Showing posts with label maggi goreng. Show all posts
Showing posts with label maggi goreng. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Mari memasak diwaktu malam


Entah kenapa mood memasak aku untuk hari ni langsung tak de.Mood memasak tak de tu selalunya berlaku bila aku tak mempunyai selera nak makan. Serius nampak sangat aku mementingkan diri sendiri di situ.Nasib baiklah aku dapat suami dan anak-anak yang tak cerewet bab makan.

Yang kelakarnya tuh mood memasak  tak de boleh plak datang  mood aku  nak membasuh bekas dan balang biskut raya yang dah kering kontang.Serius aku tak pernahlah serajin ni  , selalunya kalau aku rajin  pun paling awal  di penghujung syawal.*spesis malas*

Nasi goreng kampung menu makan tengahari aku untuk hari ni
 maggi goreng plak menu makan malam aku untuk  hari ni
Maggi goreng makan bersama ngan kicap cair yang dicampurkan hirisan cili api ni menjadi peberet suami -eh eh malam ni suami aku tak nak makan ngan cili api , sakit perut  katanya .

Menu diatas adalah jawapan untuk orang -orang yang tak de mood memasak macam aku ni.


Entah kenapa, malam ni   bila aku terpandang  nama Tihara kat chat box aku ,  hati ni  terasa rindu  sangat  dengan blogger kisah kehidupan  . Al-Fatihah  untuk arwah.

Thursday, July 26, 2012

cerita masak- masak juadah bersahur aku hari ni-simple je

Salam Ramadhan........................

haish entah kenape semenjak dua menjak ni aku letih betul boleh palk aku bantai tertidur lepas berbuka . Nasib baik Firdaus  ikut sekali tidur. Tengah malam aku terjaga ingatkan nak basuh pinggan mangkuk yang guna masa berbuka puasa tadi , tapi tak delah nampaknya bila aku dah sambung tidur balik. Nasib baik sebelum tidur aku dah set jam pukul 4 , kalau tidak mau kelam kabut dibuatnya.

Masing -masing dah keletihan memang tak delah nampaknya nak keluar pegi beli barang dapur. Beras pun dah tinggal cinonet nasib baik ada maggi , maggi pun maggilah janji ado benda yang boleh dimasak untuk dijadikan makanan untuk bersahur
tak lengkap rasanya kalau tak buh sayur, aku ambik sayur yang memang  ada kat dalam esbok je

1)1/2 ikat sawi hongkong
2)suku kobis cina dihiris
3)hirisan bawang merah daripada 5 ulas bawang
4)telur 3 biji
Segenggam ikan bilis dibersehkan ,cuci dan tuskan
3 bungkus maggi kari ; celur maggi dalam air panas mendidih yang telah dimasukkan beberapa titis minyak , celur hingga lembut. Bila agak -agak maggi dah lembut angkat tuskan dan terus cucurkan dibawah air paip sekejap kemudian maggi tadi  bolehlah digaul sekata  ngan perencah kari.semuanya dah bergaul sekata ketepikan.
Cara-cara membuatnya
1)tumis hirisan bawang merah hingga naik bau dan layu
2)tumis ikan bilis hingga sedikit garing
3) masukkan sayur-sayuran tadi ,kacau kaup balik kemudian ketepikan ditepi kuali
4)pecahkan 3 biji telur kacau hingga sedikit garing
5)masukkan maggi goreng hingga semua bahan bergaul mesra kalau waktu mengoreng guna api sederhana .
Jeng jeng juadah aku bersahur maggi goreng, tepung pelita balance makanan berbuka minuman teh o
Juadah bersahur hari ke 5 . Juadah untuk aku bersahur dah macam juadah untuk berbuka katanya yuyi.Aku memang cam tu sambutan nak menyambut sahur tu lebih meriah nak dibanding berbuka. Mungkin masa dekat nak berbuka puasa tu badan dah terasa penat sangat makanya otomatik tekak rasa tak selera bila menengok juadah berbuka .kueh teow goreng semalam pun aku makan pun tak habis.

Sekadar luahan hati

Percayalah kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukannya jangan cakap takbur kelak binasa diri sendiri.

Saturday, July 14, 2012

Biar miskin harta benda tapi beradab dan bersopan santun

Tiba-tiba je kan tajuk  ala-ala  subjek sivik yang kita pernah belajar  kat  sekolah.Yes aku tengah marah dengan orang yang tak beradab ni. Bersopan santun aku tak moh cakap sebab aku memang kureng ngan sopan santun.Pagi-pagi lagi ada orang dah buat aku berangin satu badan. Sebelum start membebel dengan panjang lebar , aku nak perturunkan  sedikit nasihat dan pesanan dari  arwah mak aku , otomatik bila aku praktikkan nasihat dan pesanan tu    Alhamdulillah  anak-anak aku pun praktikkan perkara  yang sama. Memang nampak remeh tapi pada aku penting sangat.Lantak !!!!kalau orang lain tak nak praktikkan aku tetap akan praktik sampai bila dan kalau boleh aku nak anak-anak aku pun praktikkan  perkara  yang sama

Adab-adab yang pada aku penting sangat

1)Jangan masuk  rumah orang sesuka hati selagi orang tak jemput masuk
2)Jangan buka surat orang lain, ambik barang orang lain, menceroboh harta benda dan  kediaman orang lain tanpa keizinan .
3)Kalau pegi rumah orang selagi tuan rumah  tak jemput duduk ko berdirilah sampai esok
4)Jangan meninggi suara bukan pada tempat yang sepatutnya
5)Jangan masuk bilik  orang  terutama orang yang dah berkahwin
6)Jangan suka pinjam barang kelengkapan& dapur rumah waima apa saje barang rumah orang
7)Jangan bagi orang tua duk atas lantai kita duk  atas kerusi

Banyak lagi lah adab-adab yang arwah mak turunkan  kalau aku nak senaraikan sampai esok pun tak habis. Nak tahu kenapa aku berangin satu badan  hari ni?

Pagi tadi lebih kurang pukul 8 aku tengah ralit mengoreng maggi kat  dapur (kedudukan dapurku agak kebelakang sikit) sayup -sayup aku terdengar  orang panggil aku.Jarang sangat-sangat orang panggil aku cuti hujung minggu  cam ni, aku pun buat bodo jelah.Masa tu suami aku ngan Firdaus tengah tidur kat ruang tamu.Tanjat memon aku dengar suara tu makin lama makin dekat yes suara dah  berada  di depan pintu rumah.Suami aku bingkas bangun mungkin terkejut . Nasib baik spesis suami aku tidur ngan berbaju dan berseluar jeans.*bajet suami soleh*.Cuba kalau suami aku tidur berkain pelikat atau berboxer cam mana tak  ke suami aku tersegan termalu. Bahaya betullah orang-orang sekarang ni


Aku nak naik hantu je boleh plak orang tu bukak pagar masuk sampai depan pintu rumah aku.Dia sepatutnya  tak boleh buat cam tu  waima aku kenal seluruh ahli keluarga  dia pun.Pada aku perbuatan dia tu "TAK BERADAB"  Kalau pintu pagar aku tu tak  berkunci boleh lagi aku pertimbangkan perbuatan dia tu, tapi ia dikira berkunci walaupun suami aku hanya  melilitkan rantai kunci kat  pagar pada aku itu tetap menjadi satu isyarat  yang tuan rumah tak bagi orang luar masuk sesuka hati.Aku terkedu dia sesuka hati  masuk sampai depan pintu  rumah orang hanya semata -mata nak meminjam tangga . Entah kenapa aku menyampah sangat ngan orang yang berumah besar atau berkereta manjalar  kadang tu punya lebih dari sebuah kereta tapi agak bangkai disitu  bila ada kemahuan  meminjam gergaji, periuk , tangga, tukul besi  dan berbagai lagi  kelengkapan rumah  dengan jiran tertangga.Pinjam memang  bila-bila pun aku boleh bagi tapi yang benci tu masa kita orang nak mengunakan barang  yang dipinjam kita orang  plak nak pegi  mintak balik ,  nampak  macam kita  plak yang meminjam. *Serius agak bangkai disitu*


Cubalah set kan dalam otak sebelum berumah besar atau berkereta manjalar , wajiblah membeli barang keperluan rumah yang penting-penting dulu terutama 

1) gergaji, tangga, segala tukul dan  barang-barang hardware yang seumpama dengannya
2)kuali, pengukus, segala jenis periuk , segala jenis pisau parang, kapak dan senjata-senjata tajam yang lain

berbuihlah mulut aku cakap perkara  remeh temeh cam ni , serius boleh muntah hijau dibuatnya  -nampak sangat penipukan.Panjangnya   kuliah aku hari ni  tiba-tiba teringat masa duk asrama asal  hujung minggu je ada kuliah subuh. Masa tu lah syaiton-syaiton bertenggek kat kelopak mata.

Cukuplah ye adab-adab tu ,  aku nak tepek maggi goreng yang jadi kontroverse apasal kontroversi sebab masa aku tengah mengoreng maggi ni rumah aku cuba diceroboh.la la la 

Sila jangan muntah ngan maggi goreng aku yang hampir 44 kali aku dah tepek resepi kat blog ni*like i care*

 pastinya maggi kari letup
2 paket mee segera maggi kari, dicelur hingga lembut , angkat cucurkan dibawah air paip sekejap , kemudian tuskan guna tapis,kemudian  gaul sekata ngan 1 1/2  paket  perencah kari. 
 1 ikat sawi hongkong , siang dicuci ngan air kemudian  tuskan
2 biji telur 
 cara-cara membuatnya

1)Tumiskan bawang putih cincang hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)
2)masukkan sawi , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
4) masukkan dua biji telur , kacau hingga sedikit garing
5)pecahkan tiga biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan mee segera tadi, kacau hingga sekata, guna api sederhana semasa mengacau mee segera.Kacau sekata , kemudian angkat dan sedia dihidang.
kat rumah aku ni  2 paket maggi goreng  dah cukup sangat untuk 3-4 orang makan. 
Suami aku suka makan maggi goreng ngan kicap cili(kicap cair + hirisan cili api)
Jemput makan-tengok je udah ye.la la la la 




Sekadar luahan hati

Aku kehilangan mood memasak hari ni  kemungkinan besar hari ni aku masak yang simple-simple je. petang plak teringin nak buat kuih kertas.InsyaAllah jika diizinkan Allah SWT

Tuesday, March 20, 2012

masakan bewarna -warni - bukan saje membangkit selera kanak-kanak malah orang dewasa

Aku pernah terbaca pasal pinggan berwarna untuk meningkatkan nafsu makan anak kecil, bukannya aku tak caya, pada aku lebih baik kalau kita dapat masakkan anak kita sayuran yang berbagai warna  kerana sayuran yang berbagai warna mempunyai khasiat dan peranan berbeza. Sayuran hijau, kuning, merah memberikan carotenoids, sayuran berdaun berwarna gelap seperti kobis kaya dengan lutein, sejenis pigmen yang berkaitan dengan usaha menyekat perkembangan sel kanser.

Sebagai memenuhi keperluan hidangan setiap hari,jangan lupa memilih sayuran hijau, lebih gelap hijaunya lebih baik dan jangan lupa diperbagaikan jenisnya. Makanlah lebih banyak sayuran dan buah-buahan, seperkara lagi jangan lupa untuk memasukkan ulam-ulam mentah dalam setiap menu makanan kita. Pegaga, kacang botol, petai, jering, berbagai daun pucuk kayu seperti ulam raja dan banyak lagi sangat baik untuk dimakan dan mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi.Kalau boleh jadikan sayur sebagai menu utama, juadah tambahan korang boleh goreng ikan atau ayam. #khasiatsayurhijau cilokdarigoogle, kwang kwang kwang

Jom goreng mee segera mengunakan sayur beraneka warna #bajetbanyakwarnakonon

1/2 batang carrot dimayang sederhana

3 biji telur ayam
dua tangkai daun bawang-dipotong 1/2 cm
2 paket mee segera maggi kari, dicelur hingga lembut , angkat cucurkan dibawah air paip sekejap , kemudian tuskan guna tapis,akhir sekali gaulkan sekata ngan 1 paket  perencah kari.

cara-cara membuatnya

1)Tumiskan bawang putih cincang hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)
2)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
4) masukkan carrot , kacau sekejap sedikit empuk ketepikan ditepi kuali
5)pecahkan tiga biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan mee segera tadi, kacau hingga sekata, guna api sederhana semasa mengacau mee segera, akhir sekali titiskan 3-4 titik minyak bijan.Kacau, masukkan daun bawang, kacau sekejap, kemudian angkat dan sedia dihidang.

mee segera goreng ni berbagai warna tak?, cepatlah bagitau..mee  segera goreng ni makan ngan kicap cair buh hirisan cili api, lagi mabeles.

sambal sardin, juadah makan malam kitaorang dua hari lepas, nak terai ambik reseki kat sini ye. Berkhasiat sangatlah sambal sardin ni ye  #silalempangpipisendiri


Telur dadar berkacang panjang, simple dan sedap yang penting kanak-kanak suka.

telur dadar berkacang panjang, kalau suka boleh tukar pada kacang buncis atau daun kucai.

Golek golek dan tekan limau kasturi, kemudian potong pangkal (jangan belah dua ye)limau kasturi guna pisau. Seelok-eloknya gula pasir dilarutkan ngan air panas mendidih dulu  jika nak  bancuh sirap ais.

Air sirap ni apa kejadahnya berkhasiat, jangan salah paham ye, niat aku  hanya nak menunjukkan cara memerah jus limau kasturi ngan  betul.hua hua hua


akhir sekali , warnakanlah kehidupan kita ngan pelbagai warna supaya hidup kita lebih ceria, tenang dan banyak fikir yang baik -baik je , tapi lagi best sekiranya dari kepala hingga ke kaki dapat memakai pakaian  pelbagai warna cam budak  dibawah,


Ada berani kasut biru, baju hijau, seluar kuning.kwang kwang kwang

Monday, December 26, 2011

Tak baik main api, cadangan masakan Ikan GT-part 1 & resepi dan juadah-part 1

Salam hari senin.............


Dah masuk 3 hari blog ni sunyi sepi, dalam masa 3 hari ni , aku bagi Firdaus guna puas-puas lappy, aku pesan kat dia lepas 3 hari , hari senin bagi mak guna , jangan kacau mak. Aku tengah sibuk uruskan persiapan Firdaus nak ke sekolah pada 30/12/2011, hari Jumaat,itu hari orientasi untuk murid tahun 1. Semua dah siap cuma seluar sekolah dia kena potong sebab panjang sangat, malam tadi siap potong, tinggal jahit je. Cite pasal persiapan dan jalan-jalan cari makan hujung minggu, nanti aku update .

Hari ni baru dapat ngadap lappy, rasa happy je nak update blog, nak jalan blog kawan-kawan, rasa dah lama tak baca blog kawan-kawan. Dalam aku bergembira ada je anonymous yang buat onar nak hura hara kan blog aku. Kalau rasa nak bertanya atau nak sokong bagi pihak orang lain janganlah mengomen sebagai anonymous di sini. Aku kasihan sangat ngan anonymous tu, dia salah blog nak mengomen, tak pelah , dia tunggu dan lihat je lah nanti. Nasihat aku pada anonymous di luar sana, jangan suka bermain api, takut nanti membakar diri : )

Petang semalam kawan suami , dapat 40 ekor ikan GT(hasil memancing) , dia bagi suami aku 3 ekor sebab tolong dia siangkan ikan. Rumah aku ni, kalau ngan ikan berhantu, ayam tak jalan sangat sebab tu aku jarang masak ayam, kalau masak pun sebulan sekali. Ikan GT ni isinya kurang manis dan kasar sedikit, kena ngan cara masak , jadi sedap.

Cadangan masakan untuk ikan yang isi kurang manis dan kasar.

masak berkuah atau goreng

1)kari
2)tomyam
3)asam tumis
4)perap ngan rempah ratus/herba sebelum mengoreng
5)grill ngan rempah ratus/herba sebelum grill atau bakar
6)taucu
7)kicap


Aku dah pernah tunjukkan gril ikan GT ngan ikan GT goreng cili kering/bendi, hari ni aku tunjuk ikan GT goreng rempah plak.




bahan perapan

halia kisar ngan bawang putih
hirisan daun kari,
serbuk kunyit
serbuk lada hitam
madu
sos tiram
kicap cair


Lumurkan ikan ngan bahan perapan, kemudian gaulkan ngan tepung ubi/jagung .perap selama 3 jam atau semalaman.


Goreng dalam minyak panas .

Kami pasangan suami isteri yang tak sama citarasa , aku suka makan ikan , seafod atau daging yang separuh masak, suami plak suka yang masak sepenuhnya.



Untuk aku ngan Firdaus goreng separuh masak



untuk suami ikan digoreng garing.


Firdaus lebih suka ikan dari ayam atau daging


Brekpes pagi tadi mee segera goreng ngan bayam dan telur. Aku kurangkan minyak masa mengoreng sebab Firdaus tengah sakit tekak dan batuk.

Mengoreng mee segera ngan bawang merah rose, bayam dan telur menjadikan mee segera goreng wangi dan sedap.



Oleh kerana nak mengelakkan pengunaan minyak yang banyak, aku tumiskan hirisan bawang merah ngan sesudu besar minyak, lepas tu buh bayam , bila bayam dah sedikit layu, aku ketepikan , aku pecahkan dua biji telur ditengah kuali, kacau ngan sudip, takut melekat sebab kurang minyak, lepas tu baru buh mee segera yang dah celur.




suami suka makan mee yang bergoreng atau sup bersama ngan kicap cair yang dicampur ngan hirisan cili api.


mee segera goreng ngan bayam dan telur , sedap, yang penting kurang minyak sesuai untuk Firdaus yang tengah sakit tekak dan batuk.




Jemput makan, dah lama tak makan cili api , terasa plak kepedasannya.



Jumpa lagi dilain hari dan waktu, semoga kita semua buat benda yang berfeadah dan mendatangkan hasil je dalam hidup ni , ye dak? Jauhi dari sifat dengki dan iri hati kerana lambat laun boleh merosakkan diri sendiri. Hampehlah sangat kalau nak irihati/dengki ngan orang yang dah bertaraf paling kaya kat Malaysia : ) fikir -fikir dan renungkanlah.



reply komen chik Att


Ikan GT @ ikan Gerepoh


Saturday, December 10, 2011

cerita kobis cina ; tip mengoreng mee segera ; donut ;sarapan pagi hujung minggu

Salam hari sabtu.....................

Bestnya cuti deret 3 hari, yabeda bedu, boleh lepak kat rumah sambil masak -masak dan buat sepah rumah. kah kah kah. Pagi ni angin apa yang menyampuk aku , terlebih rajin plak buat donut ngan maggi goreng sekaligus.

Hari ni aku nak bagi satu tip ngetop cara  goreng mee segera, kalau ada yang rasa,  tips ni tak ngetop tak pelah kan , inikan blog aku , suka hatilah nak syok sendiri :)

Pagi tadi aku guna dua bungkus mee segera maggi kari meletup, macam tak cukup je dua bungkus, tapi nak buat cam mana , dah itu je yang tinggal.


Tips ngetop cara goreng mee segera


1) sayur yang digunakan untuk mee segera, kalau boleh guna guna kobis cina yang panjang, kobis ni memang sesuai itu mengoreng semua jenis mee, nasi dan untuk memberi rasa manis pada sup steamboat. Kobis ni memang sedap ; rasanya sedikit manis dari kobis yang lain.


2) celur mee segera dalam air panas mendidih, celur sampai lembut. Bila Selepas mee segera dah lembut, angkat terus cucurkan dibawah air paip sekejap, lepas tu gaulkan  mee segera ngan perencah, sukatan perencah untuk dua bungkus mee segera , kita guna 1 1/4 paket perencah je, gaul hingga mee segera ngan perencah bergaul mesra. Cara mengaul perencah ngan mee segera sebelum mengoreng adalah cara terbaek nak elak perencah akan berketul atau tak bergaul mesra masa dalam kuali .




3)Tumiskan bawang & ikan bilis  hingga naik bau dan bertukar warna perang , kalau nak mendapatkan mee segera goreng yang sedap dan beraroma.

4)Seelok-elok nya, pecahkan telur selepas bahan tumisan naik bau, kacaukan telur tu sampai garing untuk mengelakkan mee segera goreng kita rasa hanyir sekiranya telur tadi tak garing sepenuhnya..



maggi goreng tedap, tapi tak puas makan sebab sikit sangat.


Aku buat donut hari ni, semata-mata nak praktikkan pemutar doh, dah bertahun beli, atk teringat nak guna, sanggup plak sebelum ni aku uli guna tangan. Suami selalu tegur, sebab aku susahkan diri sendiri uli guna tangan. Dia tak tahu motip aku tak nak guna mesin pemutar, sebab malas nak basuh mesin tu. kah kah kah





Donut

Bahan-bahan

1)tepung gandum 1/2 kilo
2)1/2 tsp garam
3)1/2 tsp baking powder
4)1 tbsp gula larutkan dalam air
5) sebiji telur
6)1/2 paket mauripan dilarutkan dalam air
7)2 sudu besar majerin/butter

Cara-caranya

Gaul bahan 1, 2 ngan 3, kemudian masukkan bahan yang lain-lain. Uli adunan hingga jadi doh guna tangan(sekarang nak guna mesin pemutar) kah kah kah ) sehingga gebu. Lepas tu rehatkan doh selama 30 minit. Selepas 30 minit , c
anai doh setebal 1 cm, kemudian terap ngan acuan. Rehatkan lagi selama 30 minit.Last sekali goreng dalam minyak banyak dan sederhana panas. Dah sejuk, gaul ngan gula castor.Nak elak gula donut cepat berlengas, gunakan gula castor.





Betullah, kalau bukan rezeki kita , barang yang dah ke tangan pun boleh terlepas, begitu gak ngan donut aku pagi tadi, buat lebih dari 5 ketul, apa nak buat dah tak de rezeki boleh plak aku terlanggar dulang donut, habis terlungkup kelantai, tak dapat diselamatkan, kena buang dalam tong sampah lah jawapnya. Nasib baik sempat goreng 5 ketul sebelum yang lain terlungkup. Redha je lah: )




SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG .

Wednesday, August 24, 2011

Makan cucur bawang sambil mengumpat

Salam ramadhan..................

Rasa cam tak syokkan kalau minum kopi, makan cucur bawang cicah cili sos , diam je, sambil megumpat bestkan. Alah aku mengumpat tak sebut nama orang tu.

Cerita pasal sorang budak yang aku kategorikan poyo and busuk , lupa plak itu iklan rokok liyana jasmay, poyo and berlagak mewah. Aku tak kisah pun dia nak berlagak mewah, tapi jangan membabitkan aku sekali.

Dah banyak kali aku perati kelaku dia , tapi ahh malas nak layan. Dia ada order banyak cheese tart. Order sikit atau banyak aku memang tak pernah ambik deposit dari pembeli . Aku jual dasar kepercayaan je. Semalam budak tu jumpa aku tanya "nak bayar deposit tak kak?" , aku jawab " bayarlah kalau nak". Dia boleh jawab plak "bayar pakai kad kredit boleh". Boleh plak dia berlagak ngan kad kredit. Anak aku yang pakai kad debit pun tak berlagak cam dia.

Oleh kerana nak ajar dia, aku sms suruh bayar separuh dari harga cheese tart tu. Hari ni dia ke hulu ke hilir kat depan aku tak tentu arah, selang beberapa minit "kak duit tu saya bayar esok je sekali ye." Aku bukan zalim dia sendiri yang buat aku jadi cam tu. ambik ko.Selalu orang yang betul-betul banyak duit ngan harta low profile je. Bukannya aku tak kenal kawan yang kaya-raya , dorang tak de pun propa cam tu.

Lepas ngumpatkan sedap makan cucur bawang. Petang semalam punya cucur bawang.
Aku baca blog kawan-kawan ada lagi ngadu yang belum dapat diploma/ijazah buat cucur bawang ni.



15 tangkai cili kering kisar ngan 3 ulas bawang putih hiris.

Masakkan bahan kisar campur air (agak-agak jangan terlampau cair), Suka hati samada nak bubuh perahan air asam jawa atau cuka. Kali aku bubuh brown sugar sebab kehabisan gula melaka. Jangan lupa bubuh garam, pak aji sebagai penambah rasa.Sebelum angkat kacau ngan 1/2 sudu bancuhan air tepung jagung bagi memekatkan sos cili.



Pekatkan cili sos hari ni.aum aum




Bancuhan tu kalau boleh jangan terlalu keras dan jangan terlalu cair, yang sedang sedang saje.Dalam tu aku buh taugeh , kucai, hirisan sebiji bawang besar kuning, ikan bilis segengam .Sebelum tu dalam tepung buh sedikit garam, serbuk kunyit, pak aji ngan baking powder. Lepas tu baru buh sayur mayur ngan ikan bilis tadi. Kemudian bancuh ngan air suam .Biar sebentar kemudian goreng .



Goreng dalam minyak banyak dan panas.



Jeng jeng sedap garing dan aum aum aum




Gunting atau potong, masukkan ke dalam pinggan curahkan sos cili, cucukkan ngan garpu, sila makan kawan-kawan................Sila tuang sendiri air kopi dalam cawan ye.



Selamat berpuasa dan menyambut syawal yang akan menjelma tak lama lagi.



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina