Showing posts with label breakfast simple. Show all posts
Showing posts with label breakfast simple. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Petang minggu aku ; roti telur lagi tapi kali ni bercheese plak

 Hari ni aku tunaikan janji  aku kat sini .Petang minggu tu aku tak masak untuk juadah makan malam aku cuma buat roti telur bercheese  .Hari  minggu tu kan aku dah bangun  awal pagi siap  masak nasi ngan  sambal ikan bilis  plus  telur mata kerbau lagi .Awal  pagi  lagi suami aku ngan firdaus dah tala nasi  jadi takde maknanya lah  malam tu  aku nak masak lagi nasi ngan lauk pauk  bagai*mengaku je malas habis cite ye dak* ye aku memang malas argh nak masak lauk pauk dua kali  alah  untuk juadah makan malam  je ,  buat  yang  simple je udah. Nasib baiklah suami aku ni jenis tak  banyak bunyi, dia makan je apa yang aku masak tapi  dengat syarat  makanan yang aku masak  tu   jangan terlebih masin .
Berbalik pada roti telur bercheese
 Bahan-bahannya mudah je
1) chedar  cheese-aku hiris nipis kepada beberapa bahagian-boleh je guna mozarella atau apa saje cheese yang terlintas difikiran  korang janji halal .
2)5 biji telur dikacau ngan sedikit garam dan lada sulah
3)beberapa keping  roti dibuang bahagian tepi dan dibelah dua
Ambik sekeping roti , tepekkan  cheese atas roti tadi kemudian tutup semula nga sekeping roti, ulang proses yang sama sampai habis.
Celup  roti dalam bancuhan telur kemudian susun  roti tadi  di atas chefel, jangan lupa balik-balikkan roti tadi bakar atau goreng sampai kekuningan -bakar guna api sederhana .terpulang pada koranglah ye  nak bakar atas apapun.
 
 roti telur bercheese -boleh dihidang panas bersama mayonis atau sos cili
Nampak disitu kemewahan cheese



Sekadar luahan hati

kedua belah bahu aku ni  tengah sakit,bertabahlah wahai hati : )

Wednesday, May 23, 2012

Blogger famous dapat ribu riban ringgit

 Sekadar luahan hati


Baca ngan nada sedu.Ayat  kat atas sekali aku blur kan , tak sanggup aku nak baca apatah lagi korang.busuk punya anoy.la la la

Terima kasih ELL  sudi mengambil berat : )

Mulai hari ni aku ngan resminya menutup kotak komen blog ni . Almaklumlah blog ni kan dah femes.la la la .Terbakar lagi  sianoy , kali ni hangus terus. Baru aku tahu macam mana  indahnya hidup ni bila kotak komen dihilangkan terus dari pandangan mata. Lepas ni aku boleh bercerita tanpa gangguan dari sianoy.

Lepas ni garenti sianoy  hilang akal, hilang arah , hilang segala-galanya  sebab dah tak tahu nak  melempias nafsu serakah  nak mengutuk orang . Apalah dosa siFirdaus berumur 7 tahun  tu ngan hidup dia, nampak sangat jeles ngan Firdaus . Banyak lagi komen anoy yang banggang cuma aku tak nak lah melayan kebagangan sianoy tu tapi kali ni  aku geram sangat  bila dia sentuh pasal Firdaus. sifiyalfal.

Kengkawan tau tak  nasib baik ada sorang  kawan yuyi tu pakar IT  dapat dia tolong aku menyiasat identiti  sianoy busuk tu.  Anoy dipersilakan  minta maaf secara tertutup , hantarkan maaf  tu ke email aku yang tertera belah kanan  , aku bagi tempoh dua hari dari sekarang.la la la la  la la

Teringat kata-kata yuyi "Mak , musuh kita adalah orang sekeliling kita" like jaga jaga anda sedang diperhatikan.


Sunyi plak bercerita  tanpa gambar. Aku perkenalkan pelapis yuna.la la la 

Gambar terbaru Vicks anak aku no 2  bawah yuyi. Korang selalu tanya anak aku  no 2 kan,  apa lagi tengoklah puas-puas.


Di sebelah kanan sekali gambar vicks masa kecik


Jangan lupa terus menyokong blog aku ye. la la la Twinkle twinkle little star . Sekiranya jari kengkawan yang baik hati dah gatal  nak mengomen cerita -cerita kat blog ni, kengkawan  tekan je jari gatal kengkawan  tu kat butang  like facebook dibawah, nak tekan like pun  kena tengok cite gak jangan sesuka hati like. kwang kwang kwang 


Terima kasih epal hijau  : )

Saturday, April 28, 2012

Hujung minggu bersama Roti Massimo Germa Gandum dan blog Warkah Buat Isteri

Salam kengkawan......

Sebenarnya  semalam lagi aku nak update blog  nak ambik keberkatan hari Jumaatlah katakan, tapi oleh kerana mata aku ni  mengalami kegatalan dan tekanan semacam,terpaksalah aku batalkan niat aku nak update blog . Semalam tak update blog aku terasa  plak macam berhutang sesuatu ngan Cik PahKardshian, teringat janji aku pada cikpah nak promotekan  blog abang ipar cik Pah  WARKAH BUAT ISTERI, korang semua  nampak je aku  brutal atau cam akak kawasan tapi  hati ni cepat  tersentuh  cepat je nak mengalirkan air mata lagi -lagilah  bila  baca  blog kisah Isteri  kepada abang ipar Cik Pah  mengalami kerosakan pada saraf Otak.

Warkah buat Isteri  ni aku nak tujukan untuk renungan para suami diluar sana (termasuk suami aku sendiri) supaya  menjaga isteri -isteri kamu, jangan pernah sakiti isteri kamu  sedarlah isteri kamu  telah melahirkan zuriat kamu  bertarung nyawa untuk itu,  menjaga makan minum kamu, menjaga saat kamu sakit  maka sayangilah dan hargailah  isteri-isteri kamu selagi hayat dikandung badan. 

Membaca  Warkah Buat Isteri, tiba -tiba hati aku jadi  sebak, kisah Isteri abang ipar cik pah mengingatkan aku pada kisah  kedua ibubapa aku , rasanya tak perlulah aku nak ungkit  lagi sebab kedua ibubapa aku dah lama pergi buat selama-lamanya, Al- Fatihah semoga roh kedua ibubapa aku dicucuri rahmat.Amin


Sekiranya kengkawan rasa terpanggil untuk  turut membantu meringankan penderitaan atau kesedihan isteri kepada abang ipar Cik Pah kengkawan bolehlah  pegi ke blog WARKAH BUAT ISTERI. 

Kengkawan semua marilah kita sama-samalah berdoa  supaya isteri abang ipar cik pah ni cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Untuk meredakan hati sendiri , aku  berbalik pada cite  breakfast kami pagi tadi bersama  Roti Massimo  ala roti  john tak  berapa nak john, senang je nak buat roti tak berapa nak john ni..


Semestinya roti massimo dengan roti massimo roti tak berapa nak john akan menjadi gebu dan mantopp

Kacau dalam mangkuk sederhana besar
1)4 biji telur 
2)sedikit kicap cair
3)Sebiji  bawang Holland-hiris nipis
4)4tangkai daun bawang -hiris  sederhana halus
Sediakan sos cili Maggi  jahatkan tinggal sikit sos cili Maggi aku mana tak nya  dua tiga hari ni bantai masak sos je.kalau korang  suka boleh juge tambah  mayonis.
Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. Jangan lupa  membalik- balikkan roti  mengelakkan roti  hangit disebelah bahagian je.
Bila roti telur nampak  garing secukupnya , angkat roti  ,tuangkan  sedikit mayonis ngan cili sos. di atas permukan roti   kemudian tutup ngan sekeping roti telur.
Jeng jeng sedap dimakan (sesuai untuk breakfast) Roti telur tu aku potong dua, nanti  senanglah sikit Firdaus nak makan.
Gebukan roti massimo germa gandum : )
Roti massimo germa gandum  gebu mantop , kengkawan nampak tak ?, lelehan mayonis ngan sos cili dicelahan  roti *bajet nak bagi kengkawan terliur*






Okeylah kengkawanku semua, sebelum aku mengakhiri cerita aku hari ni, aku nak pesan sekali lagi  kat kengkawan sekiranya kengkawan  ada masa terluang  sudi-sudikanlah menjenguk  WARKAH BUAT ISTERI.  Terima kasih kengkawan semua

Tuesday, January 17, 2012

Roti Gardenia vs roti massimo- kebabom

Tajuk hari ni gempak sikit , saja nak bagi anonymous terbakar, sibuk sangat nak sokong roti gardenia, lepas tu nak bengang bila aku up cite pasal  roti massimo. Kenapalah bodoh sangat ? kalau kita sokong ke dua-dua company roti tu, kita tak dapat apa-apa pun, tauke company tu dah tentu hilir kaya raya. Kalau sekali sebarkan email, dia bagi sejuta ngan banglo sebijik, mak pun nak dik nun, setakat sokong free cam tu,  membazir air liur, rentikanlah.

Aku menyokong bersebab, company yang keluarkan roti massimo tu salah satu anak syarikat, company aku keja sekarang ni. Aku pun tak de lah sokong bagai nak rak , alah kadar je, waima aku sokong roti massimo tak de plak aku burukkan roti gardenia, aku sedar diri sikit sebelum  ujudnya roti massimo , aku  selalu  jugak makan roti gardenia.

Naik benggang aku, bila  up  je cite  pasal roti massimo  ada  anonymous yang duk meroyan bagi link atau email yang  mengutuk roti massimo, macamlah roti massimo tu bapak aku punya company. Tolonglah jadi manusia yang faham apa yang kita cakap dan buat, jangan jadi manusia yang orang suruh terjun longkang, tanpa berfikir ko pun terjun. Orang kata itu tak halal, ko pun kata tak halal, main ikut je apa orang lain kata tanpa usul periksa. hampehlah sangat orang cam tu . Buatlah keja mendatangkan hasil, jangan buat keja yang buat orang lain meluat.

Murid-murid mari kita buat roti telur guna roti Gardenia.


1)Bukak roti Gardenia, keluarkan 5 keping roti.



2)kacau 3 biji telur bersama sedikit kicap cair + hirisan dari sebiji bawang besar kuning(holland). Kalau suka boleh campur sedikit fresh milk.

3)2 sudu besar planta forever

4)Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit planta,

5)celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. hirisan bawang tu biar mewah : )


6)Balik- balikkan roti mengelakkan hangit disebelah bahagian je.

Bila kedua belah dah agak masak atau garing sepenuhnya, boleh lah diangkat.Hidangkan bersama cili sos LIFE.tedap

Untuk bekal Firdaus ke sekolah, aku keratkan sekeping roti telur kepada 4 bahagian, bekas yang sebelah lagi, aku bubuhkan sedikit cili sos.




Berjumpa lagi dilain hari dan waktu, sesiapa yang nak meroyan pasal roti sila meroyan sekarang.kah kah kah.....................

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina