Showing posts with label roti massimo. Show all posts
Showing posts with label roti massimo. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Pagi rabu aku ; Chefel pembantu rumah ku mula beroperasi

bersambung  lagi cerita pasal chefel ; chefel aku mula beroperasi  pagi semalam dengan menyediakan roti telur bermayonis dan  bersos cili. Roti  telur  ni dah kerap sangat  aku buat tapi oleh kerana pertama kali aku buat  roti ni  menggunakan chefel maka haruslah sekali lagi  aku tepek resepinya.

Sos cili, mayonis dan  Roti Massimo dengan germa gandum

Kacau 7 biji telur bersama hirisan dari  sebiji bawang Holland  dan sedikit garam
Chefel gah dipersada dapur.la la la
Panaskan chefel,  lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye.Kemudian tutup chefel biarkan dalam  seminit atau dua minit(guna api sederhana)
Lebih kurang  seminit atau dua minit bukakan penutup chefel , nampak di situ  roti  telur kelihatan garing dan bertukar kewarna kekuningan, tutup semula chefel dan terbalikkan.
Biar sampai garing
 
Hasil roti telur yang dibuat mengunakan Chefel
Letakkan mayonis dan sos cili kat atas roti  kemudian tangkup dan potong kepada dua bahagian.
siap pun roti telur bermayonis + bersos cili*punyalah panjang nama roti telur ni*apalah sangat ngan nama yang panjang janji mudah dan cepat disediakan  tak gitu, semudah ABCD dengan chefel


Okeylah aku nak keluar lunch  ni, next time kita jumpa lagi ye.

Friday, February 17, 2012

Tokengs upgrade

salam kengkawan...........

Petang semalam lepas ambik Firdaus balik sekolah,terus bawak dia ke pasar malam, aku malas nak masak , beli nasi ayam ngan mee sup je. Masa beli mee sup, Firdaus ternampak tokengs ayam, apalagi mengelupur dia nak tonkengs, tengok tonkengs teringat yuyi , dia ngan tonkengs kan tak dapat dipisahkan : )

Terkejut mak tonkegs ayam sekarang dah upgrade ,ditaburi ngan dedaunan kari, meriah dan wangi tu. Oleh kerana resepi tokengs dah upgrade aku upgrade kan sekali sebutannya kearah omputih "tokengs" . cam mana boleh ? Nak goreng sendiri tokengs ayam ni kat rumah, tidaklah nampaknya, nak beli tokengs ayam mentah pun aku tak tahu kat mana, tak kan ye lah aku nak kumpul tokengs ayam setiap kali beli sekor ayam. Macam tu nak penuhkan semangkuk tongkengs ayam mau makan tahun.

JENG JENG JENG
memperkenalkan tokengs ayam pasar malam berperisa daun kari
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Tokengs tokengs ayam , segar bugar dipasar malam- nyanyi ikut lirik bunga-bunga matahari- maya

Buktinya berperisa daun kari .........


Habis cerita tonkengs ayam, kita cite roti massimo plak, nak tak? korang tak nak , aku nak cite gak.Alkisah pagi tadi aku buat roti telur yang gebu geban, nak tahu rahsianya, baca kat bawah : )

Buat roti telur guna roti sandwic dengan germa gandum ni, hasilnya roti telur jadi gebu geban.Tak caya sudah, namamu dollah.

bak kata bini david becham, resepi roti telur germa gandum ni besa besa je : ).alo alo comellah korang ni, dah terror buat roti telur , lagi nak resepi ye. Sapa yang nak resepi tu, tak pun aku yang syok sendiri.kah kah kah




Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, dah kenyang mata mengantuk.oiii lega aku auditor beram hari ni, tak puas hati nak jugak komplinkan...........cis

Tuesday, January 17, 2012

Roti Gardenia vs roti massimo- kebabom

Tajuk hari ni gempak sikit , saja nak bagi anonymous terbakar, sibuk sangat nak sokong roti gardenia, lepas tu nak bengang bila aku up cite pasal  roti massimo. Kenapalah bodoh sangat ? kalau kita sokong ke dua-dua company roti tu, kita tak dapat apa-apa pun, tauke company tu dah tentu hilir kaya raya. Kalau sekali sebarkan email, dia bagi sejuta ngan banglo sebijik, mak pun nak dik nun, setakat sokong free cam tu,  membazir air liur, rentikanlah.

Aku menyokong bersebab, company yang keluarkan roti massimo tu salah satu anak syarikat, company aku keja sekarang ni. Aku pun tak de lah sokong bagai nak rak , alah kadar je, waima aku sokong roti massimo tak de plak aku burukkan roti gardenia, aku sedar diri sikit sebelum  ujudnya roti massimo , aku  selalu  jugak makan roti gardenia.

Naik benggang aku, bila  up  je cite  pasal roti massimo  ada  anonymous yang duk meroyan bagi link atau email yang  mengutuk roti massimo, macamlah roti massimo tu bapak aku punya company. Tolonglah jadi manusia yang faham apa yang kita cakap dan buat, jangan jadi manusia yang orang suruh terjun longkang, tanpa berfikir ko pun terjun. Orang kata itu tak halal, ko pun kata tak halal, main ikut je apa orang lain kata tanpa usul periksa. hampehlah sangat orang cam tu . Buatlah keja mendatangkan hasil, jangan buat keja yang buat orang lain meluat.

Murid-murid mari kita buat roti telur guna roti Gardenia.


1)Bukak roti Gardenia, keluarkan 5 keping roti.



2)kacau 3 biji telur bersama sedikit kicap cair + hirisan dari sebiji bawang besar kuning(holland). Kalau suka boleh campur sedikit fresh milk.

3)2 sudu besar planta forever

4)Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit planta,

5)celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. hirisan bawang tu biar mewah : )


6)Balik- balikkan roti mengelakkan hangit disebelah bahagian je.

Bila kedua belah dah agak masak atau garing sepenuhnya, boleh lah diangkat.Hidangkan bersama cili sos LIFE.tedap

Untuk bekal Firdaus ke sekolah, aku keratkan sekeping roti telur kepada 4 bahagian, bekas yang sebelah lagi, aku bubuhkan sedikit cili sos.




Berjumpa lagi dilain hari dan waktu, sesiapa yang nak meroyan pasal roti sila meroyan sekarang.kah kah kah.....................

Saturday, November 26, 2011

show off sikit je

Salam hari sabtu...................


Tengah buat apa tu? aku baru nak masak.Korang tak tanya, aku nak gak bagi tau. Hari ni aku buat bihun goreng , nak makan ngan kawan-kawan kat taman bunga. kui kui kui .Seronok, dah lama rasanya tak pegi taman bunga.


Hari ni cerita pendek je,, tak larat lah , rasa penat sangat. Okeylah ye, sebelum beredar , sila baca pesanan penaja dibawah :)


Belilah roti massimo di kedai runcit dan pasaraya berhampiran, jangan lupa, ingat roti massimo ingat blog cik ina do do cheng. Macam bagus bagus. Saje nak show off, kah kah kah .




Jangan tenung yang lain, roti massimo tu fresh from oven.




Aku dengar, dorang dah meluaskan pasaran ke Penang.Hai! orang -orang Penang, jangan lupa pakat beli ramai-ramai.



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERCINTA.

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali , last kopek sebelum hari Deepavali, Ramlah Ram oh Ramlah Ram

Salam hari Selasa................


Terima kasihlah kepada semua yang sudi nak baca blog aku yang tak semenggah ni, oleh kerana korang rajin sangat nak menyinggah, blog ni telah mendapat anugerah platinum kembar lima lagi dan lagi , cam album Ramlam Ram pada tahun 1988 "kau kunci cintaku dalam hati mu" alah tak kan korang tak ingat, dia pakai gaun labuh yang kat dadanya ada bentuk hati yang berlampu bernyala gitu. Sapa yang nak kenal Ramlah Ram ngan lebih dekat sila ke sini.
Cian dia kalau kat luar negara bakat dia dah diiktiraf setanding Whitney Houstan, mungkin dorang nak iktiraf bila dia dah tak de kot. Aku pun tahu kenapa ,  Ramlah Ram masuk dalam ni cerita.kui kui kui

Sapa minat Ramlah Ram tekan butang like. LIKE


Dikesempatan ini aku mengucapkan Happy Deepavali kepada mak mertua ngan bapa mertua, adik ipar ngan akak ipar , semoga hari Deepavali ni dorang ceria ceria selalu. Tunggulah kedatangan menantu kesayangan balik ye, surprise. Aku nak wat cream chesee brownies tuk dorang. Aku bagai nak rak bagi ucapan Happy Deepavali kat dorang ni kenapa?, blog aku pun dorang tak tahu, tak pelah kan , perasan diva tu biasalah..kah kah kah.


Sebelum aku nak menghappy happykan diri esok, aku tepekkan resepi yang paling mudah , sesuai tuk semua peringkat umur, kwang kwang

Atas permintaan Firdaus, sibuk sangat nak makan garlic bread, gigihlah pagi tadi aku membako.

Sediakan


Butter 100 grams- main agak-agak je ni.



Roti massimo -sandwich loaf-sokong produk company(dapat apa)



Mix herb


Bekas kosong yang comei comei


Tray pembako non stick


bawang putih cincang-kalau tak de mesin pengisar, boleh je cincang guna pisau, tak pun parang.


Campurkan butter, bawang putih cincang ngan mix herb.




Masukkan garlic butter kedalam bekas, tekan -tekan skit bagi cantik cam beli kat pasaraya tu. Lepas tu kalau suka , korang buh lah jenama sendiri.kui kui kui


Sapukan garlic bread atas roti depan belakang, kemudian gunting/potong kepada empat bahagian. Kalau nak tiru cam mak fasha sandha pun boleh, dia bako sekeping sekeping.Apasal tak percaya? korang ingat aku tak kenal ngan mak fasha sandha ke? kui kui kui


Selepas dibako selama 20 minit pada suhu 180 celcius. Lepas tu balikkan ,bako lagi-(suhu ikut oven masing-masing)




Cam biasalah , nak suruh korang fokus pada garlic bread aku. terbako lah tu.



garlic bread ni aku simpan dalam bekas kedap udara nanti tak delah masuk angin.




presentation konon-garlic bread ngan mushroom soup



Cara-cara nak cicah garlic bread .Sabo je lah laki aku ni, boleh plak dia terbangun , bila  bau garlic bread time aku membako subuh tadi.. Ambik ko kena jadi model garlic bread, model lagi satu tido.




InsyaAllah, kita jumpa lagi esok tak pun tengahari nanti.larikkkkkkkkkkkkkkkkkk

Saturday, October 22, 2011

Roti gula, roti gula, roti gula, mai sapa nak, buat pendapatan sampingan, masyuk gak.


Salam hari sabtu...............


Lega dah boleh update, rasa tak lengkap hidup kalau tak boleh merapu kat sini, selain dari kat twitter. Blog ni jadi rumah no 2 aku, rasa windu je kalau tak jengah. Semalam update pun kat tempat keja .Tempat keja guna office station, nak transfer gambar pun tak boleh. Nak MMS gambar kat email pun tak boleh, gara-gara celcom upgrade perkhidmatan. Tak pelah aku redha, bukan selalu pun celcom wat hal ngan aku, ngan orang lain, ada aku kesah .ha ha ha kejinya aku ni.

Semalam kak limah bawak sebalang roti gula kat opis, katanya ambik dari van biskut .Bukan ambik free tau. Van biskut tu biasa menyinggah cafe mak dia. Sebalang RM10 dalamnya ada 60 keping roti gula (kalau tak silap aku)adalah besar cam aku buat ni. Jahatkan , tak moh beli, tapi nak wat sendiri.Cadangnya balik keja nak tidur sebab kat opis dah telan paracetamol 2 biji gara-gara demam selsema,  sampai rumah duk kerebek roti gula plak.


Kalau korang rasa nat cuba, try , test buat , beli roti yang murah-murah je. Aku guna roti massimo , tak pelah kan sebab dapat free. Bukan selalu pun dapat roti free, kebetulan semalam sebelum balik kawan keja R&D bagi plak roti, apalagi on lah projek meroti gula.kah kah kah


Jom layan meroti gula...............



Kawan tu bagi roti sandwich.




Sediakan majerin atau butter. Aku duk perabis majerin daisy hari  raya lepas punya ,  takut expired.


Gula pasir.


Sapu roti ngan majerin atau butter, tabur gula, lepas tu ambik sekeping roti  potong/gunting  kepada  empat bahagian. kalau  tak nak potong pun boleh, tapi kalau potong empat senang nak simpan dalam bekas.


Bakar atas redai suhu 180 celcius selama 25minit, api atas bawah . Roti gula dah nampak rangup dan warna kecoklatan(ye ke coklat ? , atau mata aku ni rabun) , boleh angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.



Jeng jeng cicah kopi pun sodap.


Jangan lupa suruh anak korang  makan roti gula cicah milo kosong sambil tonton Dora the explorer. Saja aku tepek gambar sidora, nanti kalau Firdaus buka blog ni, nampak gambar dora, dia teruja.kah kah kah





Wednesday, October 5, 2011

kawan-kawanku-lihatlah dunia-kosmo -5/10/2011

Roti tempatan, keghairahan Itali





BAGI Lai Fei Siong, 31, tanggungjawab menjaga seluruh proses pembuatan roti bermula sejak pukul 8 pagi. Namun dia selalunya tiba lebih awal di Taman Perindustrian Pulau Indah di Pelabuhan Klang untuk mendaftar masuk tugas di kilang pembuatan roti, The Italian Baker.
“Kilang ini direka untuk beroperasi 24 jam. Namun, buat masa ini kami hanya beroperasi untuk tempoh terhad. Namun, saya akan berada di kilang pada bila-bila masa diperlukan.
“Ini kerana saya perlu memastikan setiap prosedur pemprosesan makanan berjalan lancar bagi memastikan roti ini sampai di meja sarapan pengguna.
“Ia satu tanggungjawab yang besar,” kata penyelia bakeri itu yang mengakui dirinya menggemari suasana kerja berasaskan makanan, khususnya roti.
Lai Feng memberitahu, terdapat 10 bahagian utama di kilang tersebut, bermula dengan bahagian pemprosesan roti sandwic Masimmo dan ban Duetto.


ROTI-ROTI ini melalui proses penyejukan sebelum ia dipotong dan dibungkus.


Gedung pemprosesan itu juga menempatkan ruang pejabat pemasaran, jualan, pembuatan, pergudangan, kejuruteraan, kualiti, penyelidikan dan pembangunan serta sumber manusia. Tidak terkecuali adalah bahagian pengedaran yang melibatkan lori-lori pengedaran.
Sesudah memberi penerangan asas, Fei Siong membawa masuk krew wartawan dan jurugambar ke dalam kilang dari ruang lobi yang juga menempatkan sebuah kafe roti The Italian Baker.
Walaupun proses pembuatan roti utama di kilang itu tidak melibatkan tenaga kerja manusia, pihak pengurusan tetap merekrut kira-kira 100 kakitangan untuk dibahagikan kepada dua hingga tiga syif kerja. Semua penjadualan syif itu dibuat untuk memastikan capaian pengeluaran yang lebih banyak, selari dengan faktor permintaan.
Dengan keluasan kilang sekitar 20,000 meter persegi, kilang The Italian Baker mula dibina pada tahun 2009 dan siap pada akhir tahun 2010.
“Operasi pemprosesan roti bermula pada awal tahun ini. Walaupun ia bukan dibuat di Itali, tetapi ia dihasilkan menggunakan keterujaan dan keghairahan pembuat roti di Itali!” kata-kata itu berulang kali diucapkan oleh Pengurus Besar The Italian Baker, Jimmy Chang Gee Sing ketika berada di ruang lawatan bercermin di kilang itu.
Roti dan ban


SEORANG pekerja bahagian bakeri memantau adunan doh sebelum dihantar untuk proses pembahagian.


Walaupun tidak dapat melihat secara dekat dan langsung proses pembuatan roti di The Italian Baker atas sebab kebersihan dan kesihatan, pelawaan ke sebuah bilik bercermin tetap memberikan suasana komprehensif.
Krew Kosmo! bukan sahaja dapat menyaksikan proses pembuatan roti dan ban dari dalam ruang berhawa dingin, malah dari sudut pandangan atas yang menunjukkan keseluruhan suasana operasi kilang.
“Di sebelah kanan anda ialah bahagian pemprosesan roti sandwic Massimo dan di sebelah kiri anda ialah ban berkrim Duetto. Pemprosesan kedua-dua roti sedikit berbeza dan masing-masing memerlukan kaedah, masa serta pembungkusan berlainan,” ujar Fei Siong.
Walau bagaimanapun, secara asasnya, setiap pemprosesan pembuatan bermula dengan penimbangan berat kandungan, pengadunan doh, pemisahan doh mengikut saiz, membakar doh, penyejukan dan akhir sekali pembungkusan.


DARI KIRI: Fei Siong, JImmy dan Pengurus Bahagian The Italian Baker, Eric Ong Poh Choy, menunjukkan produk yang menjadi kebanggaan mereka.


Di antara segmen kerja tersebut, beberapa kakitangan ditempatkan untuk memeriksa berat dan ketinggian roti. Mereka juga bertanggungjawab membuat pemeriksaan berkala bagi mengesan sekiranya terdapat pencemaran kandungan logam dalam roti.
Lazimnya, sebuku roti sandwic mengambil masa tiga jam untuk dihasilkan. Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna pihak pengilang memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sejumlah roti yang banyak.
Kecekapan mesin pembuat roti yang diimport dari Eropah dan Amerika di kilang itu mampu menyiapkan roti dalam jumlah yang besar, iaitu 10,000 buku roti sandwic sejam dan 24,000 biji ban setiap jam.


DOH yang siap diadun dengan bahan mentah akan difermentasi selama empat jam sebelum dihantar ke ketuhar untuk proses membakar.


“The Italian Baker menghasilkan 40,000 buku roti sandwic Massimo dan 24,000 ban Duetto sehari. Ini angka permulaan kerana kami hanya beroperasi pada syif yang terhad iaitu 12 jam sehari dan ia mungkin dikembangkan mengikut permintaan pada masa hadapan kelak,” ujar Fei Siong sambil menunjukkan barisan roti Massimo yang tersusun di atas dulang berputar untuk proses penyejukan.
Di atas dulang berputar itu sahaja terdapat 10,000 buku roti. Semua roti itu menunggu masa untuk dihantar ke empat buah mesin pemotongan dan pembungkusan roti. Bagi roti ban Duetto pula, mesin yang hampir serupa menjalankan ‘tugas’ meletakkan krim sebelum pembungkusan.
Memulakan operasi pembuatan roti pada 21 Mac lalu, The Italian Baker, menurut Jimmy Chang telah membabitkan pelaburan sebanyak RM120 juta dengan keutamaan diberikan kepada mesin-mesin yang diimport dari Amerika dan Eropah.
Selaku syarikat subsidiari Federal Flour Mill (FFM), yang lokasi kilangnya juga bertempat di Pulau Indah, Jimmy mengakui pihaknya mudah mendapat bekalan bahan mentah.
“Jadi, kami bukan sahaja menjimatkan masa dari segi pengangkutan, malah dapat memberikan harga roti yang lebih murah kerana dapat menjimatkan kos logistik dan bahan mentah tersebut,” katanya.






Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina