Showing posts with label tips ngetop. Show all posts
Showing posts with label tips ngetop. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Tips mengekalkan berat badan serta menguruskan badan dengan cara murah & berkesan dan tips yang lain-lain

Lokasi : Rumah yuyi

Waktu : Petang sabtu

Tempat : Tak berapa penting

Letakkan sebuah cermin besar berhadapan ngan meja makan anda. Dengan adanya cermin besar tu anda pasti akan dapat memperhatikan perubahan pada tubuh anda setiap kali anda selesai makan.Mungkin tips ni bukan untuk aku kot .la la la la
Firdaus tengah memerhatikan bentuk muka dia selepas makan.
Jangan buang sofa yang dah koyak sofa tu nanti boleh dijadikan tempat beriadah dan bersantai(membuta) diwaktu senggang .
Makan sambil memerhatikan cermin besar dihadapannya.



Abaikan  model  tak berbayar tu
Wah betapa improvenya yuyi dulu banyak ini, sekarang ni dah penuh almari.Pastikan rumah anda mempunyai almari yang penuh ngan buku supaya anda leka membaca sehingga anda lupa tentang makan .ha ha ha

Cermin diri sendiri dulu okey???????????
Elakkan memakai pakaian yang sedondon dengan warna sofa. la la la


Diharap tips-tips diatas berguna untuk masa depan anda semua, sekiranya tak berguna buat geli -geli pun boleh.

Sekadar luahan hati

Biar kenyataan tu keluar dari mulut orang lain yang penting bukan dari mulut aku .Macam tulah baru smart , tahu tahu je dah tak de daripada canang sana sini tapi tak blah blah sampai sekarang. Aku rasa kelakar ngan orang yang sibuk nak memuja orang yang dah tak de tapi masa orang tu ada tak suka plak.Manusia ngan hipokrit seiring dan sejalan la la la

Membeli blah di pasar borong & pasaraya seumpama dengannya : Tips beli lebih dari 10 barang tapi ada hati nak membayar mengunakan kaunter cashier untuk 10 barang ke bawah

Hey kengkawan  nampak sedikit bersawang blog ni, almaklumlah  hari sabtu hari tu Ella kahwin aku adalah sedikit sibuk. la la la apa kena mengenanya Ella kahwin ngan kesibukan aku plak.Saje je aku tambah serbuk perasa supaya cerita ni menjadi lebih sedap.

Yes dua tiga hari ni aku sibuk menemankan anak-anak terutama yuyi sebab dia akan keluar negara  InsyaAllah hari selasa kot selama lebih kurang seminggu kononnya sebelum dia pergi aku duklah melepek kat rumah dia.melepaskan rindu padehal memang kitaorang jumpa hujung minggu je .Selain dari melepak kitaorang masak dan makan  bersama-sama.Sebelum makan secara besar-besaran pagi Ahad tu kitaorang  pegi  ke pasar borong beli apa yang patut untuk masak apa yang patut. Cerita masak apa yang patut tu kemudian ye.

Tips Membeli blah di pasar borong & pasaraya seumpama dengannya :-

Lokasi : Pasar Borong & pasaraya-sukahati koranglah kat mana pun.la la la
Idea : yuyi
Waktu : pukul 11.30 tengahari

my doter said "You know this one is squid very good too make a sambal sotong I loike very much."
this is a ginger.you know the ginger ala that one  teh ginger."la  la la la 
  Orang deman yang masih nak mengekor aku ngan yuyi  ke pasar 
 
Tips beli lebih dari 10 barang tapi ada hati nak membayar  mengunakan kaunter cashier untuk 10 barang ke bawah:-

1)Kalau boleh bawak  lebih dari satu pengikut
2)Paksa pengikut anda mengambil bakul yang telah  disediakan.
3)Bahagikan  barang  anda yang dalam troly tu kepada 10 barang  kemudian pindah ke dalam bakul berasingan
4)bawak bakul yang berisi 10 barang itu ke kaunter cashier 10 barang ke bawah
5)Beratur dengan muka tak bersalah
6)abaikan muka orang sekeliling yang tak puas hati serta pandang anda macam orang bersalah pada hakikatnya anda tak bersalah pun .
Misi berjaya



Semoga tips kali ni memberi sedikit feadah kepada anda.Kita akan berjumpa lagi   dengan tips tips yang lebih ngetop , mantop dan perkataan seumpama dengannya*bajet pengacara Nona*

Friday, June 29, 2012

maggi diperlukan untuk melengkapi hari-hari kita

Kalau disuruh pilih antara hidangan udang dan hidangan sotong aku akan pilih sotong. Aku teruja sangat ngan sotong terutama sambal sotong. Aku jarang masak seafoofd di rumah kalau ada pun sotong dan udang je , itu pun dalam sebulan cuma dua atau tiga kali je. Suami aku ni tak berapa bagi aku beli seafood di pasar atau pasaraya terutama ketam dia bukan apa dia takut aku terbeli seafood yang tak segar .Kalau nak sangat makan ketam selalunya kitaorang makan kat restoran seafood kat sini dan sini tak pun tunggu suami beli ketam dengan salah seorang kawan dia kat pengkalan kemudian ketam tu dimasak black pepper.sedap yummy...

Berbalik pada cite maggi , aku memang jarang guna bahan penumis dan sebarang jenis stok /paste yang ready made. Kalau ada pun aku cuma guna paste tomyam dan kiub pati ayam atau ikan bilis. Dengan kiub pati ayam maggi ia memudahkan aku menyediakan nasi goreng cina untuk Firdaus ,  tak perlu tambah serbuk perasa mahupun garam ke dalam nasi goreng cina .Mudahkan dengan Kiub pati ayam maggi.*ayat masyuk*

Jom guna kiub pati ayam maggi

1 kiub pati ayam maggi-dipecah-pecahkan
Udang basah lebih kurang 12 ekor-dikupas kulit dan basuh berseh
Lebih kurang 8-9 ulas bawang putih dicincang
1)suku Kobis cina dihiris halus
2)2 biji telur
3)2 tangkai daun bawang-dihiris sederhana panjang
cara-cara membuatnya
1)Tumiskan bawang putih cincang hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)guna api sederhana
2)Tumiskan sekejap 1 kiub pati ayam maggi(pecahkan kiub tu guna sudip ye).
3)masukkan udang , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
4) masukkan kobis cina, kacau sekejap ketepikan ditepi kuali
5)pecahkan dua biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan nasi sejuk,buhkan sedikit kicap cair kacau hingga semuanya bergaul, guna api kuat semasa mengacau nasi goreng, akhir sekali bubuhkan sedikit serbuk lada sulah disertai dengan 2-3 titis minyak bijan.Sebelum angkat buh kan hirisan daun bawang Kacau, angkat dan sedia dihidang.




Kanak-kanak yang hampir 3 tahun  berkecimpung  dalam dunia model  iklan makanan


Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa kepada anda oleh blog cik ina do do cheng





Sekadar luahan hati

Saper makan cili tak kan dia rasa manis kot.kelakar

Friday, May 25, 2012

Ikan pecah periuk come back

Tumpang lalu anoy. Hari ni makcik tepek cite ikan ye, almaklumlah ikan pecah periuk  ni hasil  berhempas pulas bersabung nyawa suami  makcik di laut.  Demi menghargai jasa dan pengorbanan   suami makcik kenalah makcik  tepek resepi hasil pancingan suami makcik.Jangan marah noh.Nampak sangat aku yang dah makcik  ni bertambah makcik bila mengelarkan diri aku makcik.la la la .Kepada mereka yang belum kenal ikan pecah periuk, this is ikan pecah periuk you know. Sesekali makcik nak gak cakap omputih biar pun omputih makcik tahap  0.

Okey come back to aku, aku ni  jenis orang yang tak segan nak mengaku kelemahan sendiri. Aku akan sentiasa ingat selagi kita masih bernafas selagi  itu proses pembelajaran kita tak akan berhenti jadi kenapa perlu segan nak belajar. Banyak perkara aku kena belajar , salah satunya belajar buat kek la la la apa gelak-gelak ?  korang ingat aku terror sangat buat  kek , kalau aku terror buat kek ,  tak kan aku  minta resepi kek dari izan . Korang tahu tak  dah banyak kek dah aku loyongkan  dalam tong sampah .korang tak tahukan. Lagi satu kalau korang nak tahu  aku  tak tahu nak  guna mesin jahit.Banyak lagi benda yang aku tak tahu kalau aku senaraikan kat sini  satu persatu sampai esok pun tak habis.

Dahlah tu aku nak cite pasal ikan pecah periuk plak
Ikan pecah periuk ni nampak buruk tapi isi sedap tak nak mampus.(pasal apa plak dah sedap tapi nak mampus)
Cam biasalah asingkan isi ikan dari tulang dan kulit kemudian potong isi ikan  lebih kurang  2cm panjang. Gaul isi ikan bersama sedikit kicap cair dan sebiji telur yang dah dipukul.
Gaulkan plak isi ikan tadi ngan tepung jagung
Lepas tu apa tunggu lagi gorenglah dalam minyak panas  guna api sederhana
5  sudu besar sos tiram life terbaek
Bahan-bahan tumisan ; Hirisan halia ,hirisan sebiji bawang holand dan hirisan lebih kurang 1/2 cm  daun bawang

Tumis bahan hirisan hingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram.
Masukkan isi ikan yang  dah digoreng, gaul sekata.Bila isi ikan dah sekata bersama bahan yang lain masukkan  lebih kurang 300ml air  kacau biar sekejap.Sebelum angkat taburkan  daun bawang.

Firdaus suka  banget ngan isi  ikan masak halia . 


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA  KELUARGA TERSAYANG

Thursday, April 12, 2012

Cara-cara yang terbaek untuk mulakan blogwalking-sila patuh arahan

Salam kengkawan...

Jangan malas-malas pagi ni, ayuh bangun, memon nak bagi tips terbaek untuk berblogwalking, bukan senang nak dapat tips dari memon, memang bertuah sangatlah sapa yang dapat tu *bajet tok bomohkan*

Okey kengkawan semua dah get ready, sila pakai tali pinggang keselamatan kengkawan

1)buka komputer atau lappy atau yang bersamaan dengannya

2)buh 3 atau 4 keping roti benggali

3)cedokkan 4 atau 5 sudu sambal sotong balance semalam




4)Ambik sekeping roti bengali cicahkan kat sambal sotong tadi, kemudian ngap masuk mulut .yummy , bila perut kengkawan dah rasa agak kenyang , barulah kengkawan mulakan berblogwalking, confirmlah ngan perut kenyang saje blogwalking kengkawan menjadi-jadi mantop. Cuba ye, jangan tak cuba tips memon ni , terbeak, bak kata yuyi boboboy terbaek : )

Baru mukadimah ni, belum masuk point utama, next time bila free memon sambung ye *ayat nak kena sepak*


Kengkawan silalah beli roti benggali terbaekkan gebu mantop rasanya yummy yummy, murah pun murah. Apa????? gelilah dorang uli tak pakai tangan , tak tutup rambut, alahhhhhhhhh masa beli tutup mata jelah : )


Mulut memon ni dari semalam nak bagitau sesuatu kat kengkawan, kalau tak bagitau tak boleh, cam ngenyam-ngenyam je mulut ni. Okey memon bagitau ye, memon sebenarnya terlampau gelihati sampai ketiak bila terbaca statement Aaron Aziz happy yang sangat bila Datuk Hishamuddin ucap tahniah atas kemenangan dia sebagai bintang paling popular 2011 kat twitter.Doniya doniya


Pesanan Memon wat Zed Zaidi : simpan jelah ketidakpuasan hati kamu tu, susah nak bagi penerangan kat orang kita ni, sampai esok pun tak sudah. Tengok saje cite memon kat sini, ramai yang tak paham, tak pun tak baca terus komen. Memon malas nak ambik port, janji memon fofular *bajet bajet*

Monday, April 2, 2012

sekuntum bunga secantik Norish karman & peti ais

Cian Jenab, asyik memon je take over. Pagi ni Jenab hampir kehilangan kata-kata, jenab terkedu, seorang pompuan lingkungan umur 20 an ++ menyapa  jenab, masa tu  jenab sedang asyik menjamu selera di tempat kak limah. Jenab tak berapa nak terkedu sekiranya yang menyapa tu pompuan yang biasa-biasa je cantiknya, tapi pompuan kali ni cantiknya lain macam, sebijik cam Norish Karman.Pompuan tu mengenalkan diri,  menghulur salam perkenalan , kitaorang  berborak-borak , memandang wajah pompuan seiras Norish Karman tu, perut jenab terus kenyang #pentipusangat hakikatnya jenab dah selesaikan sekeping roti canai , dua biji karipap , 1/2 pinggan nasi goreng.

Rupanya pompuan tu start keja lab kak Limah hari ni , wah tercabar Jenab selama ni Jenablah pompuan paling lawa kat sini * pompuan perasan* Lepas ni Jenab makin bersemangat nak pegi Lab Kak Limah, sebab dah ada sekuntum bunga cantik secantik Noris Karman. Entahlah Jenab ni teruja lagi memandang bunga dari memandang kumbang , lagilah kumbang jenis penyontongan al kurita , kumbang ni susah nak jumpa, kalau jumpa memang suwei sangat, jangan pelik ye ngan namanya yang agak saintifik.

Bercerita pasal semangat, jenab nak bagi tau kengkawan dalam minggu ni jenab bersemangat menbersehkan peti ais, jenab sendiri tak percaya yang jenab mampu bersehkan peti ais jenab , hampir setahun peti ais jenab terbiar tanpa perhatian dan belaian.Jenab wajib bersehkan peti ais  sebelum suami jenab paksa jenab  tutup blog  sebab  gara-gara bloglah , jenab tak bersehkan peti ais  #pentipu sangatlah tutup blog , tak bersehkan peti ais hampir setahun tu kisah benar.

Jenab ngan bangganya mempertontonkan pada kengkawan FM jenab yang 4 ketui . Orang lain dah penuh Peti ais, ciankan Jenab, 1/2 pintu pun tak penuh lagi : (


Bersehkan , baik korang cakap berseh.
Lepas ni entah bila lagi Jenab akan bersehkan peti ais jenab ni. Jenab tahu kengkawan garenti bersehkan peti ais sebulan sekali.


Peti ais oh peti ais nasib ko lah dapat tuan yang pemalas.Ohhh ohh kenapalah terciptanya peti ais. *serius bodoh sangat statement jenab ni*

Saturday, March 31, 2012

Fansha Sandha nak kongsi rahsia kecantikan


Hye saya Fasha Sandha, ni blog memon ,takde maknanya Fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikan kat blog ni. Amboi kengkawan syoknya sambung tidur , mentang-mentanglah kat luar sana hujan cuaca sejuk. Kengkawan mau ke mana ari ni? memon tak kemana-mana, memon cadang nak basuh kain baju, sidai kain baju, lipat kain baju , kain baju! kain baju ! kain baju! kenapalah terciptanya kain baju, memon fed up bila fikir pasal kain baju terutama bab lipat kain baju , extra fed up +++ bab mengosok kain baju, seriyes dulu kini dan selama-lamanya memon menccikkk.

Berbalik pada cite asal, haip haip  laju je kengkawan nak klik blog memon bila kengkawan tahu fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikkan kat sini, cuba yang nak kongsi rahsia kecantikan tu memon, memang haremmm korang nak klikkan, la la la la la Memon tak cantik , bak kata P.Ramlee manisnya ada. kwang kwang kwang. Memon tak dapat share apa-apa ngan kengkawan bab rahsia kecantikan, tapi kalau bab rahsia menguruskan rumahtangga , dapatlah memon  share sikit-sikit ngan  kengkawan.

Cite Bab  kecantikan, entah kenapa dari dulu Memon susah nak terpengaruh ngan iklan kat TV terutama iklan produk kecantikan ,lebih lagi iklan tu mengunakan artis fofular sebagai daya penarik .*penjelesnya memon* Paling memon tak boleh blah ngan model produk kecantikan pemutih wajah, modelnya rata-rata berwajah cerah, untuk menampakkan wajah gelap boleh berubah jadi putih lepas memakai produk tu  wajah model  akan dimake upkan sedikit gelap . Memon akan percaya 50% keberkesanan produk pemutih wajah tu, Jika model iklan produk tu memang berwajah gelap berubah menjadi putih selepas memakai produk tu

Memon tak moh ambik pedulik semua tu, memon tahu yg memon  percaya ngan sorang model namanya yuyi ,. anak memon. Jangan cuba nak buang masa klik link merah tu, tak de maknanya  anak memon tu nak berblog.



Dua bulan lepas Yuyi bagi memon Inner shine berry , sampai la ni tak berusik.

Okey memon ada  petua nak  menghilangkan kesan keputihan pada kain baju, keputihan ni berlaku ada kaitan ngan mesin basuh atau sabun serbuk. Kesan keputihan paling menyerlah pada kain baju berkaler gelap *cam gelik je guna ayat keputihan tu* la la la la


kengkawan ambil benda alah ni, apa ke nama benda ni, aku sental periuk guna benda ni


Kengkawan gosok secara perlahan  benda ni kat kain baju yang ada kesan keputihan. Memon gosok benda ni kat seluar sekolah Firdaus, seluar sekolah dia kaler biru gelap sah lah banyak keputihan.




Memon konpius ngan diri sendiri sampaikan memon tak pasti motip memon tepek gambar Firdaus ni. Dalam kekonpiusan melanda jiwa rage, menelek gambar Firdaus tu memon terfikir dua perkara

1)meja sekolah tu tinggi
2)Firdaus rendang orangnya


Memon tersenyum dalam kepahitan, bila mengenangkan lepas ni memon kerna terpaksa membilas kain baju , lipat kain baju, gosok kain baju, oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Thursday, March 29, 2012

Nak dapatkan bentuk badan menarik macam Fazura -jom jangan berlengah lagi..


Hari ni memon nak bercakap pasal bentuk badan, 19 tahun dulu bentuk badan memon alah -alah bentuk badan Fazura, 19 tahun kemudian bentuk badan memon sedikit demi sedikit berubah cam bentuk badan oprah Winfrey, memon kurus sikit je dari dia. Pada pendapat memon, dalam ramai-ramai artis yang mewarnai industri seni kat Malaysia , Fazura lah salah seorang artis yang memiliki bentuk badan yang menarik . Dia bertuah hadir dalam pakej yang lengkap, berbakat dan jelita.

 
blog memon muslimah #memonbajetalim

Acapkali Fazura suruh memon bersenam kat gim sekurang-kurangnya 1-2 jam sehari untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik . Dia ada juga kata, selain dari mendapat bentuk badan yang menarik, stamina memon otomatik akan bertambah. tu ha memon dah sediakan link blog Fazura sudi-sudilah tanya soalan kat dia, andaikata link tu tak pegi blog Fazura, nasib lah.


Kengkawan jangan kacau memon , lepas ni memon nak fokus bersenam kat gim. Nasib baiklah kat tempat keja memon ni  sediakan gim untuk pekerja , tak payahlah memon nak susah payah pegi gim kat luar sana. Cian gim ni hampir 4 tahun terbiar cam tu je, tak de  yang sudi nak berkenalan ngan gim tu. Jom berkenalan ngan gim tu.

Sebelah gim ni stor memon , tempat memon simpan batang penyapu ngan batang mop, masa senggang  memon suka makan sirih ngan aci-aci sapu sampah..

Lepas ni memon akan lebih bersemangat , tima kasih Fazura kerana sudi beri motivasi percuma kat memon .kha kha kha

Semua peralatan dalam gim ni memon dah pernah guna

Banyak-banyak peralatan kat sini, alah-alah basikal ni memon paling suka, sebabnya ni je paling senang.

Sedih!!!!!! saje tak nak bagi bentuk badan memon menarik, sapalah kingkong dah jahanam benda alah ni, excuse me memon yang badan besar ni hampir 100 kali lompat kat situ tak pernah  koyak benda alah tu . spoil mood memon nak bersenam *dasar pemalas tak mengaku*




Memon harap hubungan Fazura ngan tut tut, akan ke jinjang pelamin. Biar memon ngan Fazura je tau sapa tut tut tu *bajet PA Fazura*. alah maaflah kengkawan, tajuk Fasha sandha, cite Fasha sandha langsung tak de , bukan apa hari ni memon cite pasal bentuk badan menarik, bentuk badan fasha tak dapat mencuri pandangan memon, muka dia memanglah cantik, dari muka ke bawah, la la la la la *memon bajet perunding imej* ,

Wednesday, March 28, 2012

petua kulit putih gebu halus mulus Fasha sandha

Dalam hidup memon ni ada satu benda je yang memon  teringin , tangan memon ni dah  naik gatal bila ingatkan keteringinan memon tu, kengkawan nak tahu tak keteringinan memon? keteringinan memon nak cabai mulut seseorang, seseorang yang sesuka hati mengatur jadual harian memon . Honestly memon tengok seseorang  tu dah macam Personal Assistant Memon plak , sampaikan dia tau memon cuti semalam sebab nak ambik duit sekolah  RM100, main petik je kan memon ambik duit RM100, dia ingat petik gitar , petik buah mangga, jangan sampai memon petik buah durian buh atas kepala dia, mau dia meraung.

Memon ni ada satu kepantangan, memon tak suka orang buat cite pasal memon, cite betul tak pe, ni cite yang tak masuk akal. Kengkadang memon rasa diri memon ni dah setaraf Fasha sandha , luar dalam kain semua orang nak ambik tau.Buat pengetahuan seseorang  tu, semalam Fasha bukan cuti Fasha MC sakit perut cirit birit puas hati..........ada lagi satu yang Fasha nak bagi tau ,duit sekolah RM100 minggu lepas lagi Fasha dah ambik , Fasha suruh abang jejai yang ambikkan, almaklumlah Fashakan tengah sibuk buat persiapan kahwin fasha yang akan berlangsung 28 March ni kat Dewan orang ramai   Pulau Indah..#pentipusangat.

Duit RM100 tu dah habis pun, RM30 cikgu ambik untuk  yuran PIBG lagi  RM70 Jejai buat bayar repair  brek motor. Ciankan ngan Fasha. Demi cinta Fasha  pada abang jejai , fasha  sanggup korbankan segala-galanya. Hidup Fasha simple je, bangun pagi , masak tuk anak ngan suami, pegi keja, balik keja masak tuk makan malam, tolong Firdaus wat keja sekolah , layan suami ngan anak-anak apa yang patut, akhir sekali tidur.Simplekan. Pada pendapat Fashalah daripada kita duk sibuk jaga tepi kain orang , lebih baiklah jaga perut suami ngan anak-anak kita ye dak.

Inilah rahsia kulit putih gebu Fasha,kerap minum air soya  buatan sendiri,sehari mau sebaldi minum air kacang soya, kalau tidak tak gebu cam fasha,  penat jejai tolong perahkan kacang soya-*pentipu sangat  minum air soya setahun sekali*
Nikahnya idak lagi Fasha ngidam makan ikan cencaru bakar cicah kicap cili. Menciklah semalam masa fasha pegi kedai beli ikan cencaru , ramai sangat yang psssttttt fasha, rimas tau.
Fasha ajar cam mana nak buat ikan bakar cencaru ye, pertama kena garam kunyitkan ikan tu dulu -biarkan 2 -3 jam
Kedua balutkan ikan ngan daun pisang, kemudian ambikkan 2 batang serai yang diketuk hujungnya , renjiskan minyak mengunakan serai tadi , bakar guna api sederhana ye.
Fasha tak buat air asam, fasha hiris 6 batang cili api, hiris nipis sebiji bawang holland, buh dalam bekas, buh kicap sweet prawn fan (dalam BM kicap kipas udang manis) + kicap cair + jus limau kasturi, kacau dah siap mudahkan kengkawan.
Dalam ikan cencaru bakar terselit kepala ikan janahak rosemary yang memon  perap dua tahun lepas opssss dua  minggu lepas.
Ikan bakar cencaru Fasha, tedap tak?
tangan abang  jejai ku cayang

Cabai kampung : ada satu lagi cite yang memon rasa lawak sangat , boleh tahan gak memon  gelak, ada kawan memon bagi tau memon yang dia rasa pelik ada orang boleh tahu rahsia dia. Dalam hal cam ni aku salah dia sendiri, kalau dia tak bagi tahu rahsia dia kat orang lain, takkan orang lain tahu sendiri kot, ye dak? sendiri makan cili , sendirilah rasa pedasnya, takkan ye fasha sandha makan cili jejai rasa pedas plak. Memon malas nak layan sangat orang jenis cam kawan memon ni. Lagi satu memon malas nak layan bila memon dapat tau drama vanilla cokelat nak difilemkan, serius memon tak faham drama yang tak megembangkan otak cam tu boleh difilemkan.opss *memon terlaser*

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina