanapun, secara asasnya, setiap pemprosesan pembuatan bermula dengan penimbangan berat kandungan, pengadunan doh, pemisahan doh mengikut saiz, membakar doh, penyejukan dan akhir sekali pembungkusan.


DARI KIRI: Fei Siong, JImmy dan Pengurus Bahagian The Italian Baker, Eric Ong Poh Choy, menunjukkan produk yang menjadi kebanggaan mereka.


Di antara segmen kerja tersebut, beberapa kakitangan ditempatkan untuk memeriksa berat dan ketinggian roti. Mereka juga bertanggungjawab membuat pemeriksaan berkala bagi mengesan sekiranya terdapat pencemaran kandungan logam dalam roti.
Lazimnya, sebuku roti sandwic mengambil masa tiga jam untuk dihasilkan. Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna pihak pengilang memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sejumlah roti yang banyak.
Kecekapan mesin pembuat roti yang diimport dari Eropah dan Amerika di kilang itu mampu menyiapkan roti dalam jumlah yang besar, iaitu 10,000 buku roti sandwic sejam dan 24,000 biji ban setiap jam.


DOH yang siap diadun dengan bahan mentah akan difermentasi selama empat jam sebelum dihantar ke ketuhar untuk proses membakar.


“The Italian Baker menghasilkan 40,000 buku roti sandwic Massimo dan 24,000 ban Duetto sehari. Ini angka permulaan kerana kami hanya beroperasi pada syif yang terhad iaitu 12 jam sehari dan ia mungkin dikembangkan mengikut permintaan pada masa hadapan kelak,” ujar Fei Siong sambil menunjukkan barisan roti Massimo yang tersusun di atas dulang berputar untuk proses penyejukan.
Di atas dulang berputar itu sahaja terdapat 10,000 buku roti. Semua roti itu menunggu masa untuk dihantar ke empat buah mesin pemotongan dan pembungkusan roti. Bagi roti ban Duetto pula, mesin yang hampir serupa menjalankan ‘tugas’ meletakkan krim sebelum pembungkusan.
Memulakan operasi pembuatan roti pada 21 Mac lalu, The Italian Baker, menurut Jimmy Chang telah membabitkan pelaburan sebanyak RM120 juta dengan keutamaan diberikan kepada mesin-mesin yang diimport dari Amerika dan Eropah.
Selaku syarikat subsidiari Federal Flour Mill (FFM), yang lokasi kilangnya juga bertempat di Pulau Indah, Jimmy mengakui pihaknya mudah mendapat bekalan bahan mentah.
“Jadi, kami bukan sahaja menjimatkan masa dari segi pengangkutan, malah dapat memberikan harga roti yang lebih murah kerana dapat menjimatkan kos logistik dan bahan mentah tersebut,” katanya.






Friday, September 23, 2011

petua ngan gathering

Salam 1 Malaysia...............


Akak minta maaf ratu terpakai salam ko, dah kehabisan idea. Mesti ramai yang dah rindu ngan blog ni kan sebab seharian tak bersiaran semalam. Lagi bajet femeskan, jangan muntah ye, kalau nak muntah selepas ni. Jangan risau ye kawan-kawan aku masih bernyawa lagi biarpun semalam hampir menemui ajal kerana sengugut tahap hard core.

Terima kasih Rai suggest cik ina ambik calcium legakan sengugut. Lepas je baca komen ko, cik ina terus jumpa bos cik ina tanya dia pasal calcium tu. Selalunya cik ina refer dia pasal ubat-ubatan sebab dia pun doktor gak tapi doktor haiwan .boleh gitu? Belum pun sempat cik ina beli dia dah dah bawak pil calcium tu . Sayang ngan dia(sebab jimatkan duit cik ina) , cuma kalau dia meroyan suruh cik ina lap tingkap ngan buang sawang lebih-lebih tu cik ina hangin satu badan .

Mesti korang peningkan, selalu aku cerita pasal roti massimo,ni plak aku cakap bos aku doktor haiwan . Tak payah peningkan kepala ye roti massimo subsiadiary company, keja aku plak berkait ngan feed animal/feed additive, faham ye ngan penerangan ni.

Berbalik ke agenda asal , cerita jamuan raya kat tempat keja. Bangga sangat dalam bulan syawal ni , jamuan raya pertama yang aku hadiri , itupun selepas disepak terajang secara ganas sampai tergolek oleh En.Mudiarasu. Ntah lah aku pun tahu spesis aku ni, dari anak dara hingga dah beranak pinak susah sangat nak menghadiri jamuan makan . Aku ni nampak dalam blog cam huha sana huha sini, tapi sebenarnya pemalu yang amat.

Korang ada petua tak nak kurangkan malu? kalau ada sila silalah kasi. Mana tahu lepas praktikkan petua korang berubah plak jadi tak malu. ekekek.

Jom layan gambar acara makan-makan sederhana kat Pengkalan pegawai keselamatan kat tempat keja. Dorang ni bagus semua contribute buat acara makan-makan ni. Kalau tahu dorang buat, aku pun nak contribute sama, tapi dorang tak tanya sebab niat dorang nak belanja kawan sekerja makan sempena raya.


Hari tu budak ni nampak yuyi ambik aku kat opis, dia berkenan plak ngan yuyi. Ada hati suruh ambik gambar dia tepek kat facebook aku suruh yuyi tengok. Maaflah dik facebook acik tak aktif, anak acik plak nak tutup facebook dia. Kirim salam malam malam, yuyi tak de hati nak berteman dan berkahwin. Dia nak bujang forever.kah kah kah


Budak HR ni dah berkahwin jangan ada yang cuba nak ngorat plak.


Budak -budak tempat keja, maaf nama tak tahu pun, hari tu baru first time nampak budak -budak ni.

Layan juadah plak ye........


Macam-macam ada, bihun goreng, jelatah, ngan nasi briani ngan daging kambing.



Nasi himpit, timun, satay macam-macam ada .


Ayam rendang


kari kambing(peberet)



Lepas ni no more juadah hari raya lagi nak tepek kat sini. Tengok orang lain punya blog sikit punya banyak juadah hari raya, aku punya je kurengkan. Suka nengok kemeriahan kawan -kawan menyambut hari raya tak kiralah samada ngan saudara mara, family tersayang atau rakan blogger, aku tumpang gembira.

Dengarnya Doc Faiz nak adakan gathering ngan rakan-rakan blogger kat rumah kak chik , aku tumpang gembira. Baik hati kak chik , susah nak cari rakan cam tu. Teringin gak nak pegi, tapi tunggulah biar masa menentukan segala-galanya. Semoga Allah SWT melancarkan perjalanan gathering tu ye rakan-rakan semua.

Wednesday, August 10, 2011

Tolong awek aku pontianak

Salam Ramadhan..............

Pegilah tengok cite tolong awek aku pontianak best.... dengar tajuk filem cam tak bestkan.. aku pun ingat cam tu, bila yuyi cakap best aku pun tengok, memang best.

Saja cerita pasal filem ni, sebab tension, pagi lagi dah kena cari harta karun.




Ini beg aku, bukan LV.Pagi tadi dekat nak 20 minit cari kunci dalam tu. Godek punya godek tak jumpa gak. Aku takut pontianak tinggalkan.Nasib baik bulan puasa, kambing ngan kerbau je aku sebut.Ciankan haiwan, kalau kita marah je mesti dorang kena sebut.



Lobang puaka kalau dah ada dalam beg, cam nilah rupanya. Tak delah besar mana lubang tu, kalau dah barang masuk dalam tu , hura hara dibuatnya.



Nah ini kuncinya, terperosok kat dalam lubang tu. Kambing kerbau betul.

Itu satu hal, lepas jumpa pontianak, lagi satu hal berlaku........



Pontianak pening kepala.




Nampak tu masing-masing nak cari harta karun.kah kah kah



Kena ikut seperti yang di arahkan, kalau tidak tak dapat harta karun.



Harta karun lagi 14km



kami diarahkan bawak kereta 60kmj



Lencong kereta anda.



oooo berkumpul ye.....tak nak cari harta karun ke?



Kawasan lencongan



Tu dia tempat harta karun dah sampai..........

kambing , kerbau, zirafah, zebra, ular senduk betul...................tak boleh ke kalau nak menampal lobang waktu malam, nak cari harta karun pun susah.



sok sek sok sek ; kak limah kata abang najib nak datang sembahyang kat surau kawasan rumah dia 17/8, lepas tu dia nak sembahyang Isyak kat Masjid Sri perantau.Patutlah aku nampak kawasan sekitar rumah dia berseh.Mesti info ni dia dapat dari Datuk Rahim.



Tuesday, April 12, 2011

Kicap kipas udang

Dua hari aku tak masuk opis, aku dengar dunia macam nak kiamat. Aku terima sms sikucing yang panas membara sehangat api, katanya ada keja urgent, hari selasa, waima nenek aku mati pun, kena masuk opis. takutnya ngan urgent tu.ha ha ha

Pagi tadi masuk opis, aku buat satu persatu kerja paling urgent yang aku rasa. Aku nampak atas meja ada envelop cokelat besar (takuttttt , scaryyyy)sangat terpampang perkataan URGENT, aku campak ketepi dulu. Pirahhhh, Urgent tak urgent hanya aku sahaja yang tahu.Sikucing tahu apa.

11.50 pagi 7 kerja yang paling penting aku bereskan. Sedang aku leka sambil nyanyi lagu lady gaga(itu tipu je)menghabiskan kerja tu, sikucing call "u nampak tak envelop cokelat besar atas meja u, kalau boleh u siapkan hari ni, itu urgent." Aku yang tersenyum simpul di hujung talian "maaflah ye , saya tak bukak lagi, sebab saya ada kerja paling urgent dari tu." "tak pe, tak pe kalau u ada kerja urgent u buat dululah." terus aku dengar gagang telefon diletakkan.

Sekarang dah tahukan sapa yang poyoooo.Selama ni siapa yang buat kerja, mestilah aku. Sikucing hanya turunkan tandatangan. Jadi jangan nak perasan yang ko tahu mana satu kerja urgent.



7 kerja yang aku dah bereskan dalam keadaan paling tenang tanpa sikucing.ha ha ha ha



Nyawa aku selepas suami dan anak. Buku ni menulis segalanya tentang perancangan kerja aku. sikucing ko ada ke?



Buku kedua yang paling penting, dia tahu ke? 2 hari cuti aku bawak buku ni kat rumah, bereskan kerja dari rumah. Tak kan aku nak beritahu semua tu kat dia, hissss tak pandai aku bodek bodek ni. Semua kerja yang aku laksanakan, bagi aku satu amanah, perlu kena selesaikan, tapi tak payahlah aku nak beritahu orang cam mana caranya aku selesaikan. Tak de kan selama aku kerja sini production ko stop. ha ha ha.

Aku ni kalau keja opis banyak mengunung pun, aku cool , boleh bereskan sambil nyanyi lagu lady gaga. Tak pandailah wat keja banyak , tunjuk mimik muka , tangan ngan kaki sekali. Yang peliknya patern kaki bodek plak, tak de keja tu, tapi dia punya kulu kilir, ngan bunyi kasut berdetup detap, bos kalau nampak sah sah, bulan depan naik pangkat.

Betul kata orang kalau dah pilih kulit memang tetap pilih kulit, tapi aku tak kisahlah kan , aku kerja, bukan nak jadi kaya pun, sekadar cukup makan pakai, sudey.

Okey ye, bertemu lagi di masa akan datang dengan cerita tentang singa plak. ha ha ha. Jangan lupa ye, kalau suka cerita ni undi ngan sms .23232 type i like. ha ha

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina