Showing posts with label roti telur. Show all posts
Showing posts with label roti telur. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Pagi rabu aku ; Chefel pembantu rumah ku mula beroperasi

bersambung  lagi cerita pasal chefel ; chefel aku mula beroperasi  pagi semalam dengan menyediakan roti telur bermayonis dan  bersos cili. Roti  telur  ni dah kerap sangat  aku buat tapi oleh kerana pertama kali aku buat  roti ni  menggunakan chefel maka haruslah sekali lagi  aku tepek resepinya.

Sos cili, mayonis dan  Roti Massimo dengan germa gandum

Kacau 7 biji telur bersama hirisan dari  sebiji bawang Holland  dan sedikit garam
Chefel gah dipersada dapur.la la la
Panaskan chefel,  lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye.Kemudian tutup chefel biarkan dalam  seminit atau dua minit(guna api sederhana)
Lebih kurang  seminit atau dua minit bukakan penutup chefel , nampak di situ  roti  telur kelihatan garing dan bertukar kewarna kekuningan, tutup semula chefel dan terbalikkan.
Biar sampai garing
 
Hasil roti telur yang dibuat mengunakan Chefel
Letakkan mayonis dan sos cili kat atas roti  kemudian tangkup dan potong kepada dua bahagian.
siap pun roti telur bermayonis + bersos cili*punyalah panjang nama roti telur ni*apalah sangat ngan nama yang panjang janji mudah dan cepat disediakan  tak gitu, semudah ABCD dengan chefel


Okeylah aku nak keluar lunch  ni, next time kita jumpa lagi ye.

Sunday, July 29, 2012

Juadah bersahur-masuk hari ke 9 juadah dah suam-suam kuku

 Salam Ramadhan......................


Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 9 umat Islam berpuasa InsyaAllah. Semakin  dekat pertengahan bulan Ramadhan  semakin tekak ni tak lalu nak makan makanan  yang berat-berat semasa bersahur. Bila tekak ni dah tak lalu makan  dalam otak aku ni membayangkan satu makanan yang simple tapi mengenyangkan dan berkhasiat. Apa lagi makanan  yang simple tapi mengenyangkan dan berkhasiat kalau bukan  Roti Massimo germa gandum dijadikan  roti telur bermayonis bercili sos atau roti scramble egg ye dak.*pliz ambik saya jadi jurucakap produk roti massimo* la la la 


Ko mampu sekali tala dua jenis roti dalam masa yang sama. Juadah  untuk bersahur subuh ni aku buat roti scramble egg ngan roti telur bermayonis bersos cili*abaikan nama resepi yang panjang lebar tu*
Malam sabtu masa kat dalam pasaraya Giant aku ternampak planta ngan kaya  tiba-tiba je tekak ni teringin nak makan roti disapu planta ngan kaya.Apa lagi aku rembatlah planta, kaya ngan roti massimo germa gandum. Aku adalah bangang sampai umah tak de plak keinginan nak meyapu roti ngan planta dan kaya  tapi yang bestnya   roti tu aku boleh plak buat roti telur bermayonis bercili sos ngan roti scramble egg untuk dijadikan juadah bersahur.Nampak disitu otak dah berpusing*
Kacau dalam mangkuk sederhana besar
1)4 biji telur 
2)sedikit kicap cair
3)Sebiji  bawang Holland-hiris nipis
4)4tangkai daun bawang -hiris  sederhana halus(kalau tak de pun tak mengapa)
5)sos cili life
6)mayonis

cara-cara membuatnya

Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. Jangan lupa  membalik- balikkan roti bagi  mengelakkan roti  hangit disebelah bahagian je.Bila roti telur nampak  garing secukupnya , angkat roti  ,tuangkan  sedikit mayonis ngan sos cili . di atas permukan roti   kemudian tutup ngan sekeping roti telur.Sedia dihidang serta dinikmati.
 Bahan -bahan untuk membuat roti scramble egg.


1)Telur-aku guna 5 biji telur
2))lada sulah
3)sedikit kicap cair-penganti garam
3)Fresh milk
4)roti massimo germa gandum
5)butter
Cara-cara membuatnya

kacau 5 biji telur bersama fresh milk dan sedikit kicap cair, kalau agak nak diet kengkawan tukarkan kepada low fat milk , kacau telur hingga kental kemudian buh sedikit lada sulah. kalau boleh gunakan  api sederhana  semasa mengacau telur tadi. Sapu roti ngan sedikit butter , letakkan telur kemudian kat atasnya tempekkan sekeping roti .Sedia dihidang serta dinikmati.


Jumpa lagi tengahari nanti ye, InsyaAllah.........


Sekadar luahan hati

otak berpusing tak pe lagi jangan cakap berpusing udah............mak jadik takut

Tuesday, May 22, 2012

Melobi bukan kedai dobi

Maksud melobi dalam istilah Dewan Bahasa dan Pustaka ; melobi berusaha utk mempengaruhi pihak-pihak yg berkuasa bagi mendapatkan sesuatu spt sokongan: kegiatan ~ dilakukan di seluruh dunia; lobi-melobi saling melobi antara satu dgn lain; pelobian perihal atau perbuatan melobi: kedapatan ~ yg sangat ketara menjelang hari pencalonan itu; pelobi pihak yg melobi.

Aku melobi Roti Massimo tak de tujuan apa-apa kecuali nak bonus lebih, tak salahkan : ) sila bengang.Kalau dah bengang tak tahu nak lepaskan tekanan kat mana aku syorkan buat je blog , tak delah aku 24jam nak pandang muka merempan ko. .pssttt Ada kawan opis aku ni, dah lah tak suka aku , nak gak baca blog aku, lepas tu sendiri merempan, cam ni punya orang pun ada.la la la

Last minute sebelum balik kawan bagitau The Italian baker bagi roti free roti baru roti whole wheat .

Jangan betulkan lappy, komputer, iphone , ipad atau gadjet yang sewaktu dengannya: ) he he he
tulis nama atas batu
Jangan betulkan lappy, komputer, iphone , ipad atau gadjet yang sewaktu dengannya: ) la la la la la

Roti Whole Wheat produk terkini keluaran The Italian baker
Dalaman roti whole wheat tak kering, lembut, gebu, mantop.


Untuk yang berminat ngan roti whole wheat ni aku bagi resepi mudah dan sedap suami ngan anak pun sayang *tibatiba je kan*

Setangkai daun bawang dibersehkan , potong lebih kurang 1/2 cm.
5 biji telur kacau bersama sedikit kicap cair (penganti garam)dan daun bawang yang dah dipotong tadi.
Ambik roti whole wheat celup dalam adunan telur tadi kemudian goreng atas non -stick pan-kalau goreng atas tefal okey gak.la la la la
Mayonis ngan sos cili Life terbaek
Lepas tu jangan lupa buh mayonis ngan cili sos kemudian tangkup lagi sebelah ngan roti telur.Kalau suka boleh potong dua.

roti whole wheat yang mewah ngan mayonis dan sos cili
Roti whole wheat bertelur berdaun bawang bermayonis bercili sos-baik punya nama resepi : )






Sekadar luahan hati


1)Kalaulah linkin park atau jo bon jovi tahu yang orang melayu pasal roti, nescafe , milo ngan teh pun nak busuk hati sapa yang malu mak jugak yang malu. I like linkin park ngan jo bon jovi.

kamonlah nak masuk bulan rejab pun buat perangai busuk hati, nilah dia salah satu kekayaan orang melayu.la la la

2)Diri sendiri yang buat diri sendiri susah, sedihkan.


itu je aku nak bagitau..................

Saturday, April 28, 2012

Hujung minggu bersama Roti Massimo Germa Gandum dan blog Warkah Buat Isteri

Salam kengkawan......

Sebenarnya  semalam lagi aku nak update blog  nak ambik keberkatan hari Jumaatlah katakan, tapi oleh kerana mata aku ni  mengalami kegatalan dan tekanan semacam,terpaksalah aku batalkan niat aku nak update blog . Semalam tak update blog aku terasa  plak macam berhutang sesuatu ngan Cik PahKardshian, teringat janji aku pada cikpah nak promotekan  blog abang ipar cik Pah  WARKAH BUAT ISTERI, korang semua  nampak je aku  brutal atau cam akak kawasan tapi  hati ni cepat  tersentuh  cepat je nak mengalirkan air mata lagi -lagilah  bila  baca  blog kisah Isteri  kepada abang ipar Cik Pah  mengalami kerosakan pada saraf Otak.

Warkah buat Isteri  ni aku nak tujukan untuk renungan para suami diluar sana (termasuk suami aku sendiri) supaya  menjaga isteri -isteri kamu, jangan pernah sakiti isteri kamu  sedarlah isteri kamu  telah melahirkan zuriat kamu  bertarung nyawa untuk itu,  menjaga makan minum kamu, menjaga saat kamu sakit  maka sayangilah dan hargailah  isteri-isteri kamu selagi hayat dikandung badan. 

Membaca  Warkah Buat Isteri, tiba -tiba hati aku jadi  sebak, kisah Isteri abang ipar cik pah mengingatkan aku pada kisah  kedua ibubapa aku , rasanya tak perlulah aku nak ungkit  lagi sebab kedua ibubapa aku dah lama pergi buat selama-lamanya, Al- Fatihah semoga roh kedua ibubapa aku dicucuri rahmat.Amin


Sekiranya kengkawan rasa terpanggil untuk  turut membantu meringankan penderitaan atau kesedihan isteri kepada abang ipar Cik Pah kengkawan bolehlah  pegi ke blog WARKAH BUAT ISTERI. 

Kengkawan semua marilah kita sama-samalah berdoa  supaya isteri abang ipar cik pah ni cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Untuk meredakan hati sendiri , aku  berbalik pada cite  breakfast kami pagi tadi bersama  Roti Massimo  ala roti  john tak  berapa nak john, senang je nak buat roti tak berapa nak john ni..


Semestinya roti massimo dengan roti massimo roti tak berapa nak john akan menjadi gebu dan mantopp

Kacau dalam mangkuk sederhana besar
1)4 biji telur 
2)sedikit kicap cair
3)Sebiji  bawang Holland-hiris nipis
4)4tangkai daun bawang -hiris  sederhana halus
Sediakan sos cili Maggi  jahatkan tinggal sikit sos cili Maggi aku mana tak nya  dua tiga hari ni bantai masak sos je.kalau korang  suka boleh juge tambah  mayonis.
Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. Jangan lupa  membalik- balikkan roti  mengelakkan roti  hangit disebelah bahagian je.
Bila roti telur nampak  garing secukupnya , angkat roti  ,tuangkan  sedikit mayonis ngan cili sos. di atas permukan roti   kemudian tutup ngan sekeping roti telur.
Jeng jeng sedap dimakan (sesuai untuk breakfast) Roti telur tu aku potong dua, nanti  senanglah sikit Firdaus nak makan.
Gebukan roti massimo germa gandum : )
Roti massimo germa gandum  gebu mantop , kengkawan nampak tak ?, lelehan mayonis ngan sos cili dicelahan  roti *bajet nak bagi kengkawan terliur*






Okeylah kengkawanku semua, sebelum aku mengakhiri cerita aku hari ni, aku nak pesan sekali lagi  kat kengkawan sekiranya kengkawan  ada masa terluang  sudi-sudikanlah menjenguk  WARKAH BUAT ISTERI.  Terima kasih kengkawan semua

Sunday, April 15, 2012

sembang -sembang orang dah kahwin berlagak bujang


Salam kengkawan....

Tengah wat apa tu?ke mana kita hari ni? Aku tengah buntu ni , tengah fikirkan kat mana nak bawak Firdaus gi jalan sekejap lagi? Dah lah semalam aku janji nak bawak dia naik komuter tapi aku tak bawak boleh plak aku kelentong dia komuter rosak, jahat betul aku ni. Besar Firdaus ni boleh lagi kelentong cuba dah besar sikit mau aku kena smash balik. Firdaus ni pantang nengok muka aku ada kat rumah , mesti dia akan kata "mak jum kita gi enjoy". Masa mula-mula dengar Firdaus sebut perkataan enjoy tu aku konpius gak , nak sangat tahu apa yang dia maksudkan ngan enjoy, aku pun tanyalah dia " enjoy tu apa dik? nak pecah perut aku ketawa bila dengar dia cakap yang enjoy tu cuti jalan -jalan naik komuter, makan KFC lepas tu gi Giant. Firdaus memang suka sangat ajak aku gi Giant Port Klang, yang kelakarnya setiap kali dia ajak aku pegi giant , aku  mesti ulang ayat yang sama "alah dik dah besar nanti ko tak akan pandang Giant & KFC Port Klang tu". Kijamkan ayat aku , sah sah menunjukkan yang giant tu buruk beno.*syyy GPK tu buruk banget* kwang kwang kwang

Ada segelintir orang lelaki , masa dorang kecik rajinlah nak ikut mak ayah gi shopping komplek, nanti bila usia meningkat remaja banyaklah alasan dorang bagi bila diajak pegi shopping komplek. Perkara biasalah tu, lelaki yang mula meningkat remaja ni otomatik dalam diri dorang tu datang sifat malu, jadi tak hairanlah kenapa dorang tak gemar nak ikut mak ayah pegi shopping komplek.

Cukuplah penyembangan aku untuk hari ni, kalau diteruskan nanti ada dapur yang tak berasap atau ada rumah yang berkepah- kepah

Jom kita ke aktiviti orang bujang tapi dah kahwin boleh gitu, ni aku nak tunjukkan rupa masakan bila aku tinggal berdua jer ngan Firdaus : )



Kita ambik daun salad , leraikan kemudian bersehkan dibawah air mengalir. Daun salad ni feveret Firdaus.



Ambik beberapa keping roti GARDENIA. tang gardenia tu sebut betu-betul .*mampos bila rakan opis terbaca blog aku* ada aku kesah


Ambik 4 biji telur LTK omega plus , aku beli telur ni time kaya je, time miskin beli telur biasa.




Aku suka telur LTK omega plus ni bukan sebab telur tu ada omega 3 atau DHA ye , aku suka sebab bila digoreng nampak telur kuningnya bulat dan terletak .*ayat kejam* sila abaikan kuali mak yang bersopak tu, nak beli tefal mak tak mampu.


Suami aku ni aku suruh beli cili sos life dia gi beli sos cili maggi, mak redho jelah. Aku kurang gemar ngan sos cili maggi.


Goreng dik jangan tak goreng, Firdaus ngan aku suka kuning telur cair sikit , suami aku tak suka yang cair, masa dia tak de kat  rumah ni ada aku kesah kalau kuning telur tu cair.kwang kwang kwang


Pandai-pandailah atur ikut sesuka hati kengkawan.Aku ada letak mayonis tapi sikit je, kat rumah  ni aku  X sikit mayonis. Dekat   setengah tahun mayonis kat rumah ni  tak habis-habis.



Sila katup roti tu ye.

Senyum ala-ala tak ikhlas pun ada. Banyak kali gak aku debik dia demi nak mendapatkan posing dia yang paling menarik.*bajet kemara DSLR*


Roti untuk Firdaus aku potong 4, dah terbiasa dari anak -anak aku kecik , makanan yang bersize agak besar, suami memang akan  suruh aku  potong  supaya  anak -anak senang nak suap ke mulut.
Budak semakin besar cam tulah lagaknya bila kita ambik gambar dia.Kalau korang tak caya pegi baca entri lama aku, korang bandingkan sendiri lagak antara Firdaus masa kecik-kecik ngan sekarang ni erghhhh geram tau.


Sekianlah saje ragam hidup orang bujang dihujung minggu.#bujanglahsangat

Friday, February 17, 2012

Tokengs upgrade

salam kengkawan...........

Petang semalam lepas ambik Firdaus balik sekolah,terus bawak dia ke pasar malam, aku malas nak masak , beli nasi ayam ngan mee sup je. Masa beli mee sup, Firdaus ternampak tokengs ayam, apalagi mengelupur dia nak tonkengs, tengok tonkengs teringat yuyi , dia ngan tonkengs kan tak dapat dipisahkan : )

Terkejut mak tonkegs ayam sekarang dah upgrade ,ditaburi ngan dedaunan kari, meriah dan wangi tu. Oleh kerana resepi tokengs dah upgrade aku upgrade kan sekali sebutannya kearah omputih "tokengs" . cam mana boleh ? Nak goreng sendiri tokengs ayam ni kat rumah, tidaklah nampaknya, nak beli tokengs ayam mentah pun aku tak tahu kat mana, tak kan ye lah aku nak kumpul tokengs ayam setiap kali beli sekor ayam. Macam tu nak penuhkan semangkuk tongkengs ayam mau makan tahun.

JENG JENG JENG
memperkenalkan tokengs ayam pasar malam berperisa daun kari
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Tokengs tokengs ayam , segar bugar dipasar malam- nyanyi ikut lirik bunga-bunga matahari- maya

Buktinya berperisa daun kari .........


Habis cerita tonkengs ayam, kita cite roti massimo plak, nak tak? korang tak nak , aku nak cite gak.Alkisah pagi tadi aku buat roti telur yang gebu geban, nak tahu rahsianya, baca kat bawah : )

Buat roti telur guna roti sandwic dengan germa gandum ni, hasilnya roti telur jadi gebu geban.Tak caya sudah, namamu dollah.

bak kata bini david becham, resepi roti telur germa gandum ni besa besa je : ).alo alo comellah korang ni, dah terror buat roti telur , lagi nak resepi ye. Sapa yang nak resepi tu, tak pun aku yang syok sendiri.kah kah kah




Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, dah kenyang mata mengantuk.oiii lega aku auditor beram hari ni, tak puas hati nak jugak komplinkan...........cis

Tuesday, January 17, 2012

Roti Gardenia vs roti massimo- kebabom

Tajuk hari ni gempak sikit , saja nak bagi anonymous terbakar, sibuk sangat nak sokong roti gardenia, lepas tu nak bengang bila aku up cite pasal  roti massimo. Kenapalah bodoh sangat ? kalau kita sokong ke dua-dua company roti tu, kita tak dapat apa-apa pun, tauke company tu dah tentu hilir kaya raya. Kalau sekali sebarkan email, dia bagi sejuta ngan banglo sebijik, mak pun nak dik nun, setakat sokong free cam tu,  membazir air liur, rentikanlah.

Aku menyokong bersebab, company yang keluarkan roti massimo tu salah satu anak syarikat, company aku keja sekarang ni. Aku pun tak de lah sokong bagai nak rak , alah kadar je, waima aku sokong roti massimo tak de plak aku burukkan roti gardenia, aku sedar diri sikit sebelum  ujudnya roti massimo , aku  selalu  jugak makan roti gardenia.

Naik benggang aku, bila  up  je cite  pasal roti massimo  ada  anonymous yang duk meroyan bagi link atau email yang  mengutuk roti massimo, macamlah roti massimo tu bapak aku punya company. Tolonglah jadi manusia yang faham apa yang kita cakap dan buat, jangan jadi manusia yang orang suruh terjun longkang, tanpa berfikir ko pun terjun. Orang kata itu tak halal, ko pun kata tak halal, main ikut je apa orang lain kata tanpa usul periksa. hampehlah sangat orang cam tu . Buatlah keja mendatangkan hasil, jangan buat keja yang buat orang lain meluat.

Murid-murid mari kita buat roti telur guna roti Gardenia.


1)Bukak roti Gardenia, keluarkan 5 keping roti.



2)kacau 3 biji telur bersama sedikit kicap cair + hirisan dari sebiji bawang besar kuning(holland). Kalau suka boleh campur sedikit fresh milk.

3)2 sudu besar planta forever

4)Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit planta,

5)celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. hirisan bawang tu biar mewah : )


6)Balik- balikkan roti mengelakkan hangit disebelah bahagian je.

Bila kedua belah dah agak masak atau garing sepenuhnya, boleh lah diangkat.Hidangkan bersama cili sos LIFE.tedap

Untuk bekal Firdaus ke sekolah, aku keratkan sekeping roti telur kepada 4 bahagian, bekas yang sebelah lagi, aku bubuhkan sedikit cili sos.




Berjumpa lagi dilain hari dan waktu, sesiapa yang nak meroyan pasal roti sila meroyan sekarang.kah kah kah.....................

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina