Showing posts with label juadah bersahur. Show all posts
Showing posts with label juadah bersahur. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Tomyam dan khasiatnya untuk juadah bersahur

Salam Ramadhan...................

Abaikan tajuk cam bangkai tu ye. Tekak tengah sakit haruslah makan makanan yang bersup dan berkuah ye dak. Malam tadi niat aku nak buat biskut samperit dahlia terbantut  gara-gara akur arahan suami  supaya aku berehat dalam sehari dua ni. arghh ye lepas ni aku suruh dia tolong aku buat biskut nak sangat tengok aku  berehatkan.

Petang semalam aku beli ayam tempayan makmur  gara-gara   melayan tekak suami aku yang dahlah mengidam ngan ayam tu kononnya . ayam tempayan punya pasal subuh tadi aku terpaksa dan memaksa  merajinkan diri memasak tomyam sebab tak de balance makanan yang boleh diperhangatkan. 
Bila masak tomyam aku wajib goreng telur dadar ala-ala bangang ni.
Resepi tomyam mungkin dah ada dalam kepala setiap orang, tak payahlah aku nak bagi resepi lagi. Kadang-kadang resepi sama mungkin cara dan tekniknya saje yang berbeza.

cara /teknik aku masak tomyam:-

1) tumis hirisan bawang besar, serai , daun limau purut ngan tomato hingga naik bau.

2) tumis paste tomyam

3)sekiranya aku buat tomyam sotong & udang, aku akan masukkan akhir sekali udang & sotong tu, biarkan tomyam mendidih sekejap, kemudian aku angkat , berbeza plak ngan cara aku masak tomyam daging & ayam , aku buh daging & ayam selepas menumis paste tomyam.

4) Jarang aku buh garam ngan perasa dalam tomyam bagi aku paste dah ada semua rasa tu,  tapi terpulang jugak ngan sukatan air dalam tomyam, tak boleh terlebih air nanti tomyam rasa tawar  dan kelihatan sedikit cair.

5)aku suka rasa masam tomyam tu datangnya dari tomato dan sedikit jus limau kasturi atau limau purut .


 
Bila kuah tomyam dah agak mendidih ayam plak masak secukupnya  bolehlah diangkat pada sesiapa  yang masak mengunakan kuali tu bolehlah transfer tomyam ke dalam periuk.
Aku suka buh kuah tomyam sampai meladung dalam nasi. Aku memang forever teruja  ngan tomyam
Buh  dua tiga biji cili api yang dibelah dua dalam kuah tomyam  lagilah mantop bila dihirup .Nak hirup kena berhati -hati jangan sampai tersedak : )


Sekadar luahan hati

1)Semoga impian aku malam ni nak buat chocolate chip terlaksana.

2)Tak delah gah sangat rasa ayam tempayan makmur kat kawasan rumah aku ni.

Monday, August 6, 2012

Juadah berbuka hari sabtu permintaan anak-anak.....

 Salam Ramadhan.................

Sekarang ni aku tengah menunggu yuyi ambik aku kat rumah, InsyaAllah lepas ni aku  nak pegi beli barang-barang  buat biskut. Sebelum dia sampai sempat lagi aku nak upadete blog tu.la la la.

Haishhh kenapa hati aku ni secara tiba-tiba  rasa terharu dan terindu plak bila membaca  pesanan dari Alin Marlini ngan kak zakie  kat  kotak chat box aku kat bawah tu. Entah kenapa semenjak dua menjak ni hati aku mudah tersentuh  bila ada insan yang baik kat dalam dunia ni  seperti  sahabat -sahabat yang aku kenal di alam maya. Berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada sahabat -sahabat alam maya yang sudi membaca segala luahan  suka duka keluh kesah kehidupan aku di sini.

Berbalik semua pada cite juadah berbuka, yuyi ngan gula-gula  ada kat rumah aku dari petang jumaat, petang minggu  baru dorang balik kerumah dorang. Hari Jumaat tu dah tentu tentu lah juadah berbuka dan kuih muih aku main tunjuk-tunjuk kat bazar Ramadhan, hari sabtu baru aku masak sendiri juadah bersahur ngan berbuka. Juadah berbuka hari sabtu tu aku masak simple je sambal sardin , goreng bayam ngan telur dadar bermayonis.Kenapa sambal sardin? aku penuhi permintaan yuyi  yang teringin sangat nak makan sambal sardin. Paling best sambal sardin yang aku masak ni  mengunakan cili tumbuk .kenapa cili tumbuk? hua hua hua aku sedih ni tau mesin cili aku hampir dua minggu tersadai dan sekarang ni sedang dalam proses dibaik pulih.

Selain dari lauk pauk  yang aku sebut tadi  , suami aku beli taufufah sebagai penganti kuih muih , boleh plak gitu ye, mentang-mentanglah Firdaus suka sangat ngan  taufufah dengan kitaorang semua kena layan taufufah.
Suami aku ni  nak kena pelangkung kot , tengok dia punya gula merah sikit punya banyak.manissss
Kalau ada yuyi budak ni memang   susah nak nampak muka dia , asyiklah main games ipad, masa tu aku hanya mampu  bersabar je.
Sardin dah semestinya sardin ayam brand bila tengah tak mampu dah semestinya sardin botan atau king cup ye.la la la.

Bukti yang aku mengunakan cili kering tumbuk.Cuba jangan tak cuba rasa sambal yang mengunakan cili tumbuk  berlainan dari cili mesin.
Aku tambah kentang goreng dalam sambal sardin
nilah dia sambal sardin bersama kentang goreng. Resepi sambal sardin bersepah dalam blog aku ni , search jangan tak search.
Juadah berbuka bawak ke sahur  cuma aku  tambah cucur goreng ikan bilis ko mampu, tiba -tiba plak masa sahur tekak ni  teringin nak makan cucur ikan bilis cicah sos cili .Teh o panas memang feveret yuyi masa bersahur.
Bayam goreng

Telur dadar bermayonis, permintaan suami.



Sekadar luahan hati

Yuyi ni kata pukul 3 , cepat plak dia sampai tak senang aku nak update blog.Okeylah jumpa lagi , Insya Allah







Friday, August 3, 2012

Ambik semangat ; ayam kicap special


Salam Ramadhan...............

Lepas ni InsyaAllah aku kena lebih bersemangat memasak untuk juadah berbuka puasa. "Go go chaiyok, "aku kata dalam hati. Mana taknya setiap petang aku call yuyi , dia kata tengah memasak siap bagitau aku lagi yang dia dah dua tiga hari tak start enjin kereta, ini bermaksud dia dah lama tak pegi bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka .Oh tidakkk , mana boleh jadi cam ni mak beli makanan kat bazar Ramadhan , anak plak memasak sendiri makanan di rumah. Lagi satu yang menaikkan semangat aku nak memasak juadah berbuka puasa bila aku baca cerita geng kamceng tapi tak pernah bersua muka pun .Semangat jangan tak semangat, tekak mak ni pun dah muak ngan makanan yang aku beli sendiri. cam ni pun bolehkan*

Balik keja semalam aku temankan kawan beli barang kat pasaraya,aku menyinggah jap beli ayam ngan sayur. Sampai rumah aku terus masak masa tu pun dah dekat pukul  7 kelam kabut aku masak.. Aku masak yang simple simple je aku masak ayam ngan kentang goreng kicap dan kobis goreng fish ball.
Aku suka buat keja sambil menyambil ; sambil mengoreng ayam aku merebus kentang.la la la la

Sempat lagi suami suruh aku gorengkan fishball untuk dia dimasa aku mengoreng ayam.

Ayam goreng dan kentang goreng sebelum dimasak kicap
Bahan-bahan
  1. 1 biji bawang besar dihiris nipis-nipis
  2. 4 ulas putih bawang dihiris 
  3. 1 cm  dihiris-hiris  
  4. 2 batang kayu manis & sekuntum bunga lawang
  5. 1 teaspoon serbuk lada hitam
  6. 5 biji cili api -belah dua
  7. 3 biji cili besar-belah dua
  8. 2 sudu besar kicap pekat
  9. 4 sudu besar kicap kipas udang
  10. 3 sudu besar sos cili
  11. buh air lebih kurang  300ml
Lebih kurang 10 ketul ayam goreng dan 4 biji kentang dipotong baji kemudian direbus dan goreng.

Cara-cara membuatnya

Tumis  semua bahan hirisan dan kayu manis & bunga lawang sampai layu dan naik bau.Bila bahan tumisan dah naik bau buh 3 sudu besar  sos cili kacau sekejap,lepas tu buh kicap pekat dan kipas udang dikuti ngan 300 ml air. Rasa ikut citarasa masing-masing.Bila kuah kicap dah  mendidih bolehlah masukkan ayam goreng ngan kentang goreng tadi. Kacau sekata biar sekejap kemudian  bolehlah diangkat

Jeng jeng ayam goreng & kentang goreng masak kicap, specialkan*jangan lempang ye*

Kobis cina goreng ngan fish ball

Sekadar luahan hati

Percaya tak? kadang-kadang orang sekeliling kita lebih peka akan perubahan sikap dan fizikal kita berbanding diri kita sendiri .kenapa aku cakap cam tu?


Pada suatu hari aku mengemas laci kat ofis dalam laci aku penuh wayar ngan telefon lama.Satu persatu laci aku buka  sampai di laci paling bawah  aku tanjat kat dalamnya  ada sebotol glass  cleaner, aku keluarkan glass cleaner tu aku sembang ngan sorang  kawan opis aku yang dari tadi sibuk mengfax "haish mana datangnya glass cleaner ni, apasal selama ni akak tak perasan benda alah ni ada kat dalam laci ni."

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku  tiba-tiba muncul satu suara dari arah dekat "itulah kau tak perasankan? semenjak kau berblog ni  kau dah tak tahu apa yang ada kat sekeliling kau."Aku tak tahu nak cakap apa, aku dan kawan aku yang tengah mengefax saling berpandangan sesama sendiri. 

Ada kemungkinan besar selepas ini aku kena berhenti berblog untuk mengelakkan aku tak mampu  mengenali  suami atau anak sendiri satu hari nanti.


Thursday, August 2, 2012

Juadah bersahur hari ke 13- ayam KFC 1 ; prekuel

Salam Ramadhan..................

Pejam celik pejam celik dah 13 hari umat Islam berpuasa . yeak yeak tak lama lagi raya .udah dah macam budak-budak plak aku ni. Dah tua-tua ni raya apa lagi bagilah can budak-budak plak beraya. Sejak ketiadaan ahli keluarga suasana hari raya aku agak suram tapi ia tak pun mematahkan semangat aku untuk menyambut hari raya dalam suasana yang gembira, meriah dan happening bersama anak-anak dan suami ,sila percaya. Apalah nak dikenang orang yang dah pergi , yang pergi dah tentu tentu pergi tak kan yang hidup tak boleh menikmati segala kegembiraan yang ada kat dunia ni.

Berbalik pada cite juadah bersahur ; Subuh tadi aku terlebih rajin aku buat nasi goreng ayam. Tak delah aku rajin sangat pun tapi sebab dek mengenangkan ada 3-4 ketul ayam KFC balance berbuka semalam aku gagahkanlah diri buat nasi goreng. Membazir amalan syaiton jadi daripada membazir ayam cam tu marilah kita memasak nasi goreng ayam


3 ketul ayam KFC Original
potong sederhana besar(jangan tulang ayam pecah)
6 ulas bawang putih dicincang
suku kobis cina & 5-4 batang kacang panjang -dihiris sederhana halus
Bahan sampingan yang lain
1)3 biji telur
2)1 1/2 kiub ayam maggi
3)5-6 biji cili api ditumbuk atau dipecah-pecahkan
4)sedikit kicap cair(sebagai penganti garam)

Cara-cara membuatnya

1)Tumiskanbawang putih cincang sampai layu dan naik bau ketepikan ditepikuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)
2)Tumiskan sekejap 11/2 kiub pati ayam maggi(pecahkan kiub tu guna sudip ye).
3)masukkan hirisan kobis cina , kacang panjang dan cili api tumbuk tadi, kacau hingga kacang panjang sedikit empuk ketepikan ditepi kuali
5)pecahkan dua biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)masukkan ayam KFC yang dah dipotong sederhana besar. kacau sekejap
7)Masukkannasi sejuk,buhkan sedikit kicap cair kacau hingga semuanya bergaul,guna api kuat semasa mengacau nasi goreng, akhir sekali titiskan 3-4titik minyak bijan.Kacau, angkat dan sedia dihidang.


Jeng-jeng nasi goreng ayam sedap dan mudah disediakan , ialah tu.
ni suami punya dia memang jenis memang makan sikit tapi kalau asam atau jajan dia makan banyak dan laju.la la la .


Sekadar luahan hati.......

Ada sedikit pelik tekak aku ni kalau kat rumah tak lalu makan kalau kat opis laju je.

Sunday, July 29, 2012

Juadah bersahur hari ke 8-makcik dah semakin malas

Salam Ramadhan ..............


Ye , makcik dah semakin malas ye dik nun.Bila kemalasan mulai  menguasai diri apa pun tak boleh alamatnya  juadah   bersahur yang aku sajikan untuk keluarga  dah semestinya makanan yang  amat mudah untuk disediakan  contohnya mee atau bihun goreng.okey stop cite pasal bersahur,  Tak tahulah samada korang perasan atau tidak  yang aku ni jarang tepek gambar  juadah berbuka puasa atau atau bercerita mengenai  juadah berbuka puasa aku ngan family. Bukannya aku tak nak tepek gambar ,aku nak tepek tapi aku segan sebab aku jarang masak juadah berbuka puasa buat pengetahuan korang juadah berbuka  berbuka aku peniaga pasar ramadhan yang masak . Sila percaya aku hanya berkesempatan memasak juadah untuk berbuka puasa  cuma  pada hari pertama dan kedua puasa je.*alasan klise*


Waktu bersahur  otomatik aku bertukar kepada ibuk yang rajin memasak*matik pujik diri sendirii


Menu sahur semalam ; aku goreng  mee goreng sotong 


Resepinya simple dan mudah je :-
Sebungkus mee kuning-basuh dan tuskan
dua atau 3 sudu cili kisar & 6 ulas bawang putih -hentak ngan belakang parang dan kupas *dasar orang rajin*
Taugeh  segenggam dua-aku tak tahulah cam mana besar genggaman  korang.la la la la
sawi 1/2 ikat
basuh berseh  dan tuskan.
 Lebih kurang 10 ekor sotong bersize sederhana besar-siang ,berseh dan tuskan .
Bahan perasa
1)dua sudu besar kicap kipas udang lemak manis-untuk penambah rasa
2)dua sudu besar sos tiram-untuk penambah rasa
3)1  sudu besar kicap pekat-untuk memberi warna hitam pada mee goreng


Tumis bawang putih cincang tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan cili tumis sampai pecah minyak(wajib)-masa menumis guna api sederhana ,bila cili dah pecah minyak   masukkan  dua sudu besar sos tiram dan sotong  kacau  sebentar kemudian masukkan sawi, diikuti ngan mee kuning . Bubuh kicap pekat  terpulang citarasa masing-masing, saper suka mee goreng kaler hitam buh lebih sikit kicap.(pada aku dah sedang elok sesudu besar kicap pekat  untuk mengoreng sebungkus mee kuning  )Tak  payah buh garam sebab mee kuning dah sedia masin (gantikan ngan buh dua sudu besar kicap kipas udang lemak manis), Kacau dan kaup balik  jangan putuskan plak mee tu, last sekali buh taugeh, goreng  rebah bangun je , kemudian bolehlah diangkat.sedia dihidang serta dinikmati.
Mee goreng basah cam ni  boleh gak dijadikan juadah untuk berbuka. Kalau waktu bersahur aku goreng mee cam ni punya banyak  maksudnya anak aku yang dua orang tu balik bersahur kat  rumah aku.



Sekadar luahan hati

Hari ni InsyaAllah kalau diizinkan Allah SWT aku memasak untuk juadah berbuka puasa.

Juadah bersahur-masuk hari ke 9 juadah dah suam-suam kuku

 Salam Ramadhan......................


Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 9 umat Islam berpuasa InsyaAllah. Semakin  dekat pertengahan bulan Ramadhan  semakin tekak ni tak lalu nak makan makanan  yang berat-berat semasa bersahur. Bila tekak ni dah tak lalu makan  dalam otak aku ni membayangkan satu makanan yang simple tapi mengenyangkan dan berkhasiat. Apa lagi makanan  yang simple tapi mengenyangkan dan berkhasiat kalau bukan  Roti Massimo germa gandum dijadikan  roti telur bermayonis bercili sos atau roti scramble egg ye dak.*pliz ambik saya jadi jurucakap produk roti massimo* la la la 


Ko mampu sekali tala dua jenis roti dalam masa yang sama. Juadah  untuk bersahur subuh ni aku buat roti scramble egg ngan roti telur bermayonis bersos cili*abaikan nama resepi yang panjang lebar tu*
Malam sabtu masa kat dalam pasaraya Giant aku ternampak planta ngan kaya  tiba-tiba je tekak ni teringin nak makan roti disapu planta ngan kaya.Apa lagi aku rembatlah planta, kaya ngan roti massimo germa gandum. Aku adalah bangang sampai umah tak de plak keinginan nak meyapu roti ngan planta dan kaya  tapi yang bestnya   roti tu aku boleh plak buat roti telur bermayonis bercili sos ngan roti scramble egg untuk dijadikan juadah bersahur.Nampak disitu otak dah berpusing*
Kacau dalam mangkuk sederhana besar
1)4 biji telur 
2)sedikit kicap cair
3)Sebiji  bawang Holland-hiris nipis
4)4tangkai daun bawang -hiris  sederhana halus(kalau tak de pun tak mengapa)
5)sos cili life
6)mayonis

cara-cara membuatnya

Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. Jangan lupa  membalik- balikkan roti bagi  mengelakkan roti  hangit disebelah bahagian je.Bila roti telur nampak  garing secukupnya , angkat roti  ,tuangkan  sedikit mayonis ngan sos cili . di atas permukan roti   kemudian tutup ngan sekeping roti telur.Sedia dihidang serta dinikmati.
 Bahan -bahan untuk membuat roti scramble egg.


1)Telur-aku guna 5 biji telur
2))lada sulah
3)sedikit kicap cair-penganti garam
3)Fresh milk
4)roti massimo germa gandum
5)butter
Cara-cara membuatnya

kacau 5 biji telur bersama fresh milk dan sedikit kicap cair, kalau agak nak diet kengkawan tukarkan kepada low fat milk , kacau telur hingga kental kemudian buh sedikit lada sulah. kalau boleh gunakan  api sederhana  semasa mengacau telur tadi. Sapu roti ngan sedikit butter , letakkan telur kemudian kat atasnya tempekkan sekeping roti .Sedia dihidang serta dinikmati.


Jumpa lagi tengahari nanti ye, InsyaAllah.........


Sekadar luahan hati

otak berpusing tak pe lagi jangan cakap berpusing udah............mak jadik takut

Thursday, July 26, 2012

cerita masak- masak juadah bersahur aku hari ni-simple je

Salam Ramadhan........................

haish entah kenape semenjak dua menjak ni aku letih betul boleh palk aku bantai tertidur lepas berbuka . Nasib baik Firdaus  ikut sekali tidur. Tengah malam aku terjaga ingatkan nak basuh pinggan mangkuk yang guna masa berbuka puasa tadi , tapi tak delah nampaknya bila aku dah sambung tidur balik. Nasib baik sebelum tidur aku dah set jam pukul 4 , kalau tidak mau kelam kabut dibuatnya.

Masing -masing dah keletihan memang tak delah nampaknya nak keluar pegi beli barang dapur. Beras pun dah tinggal cinonet nasib baik ada maggi , maggi pun maggilah janji ado benda yang boleh dimasak untuk dijadikan makanan untuk bersahur
tak lengkap rasanya kalau tak buh sayur, aku ambik sayur yang memang  ada kat dalam esbok je

1)1/2 ikat sawi hongkong
2)suku kobis cina dihiris
3)hirisan bawang merah daripada 5 ulas bawang
4)telur 3 biji
Segenggam ikan bilis dibersehkan ,cuci dan tuskan
3 bungkus maggi kari ; celur maggi dalam air panas mendidih yang telah dimasukkan beberapa titis minyak , celur hingga lembut. Bila agak -agak maggi dah lembut angkat tuskan dan terus cucurkan dibawah air paip sekejap kemudian maggi tadi  bolehlah digaul sekata  ngan perencah kari.semuanya dah bergaul sekata ketepikan.
Cara-cara membuatnya
1)tumis hirisan bawang merah hingga naik bau dan layu
2)tumis ikan bilis hingga sedikit garing
3) masukkan sayur-sayuran tadi ,kacau kaup balik kemudian ketepikan ditepi kuali
4)pecahkan 3 biji telur kacau hingga sedikit garing
5)masukkan maggi goreng hingga semua bahan bergaul mesra kalau waktu mengoreng guna api sederhana .
Jeng jeng juadah aku bersahur maggi goreng, tepung pelita balance makanan berbuka minuman teh o
Juadah bersahur hari ke 5 . Juadah untuk aku bersahur dah macam juadah untuk berbuka katanya yuyi.Aku memang cam tu sambutan nak menyambut sahur tu lebih meriah nak dibanding berbuka. Mungkin masa dekat nak berbuka puasa tu badan dah terasa penat sangat makanya otomatik tekak rasa tak selera bila menengok juadah berbuka .kueh teow goreng semalam pun aku makan pun tak habis.

Sekadar luahan hati

Percayalah kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukannya jangan cakap takbur kelak binasa diri sendiri.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina